Handyman
Saya mempunyai seorang handyman, yakni seorang yang saya panggil apabila ada kerja-kerja kecil yang perlu dibuat di rumah, seperti membetulkan paip pecah ataupun menukar mentol lampu.
Antara kelebihan yang dinikmatinya sebagai handyman saya, beliau dapat menggunakan kereta saya setiap kali beliau mengalami kecemasan dan memerlukan kereta.
Baru-baru ini beliau meminjam kereta saya bagi menghantarkan anaknya mendaftar di sebuah maktab rendah sains Mara (MRSM) kerana anaknya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Apabila saya bertanya kepada handyman saya itu apakah keputusan peperiksaan percubaan yang diperoleh oleh anaknya, beliau menjawab, "Dia cuma dapat 2A, 2C, 1D."
Katanya lagi, "Saya pun terkejut apabila dia mendapat 5A dalam peperiksaan sebenar, puan!"
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment