Tuesday, November 16, 2010

Hakim Mahkamah Rayuan Membaca Sastera Melayu

Seorang rakan Facebook yang bernama Azizah Aling (foto kanan) kini bertugas di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Sebelumnya, beliau pernah berkhidmat sebagai majistret di Perak.

Beliau bercerita bahawa salah seorang hakim Mahkamah Rayuan adalah peminat novel-novel terbitan PTS. Antara novel yang beliau sangat puas hati membacanya adalah novel Bara Cinta Canberra, karya Ilham Hamdani.

Sasterawan Ilham Hamdani adalah pemenang Anugerah Sastera Perdana (2008) bagi kategori antologi cerpen. Karya beliau yang menang itu adalah Mekar Sakura di Mimbar Cinta, terbitan PTS. Beliau kini bertugas di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.

Dalam salah satu posting FBnya, Cik Azizah Aling Menulis:

"Siapa bilang sastera itu hanya bisa dinikmati golongan tertentu sahaja? Orang-orang atasan saya yang berada nun di puncak awan juga menggilai sastera melayu yang lembut susun bicaranya. Ada kisah istimewa di sebalik buku ini. Tahniah untuk penulis dan selamat menulis... beribu-ribu kalimat yang baik lagi dan lagi. Tahniah untuk penerbitnya juga. Barakallahu fikum ajma'een."

Cik Azizah Aling sendiri adalah peminat sastera Melayu.

Bahawa sastera Melayu dibaca dan dinikmati oleh anggota kelas menengah Melayu yang berpendidikan Barat membuktikan bahawa pasaran konsumer bagi buku-buku sastera Melayu itu ada dan dapat diterokai dengan menggunakan strategi bisnes yang dirangka dengan teliti supaya efektif.

Memasarkan dan menjual buku-buku sastera secara komersial melalui kedai-kedai buku adalah serupa sahaja sebagaimana memasarkan dan menjual buku-buku tradebook lain.

Di mata pengurusan kedai-kedai buku, buku adalah buku. Buku perlu dipakejkan dengan betul dan cantik. Isi kandungannya mestilah memenuhi kehendak pembeli dan pembaca buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit Sastera Remaja: "Berbeza ataupun Berkubur" Previous entry: AinMaisarah Mencari Co-author
Nikon Nik  on  01/22  at  01:30 AM

I just want to say that you have posted a very nice informative post,i got useful information. I appreciate your hard work in making this post.

Frases de rap  on  03/08  at  05:29 PM

Bonitas frases, i like!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.