Hakcipta sebagai Pencipta Cerita
Adakah saudara pandai mencipta cerita? Kita mencari sesiapa yang pandai mencipta cerita untuk bacaan remaja lelaki dan gadis-gadis kecil, serta untuk bacaan remaja belasan tahun.
Saudara tidak perlu pandai menuliskan cerita itu sehingga menjadi novel. Cerita saudara akan dihantar kepada pengarang yang pandai menuliskan cerita saudara itu menjadi novel remaja.
Hakcipta saudara adalah hakcipta sebagai pencipta konsep asal, atau creator kepada cerita dalam novel itu. Jadi, sebagai creator, saudara berkongsi hakcipta dan royalti dengan penulis.
Inilah cara bagaimana kita membangunkan modal insani saudara menjadi harta intelek.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment