Wednesday, July 12, 2006

Hakcipta: Teladan dari Han Su Yin

Puan Han Su Yin adalah salah seorang pemenang Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan. Ada sebuah novelnya yang tidak akan dapat dibeli lagi sampai bila-bila di kedai-kedai buku, melainkan pembeli hakcipta itu mengizinkannya. Tajuk novel itu "The Four Faces".Hakcipta dan hak penerbitan karya Han Su Yin itu dibeli oleh penerbit filem 20th Century Fox dengan janji ia akan difilemkan. Berdasarkan cadangan itulah maka Han Su Yin bersetuju menyerahkan hakcipta novelnya itu.Centry Fox kemudian membatalkan rancangannya hendak menerbitkan filem berdasarkan novel tersebut. Pada waktu yang sama ia tidak pula menyerahkan karya itu bagi diterbitkan oleh pihak lain.

Ibrah dari kes ini: Apabila hak penerbitan sesuatu karya itu diserahkan kepada pihak ke-2, baik buat sementara ataupun buat selama-lamanya, dengan tidak ada klausa 'escape route', maka tragedi The Four Faces akan berlaku.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hak Penulis dan Penerbit yang Ingkar Janji Previous entry: Realiti dalam Karya Sastera: Prinsip Surah Yusuf
rekha  on  07/14  at  08:45 AM

Hmmm…. bahaya juga benda nih! Ya tak ya jugak… Saya sain 15 tahun, kalau besok editor yang benci saya tu yang naik pulak jadi GM…. (bila GM sekarang dah pencenlah, GM sekarang ok dgn saya), mampuslah saya… editor musuh saya tu memang pandai ampu big boss, bila dia berjaya duduk kerusi GM tentulah dia ada sepenuh kuasa tak mahu ulangcetak novel2 saya sebab dia tak mahu saya dapat banyak royalti, maklumlah editor yang satu nih memang benci saya…. (matilah aku macam nih) Nak tarik balik pun dia takkan bagi sebab dia memang tak ngam dengan saya. Dia mesti kata padan muka saya! Silap besar saya… baru sekarang saya terfikir benda2 macam ni. Silap… Silap…
——-

mesin taip burok  on  07/14  at  09:01 AM

Cik Rekha, jangan gubra! Awak ada 2 pilihan. Berdoalah banyak2 GM tu tak pencen 15 tahun lagi, selamatlah awak. Ataupun awak cari jalan supaya editor yang benci awak tu dipecat oleh GM sekarang (yang ok dengan awak).

dino  on  07/14  at  11:02 AM

Cik Rekha, lain kali jangan bermusuh dengan mana-mana editor. Awak baik dengan GM saja mana cukup, awak mesti ngam dengan semua editor. Editor perempuan memang emosional dan kurang rasional, sekali dia benci awak, sampai mati dia benci awak….

kak wan  on  07/15  at  12:15 AM

Amboi! En. Mesin Taip Buruk ni tak patut betullah, kalau nak beri nasihat, takkanlah dengan menyuruh Cik Rekha gunakan hubungan baiknya dengan GM sekarang supaya pecat editor yang tak ngam dengannya pulak! Jahat betul awak ye!

Anonymous  on  07/15  at  09:07 PM

Betul jugak….

wan a. rafar  on  07/16  at  03:58 AM

Saya bernasib baik mempunyai buku tersebut. Buku itu diterbitkan oleh Dell Publishing pada tahun 1965, tetapi copyrightnya pada tahun 1963 oleh Han Suyin.

Tetapi setahu saya, Han Suyin bukan seorang pemenang Hadiah Nobel.

rastom  on  07/16  at  02:35 PM

Han Suyin, satu contoh baik untuk dijadikan model kisah cinta, bukan semata mata kisah cinta klise yang biasa biasa tetapi disulam banyak “pengalaman” manusia dalam talam sejarah hidupnya yang hidup di dalam dua alam budaya - Barat dan Timur…oh Love Is a many Splendored Thing!

alang bidara  on  07/16  at  02:39 PM

Moral of the story: “Be safe and stick to PTS”...??? Tak payah susah-susah nak hadapi risiko sebegitu…. Maaf kalau komen ini tak relevan…. (Alang Bidara - 16/7/2006)

Kak Wan  on  07/17  at  07:06 AM

Hai… ada orang baru masuk blog Puan Ainon nampak gayanya. En/Cik Alang Bidara ni bukan main sokong PTS. Macam dah kenal sangat dengan PTS. Buku apa karya anda?

mesin taip burok  on  07/17  at  07:26 AM

En. Alang Bidara, setakat nak beritahu saja, dlm blog Sifu jangan tulis dalam bahasa Inggeris, mesti tulis dalam BM Tinggi.

Puan Ainon Mohd.  on  07/17  at  09:41 PM

Sdr Wan, saudara betul, saya silap, yang menang Nobel Prize itu Pearl S Buck. Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.