Saturday, November 12, 2005

Hanya 4 Orang Penulis Novel Cinta Bertahan

Cerita-cerita tentang kejayaan novel-novel cinta dalam pasaran menyebabkan banyak penulis baru berminat hendak menulis novel cinta, dengan harapan mereka dapat menikmati royalti yang besar.


Kejayaan sentiasa menjadi berita, manakala kegagalan tidak dipercakapkan orang. Berita tentang beberapa orang penulis novel cinta yang berjaya menjual puluhan ribu naskhah novel-novel mereka diceritakan dengan cara-cara yang memberi gambaran palsu tentang dunia novel cinta, seolah-olah semua penulis novel cinta dapat menikmati kejayaan begitu.


Inilah gambaran sebenar tentang jualan novel-novel cinta:





  1. Hanya Alaf 21 dan Creative yang mempunyai pengalaman berjaya menjual novel-novel cinta pada jumlah yang melebihi 50 ribu naskhah bagi sesuatu judul. Ini bermakna, jika novel saudara diterbitkan oleh penerbit selain dua penerbit ini, peluang jualan novel saudara melebihi 50 ribu naskah tidaklah cerah.




  2. Daripada berpuluh-puluh penulis novel cinta, sehingga hari ini hanya 4 orang sahaja yang secara konsisten dapat menghasilkan novel-novel yang tinggi jualannya.




  3. Pola jualan novel cinta yang diterbitkan oleh penerbit terkenal adalah lebih kurang begini:


    a. Novel pertama saudara mempunyai harapan dapat dijual dengan baik sebab pembaca memang mencari-cari sesuatu yang baru. Jualan novel pertama tidak semestinya mencerminkan kualiti dan bakat saudara sebagai karyawan yang berpotensi besar, sebaliknya novel saudara laku sebab nama saudara baru muncul. Inilah faktor yang mendorong penerbit sentiasa berusaha mencari bakat-bakat baru meskipun ia sudah mempunyai beberapa orang penulis yang berjaya.


    b. Banyak penulis, apabila novel pertama mereka laku jualannya, mereka tergesa-gesa menyiapkan novel kedua kerana yakin novel kedua itu akan mengulangi kejayaan novel pertama. Akibatnya kerja tergesa-gesa, novel kedua itu tidak sebaik novel pertama. Apabila novel kedua saudara menghampakan pembaca, jualannya akan turun mendadak disebabkan pembaca yang sudah membacanya akan bercakap kepada rakan-rakan yang belum membaca supaya jangan membeli novel itu.


    c. Novel ketiga saudara adalah peluang terakhir saudara menyelamatkan nama saudara daripada terkubur. Apabila novel kedua saudara tidak memenuhi pengharapan pembeli, ditambah pula novel ketiga saudara pun tidak betul-betul bagus, tamatlah riwayat nama saudara dalam minda penerbit saudara. Ini bermakna, saudara mesti melakukan banyak pembacaan dan kajian sebelum menuliskan novel ketiga saudara itu. Ia adalah pelampung keselamatan yang semestinya menyelamatkan nasib saudara sebagai penulis novel cinta.




Jika saudara seorang penerbit ataupun pengurus editorial, implikasi pola jualan seperti ini adalah, jangan gopoh hendak menerbitkan novel kedua pengarang yang sama. Ambil waktu bagi membaca dan menilai kualiti novel kedua itu. Jika perlu ditolak, tolak! Jika perlu diperbaiki, arahkan pengarang itu supaya memperbaikinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hanya Satu Novel Cinta Previous entry: Lagi Persatuan Penerbit Bumiputera!
mafeeasyeeq  on  11/14  at  10:25 AM

Siapakah 4 penulis novel cinta yang bertahan? Pada saya Norhayati Berahim salah seorang darinya berdasarkan ulasan mengenai beliau sebagai Ratu Novel Romantis. Siapakah yang tiga orang lagi? Teruja nak tau.
——-

ibnurabi  on  11/23  at  01:47 PM

1.Norhayati Berahim
2.Aisya Sofea
3.Sharifah Abu Salem
4.Liana Afiera Malik
5.Fauziah Ashari

-Norhayati,Aisya Sofea,Sharifah Abu Salem & Liana Afiera - telah menghasilkan lebih dari 5 novel
-juga yang kian meningkat naik Damya Hanna

Ainon Mohd.  on  11/24  at  08:07 AM

Sdr Ibnurabi, saudara ini memang peminat novel cinta ya?

Adakah saudara lelaki atauopun perempuan? Jika saudara ini lelaki, saya minta saudara memberi feedback, novel cinta yang bagaimana yang remaja lelaki mungkin mahu baca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  03:11 AM

Saya pun setuju Norhayati ibrahim adalah penulis yang banyak menghasilkan novel dan pelbagai…serakat ini saya ada lebih dari lima…best la

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  03:47 PM

Ada satu nama yang tertinggal iaitu Aina Emir. Novel Kau Laksana Bulan paling best. Saya tertanya-tanya siapakah Romantis Selatan di dalam novel itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/13  at  03:25 PM

Sy ska nvel2 trbitan alaf 21.Stkat ini sy tlah membca sebanyak 43 buah nvel.Kebnykan drpdnya sgt mnarik dan sy jga brmnat untk mngumpul nvel2 tersebut tetapi memndangkan sy msh lg bergelar peljar maka hasrat itu terpaksa sy ktpikan dhlu.Overall,sy mmg rspek pnulis2 nvel alaf21.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/13  at  06:55 PM

Ayrina,

Anda ada masalah mengeja? Saya tak faham apa yang anda tulis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  01:53 PM

Saya rasa teruja untuk berkongsi pengalaman.  Saya mula minat membaca sejak mula masuk sekolah darjah satu. Saya masih ingat lagi, saya telah membaca habis satu buku sebelum cikgu habis mengajar.  Kebetulan setiap penggal dan tahun, saya mendapat hadiah buku cerita kerana mendapat nombor satu dalam kelas.

Waktu makan, buku cerita di sebelah. Emak menegur tetapi tidak dipedulikan.  Saya juga curi-curi membaca buku sastera kakak (kakak kelas sastera).  Selalu pinjam dengan kawan-kawan jika tahu mereka memiliki buku cerita/novel.  Sehingga telah bekerja baru ada duit sendiri, setiap bulan lepas gaji beli 2 buah buku.  Itu ketika belum ada anak.  Sekarang jarang beli buku sebab asyik lari bajet. Tapi jika hati hendak juga, tidak peduli duit ada atau tidak, beli juga.  Beli mesti 2 buah. 3 hari sahaja membaca, sudah habis membaca. Alamak, cepatnya habis..bosan. Macam ketagih kalau tiada buku hendak dibaca.  Buku-buku berbentuk ilmiahpun saya suka terutama mengenai kesihatan.  Ada juga sehingga 3 kali baca buku yang sama. Sekarang, pinjam dengan kawan sahaja. Malu juga sebab asyik pinjam. Nanti beli jugalah..

Saya suka penulis novel Norhayati Ibrahim, Ma Lee Chuswan, Fatinilam Sari Ahmad, Sabariah Araur, Fauziah Ashari, Liana Afiera Malik dan dalam erti kata semua penulis saya baca. Pilihan buku, suka yang tebal kerana jalan cerita panjang. Rasanya, lebih 60 buah buku telah dibaca. Saya cakap dengan kawan-kawan, kalau hendak beri hadiah, berilah buku cerita / novel.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/28  at  01:52 PM

Saya suka buku2 dari Tere Liye, Faisal Tehrani, Kang Abik, Norhayati Berahim, Hasrizal.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/21  at  11:19 AM

salam…saya berminat untuk menjadi penulis novel. bolehkah berikan langkah-langkah di mana saya harus bermula.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: