Wednesday, September 20, 2006

Hakcipta: Syed Alwi lwn Dewan Bahasa dan Pustaka

Ada satu kes saman sivil yang relevan dengan penulis, editor dan penerbit, iaitu kes Syed Alwi lawan Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana Syed Alwi menang.

Detail kes ini saya tidak ingat dengan tepat. Ia berlaku pada tahun 70-an, waktu itu saya bertugas di Bahagian Sastera DBP.

Dalam kes ini, Syed Alwi (sekarang Dato' Sasterawan Negara) menyerahkan sebuah skrip drama (kalau tak silap saya, Alang Rentak Seribu) kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tujuan supaya skrip itu diterbitkan sebagai buku oleh DBP.

Pegawai DBP pun menerima manuskrip itu, dan pengurusan DBP setuju menerbitkannya. Lalu skrip itupun dicetak dan diterbitkan sebagai buku.

Apa yang berlaku, buku itu sudah terbit tetapi dokumen perjanjian penerbitannya belum diserahkan kepada Syed Alwi bagi ditandatangani. (Editor, ingat perkara ini!)

Syed Alwi tidak berpuas hati dengan keadaan bukunya itu yang mengandungi banyak kecacatan dan kelemahan, lalu membawa kes itu ke mahkamah. (Penulis, ingat hak penulis!)

Keputusan mahkamah menyebelahi Syed Alwi di mana mahkamah memutuskan DBP tidak berhak menerbitkan manuskrip itu sebelum penulisnya memberikan keizinan secara bertulis dalam perjanjian penerbitan. Maksudnya, dalam kes itu DBP salah sebab telah menerbitkan buku itu tanpa izin.

DBP dikehendaki membayar RM10,000 kepada Syed Alwi. Banyak itu! (Penerbit, ingat ini!)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta: Isu Ambil Gambar Karya Seni Orang Lain Previous entry: Hakcipta: Isu Karya yang Diterbitkan dalam Akhbar dan Majalah
pezul  on  09/20  at  11:50 AM

Bagaimana DBP boleh cuai dalam perkara ini.Tidak profesional langsung.RM10000.00 adalah harga kelalaian yang terpaksa di bayar.
——-

Ainon Mohd.  on  09/21  at  02:07 AM

Sdr Pezul,

Memang kakitangan syarikat penerbitan lazimnya mempunyai sikap meremehkan hak-hak penulis, baik hakcipta apatah lagi hak moral.

Sampai saat ini hanya PTS yang menyerahkan pruf terakhir kepada penulis bagi mereka semak sendiri pruf itu dan mendapatkan persetujuan mereka atas kerja-kerja editing yang dilakukan oleh jabatan editorial.

fudzail  on  09/21  at  06:52 AM

Salaam, mubarak kareem dari Dubai.
Saya ada menulis cerpen ‘Melati Di Tapal Batas’ tersiar di Mingguan Malaysia pada 10 Sep lalu(http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0910&pub=utusan_malaysia&sec=sastera&pg=sa_02.htm&arc=hive) yang diangkat tajuknya dari lagu lama Indonesia, kemudian dirakamkan oleh J Mizan di zaman 70han lalu. Apakah ini boleh dianggap melanggar hakcipta?
Selain itu, saya dapati ada beberapa kesalahan ejaan atau perkataan yang lain dari tulisan asal yang dihantar, padahal saya sudah hantar melalui softcopy. Perkara kecil bagi editor tetapi besar bagi penulis.

Muasalama.

Ainon Mohd.  on  09/21  at  02:58 PM

Sdr Fudzail, pada pandangan saya (saya bukan peguam), judul cerpen itu tidak melanggar U2 Hakcipta sebab tajuk tidak dilindungi oleh U2 HC.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.