Hamper Islami
Buku kulit keras berharga RM49.90 ini dipilih oleh sebuah korporat bagi dijadikan hadiah sempena menyambut Ramadhan kepada semua staf Islamnya yangberjumlah lebih 100 orang, bersama-sama sedekah paket buah kurma.Kita percaya tradisi meraikan bulan mulia dengan menghadiahkan buku-buku agama akan menjadi amalan lazim pada suatu masa yang tidak lama lagi.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hmm…perkembangan bagus dan sangat menarik. Saya telah memulakan dengan meletakkan buku-buku PTS di atas dulang hantaran perkahwinan adik lelaki saya november 2006. Buku-buku itu di ikat dengan reben organza bersama Tafsir Pimpinan Al-Rahman. Tajuk dipilih sudah tentu berkaitan perkahwinan dan hubungan suami isteri. Ia berbaloi diletakkan terbuka kerana kulit buku yang menarik baik dari sudut ilustrasi maupun warna. Harapnya ia membuka minda para tetamu untuk menitik beratkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan maha penting dalam melayari alam rumahtangga yang serba mencabar.
——-
Saya sudah baca buku ini sedikit semasa di kedai buku tempoh hari. Harganya kurang lebih RM 49.00 tapi waktu itu tidak cukup duit hendak beli. Kandungannya sangat menarik. Gaji bulan saya hendak beli dan ianya melibatkan kos melepas antara buku ini dan songkok hari raya.
Post a comment