Tuesday, February 26, 2008

RM5.00: Harga Durian Runtuh Buat Buku-HP PTS-METADOME-HOTLINK

Rasmi!

Pengurusan PTS dan METADOME sudah bersetuju bahawa setiap judul buku-HP yang bakal dilancarkan pada Pesta Buku 2008 nanti dapat dibeli dengan harga RM5.00 sahaja!

Harga ini adalah harga durian runtuh. Bagaikan tidak masuk akal! Namun ini benar.

Bayangkanlah...  Novel-novel terbitan PTS FORTUNA seperti novel "Chef", yang sekarang dijual antara RM25 - RM30, akan dapat dibeli pada harga RM5.00 sahaja.

Telefon HP biasa-biasa saudara itu, asalkan ia mempunyai skrin warna, ia dapat menyimpan 100 judul buku yang akan dilancarkan April 2008 nanti. 

Projek buku-HP oleh PTS-METADOME-HOTLINK ini akan membolehkan remaja kita memiliki "perpustakaan-mobile" dalam saku seluar jeans yang mereka pakai.

Sebagaimana dengan slogan Air Asia yang berbunyi "Sekarang semua orang mampu terbang", slogan projek PTS-METADOME-HOTLINK adalah "Sekarang semua orang mampu membaca." 

Kepada mentee-mentee Sifu, soalan tutorial hari ini: Apakah strategi-strategi bisnes PTS dan METADONE di sebalik keputusan meletakkan harga yang begitu murah? Adakah saudara setuju, jika ya, mengapa dan di mana letaknya kepintaran strategi begini? Jika saudara tidak setuju, mengapa?

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Iklan! Editor Freelance Dicari Previous entry: Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jakarta
Abdul Latip  on  02/26  at  03:13 AM

Assalamualaikum,

Semoga apa yang dirancang mendapat kejayaan dan menguntungkan semua pihak.

Saya setuju kerana pegguna hp jumlahnya berjuta orang. Kalau seorang membeli RM5, kalau sejuta orang sudah RM 5 juta. Tambahan pula usaha seperti ini telah dijalankan di Jepun dan mendapat sambutan.

Secara tidak langsung novel-novel PTS mendapat promosi yang meluas dan dapat menarik minat golongan remaja membacanya.

Terima kasih kerana novel-novel saya turut terpilih untuk projek ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/26  at  03:45 AM

Saya juga setuju dengan Tuan Abdul Latip. Yang paling penting, harga RM 5 ini agak mampu dibayar oleh ramai remaja.  Pembaca remaja yang kita harus target.  Insyallah, kaedah metadome ini akan mendapat sambutan hangat daripada ibubapa. Marketing dan iklan mesti meluas supaya target kita tercapai. Sesiapa yang tidak ada hp yang canggih, terpaksalah beli hp baru, bagi mendapatkan buku metadome ini - satu pelaburan yang berbaloi. Semoga Allah memudahkan usaha PTS dan penulis-penulis, ke arah memandaikan bangsa.

Firdaus  on  02/26  at  06:49 AM

Salam

Sungguhpun murah, si pembeli tidak akan dapat meminjamkan mBook tersebut kerana mBook itu tidak boleh disalin ke hp lain. Tambahan pula, siapa pula hendak pinjamkan hpnya lama-lama?

Zamri Mohamad  on  02/27  at  11:52 AM

Saya mengkategorikan buku-buku PTS-Metadome sebagai siri buku kembara. Kita membawa buku-buku kegemaran menggunakan telefon bimbit. Buku-buku bercetak pula kekal di rumah dan terjaga :D

Tidak ada isu beg berat, buku dipinjam tidak dipulangkan, buku hilang dan lain-lain.

web http://www.zamrimohamad.com
blog http://www.motivasimindamu.blogspot.com

sab2  on  02/27  at  01:12 PM

Puan Sifu,

Tagline: “...Sekarang SEMUA ORANG MAMPU MEMBACA” merangkuni strategi yang jelas dan fokus. Justeru, RM5 adalah harga mampu bayar kumpulan sasar.

Jika AirAsia mensasarkan kadar ‘tempat duduk’ yang tinggi melalui ‘harga murahnya’, ketepatan masa penerbangan dan tempoh ‘parking’ paling singkat:

mBook juga seharusnya melihat faktor-faktor yang menghasilkan nilai tambah di mana pembaca TIADA HALANGAN membayar (lebih)? ...saya rasa tim PTS-METADOME-HOTLINK tentu sekali telah merencanakannya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.