Hari Ini Rabu: Sifu di PWTC
Hari ini, insyaAllah, saya akan ada di Pesta Buku lagi.
Besok, Khamis, saya dan Profesor Abdullah Hassan akan ke pejabat agama Bentong, menguruskan pengesahan status keIsmalan penulis PTS, Fred Suriya. Fred, warga Peranchis yang tinggal di Janda Baik, dan memeluk Islam di Janda Baik, menulis bersama siri ADAM Kecil dengan Ashadi Zain.
.
Besok, Khamis, saya dan Profesor Abdullah Hassan akan ke pejabat agama Bentong, menguruskan pengesahan status keIsmalan penulis PTS, Fred Suriya. Fred, warga Peranchis yang tinggal di Janda Baik, dan memeluk Islam di Janda Baik, menulis bersama siri ADAM Kecil dengan Ashadi Zain.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Syukur alhamdulillah!
Bertambah seorang lagi saudara Islam kita.
Mudah-mudahan usaha Puan dan Profesor mendapat
ganjaran setimpal daripada Allah Yang Maha
Pemurah dan Maha Penyayang.
Ya Allah! Berilah kesempatan dan permudahkanlah segala jalan untuk saudara-saudaraku dan juga diriku mendekatkan diri kami kepadaMu.
——-
Puan Ainon,
Maaf tak sempat bertemu hari Isnin lepas. Lama juga saya di gerai PTS dan Al Heedayah. Tahniah kerana gerai PTS sungguh menarik perhatian..
Tahniah Pn. Sifu dan prof kerana dapat membawa masuk seorang hamba ke barisan hidayah. Saya selalu memikirkan cara berkesan untuk berkongsi hidayah.
Saya sedih bila dengar mereka yang masuk Kristian lebih besar dari mereka yang memeluk Islam. Terfikir juga bagaimana mereka hendak masuk Islam jika kita masih segan untuk menyampaikannya.
السلام عليكم
الØÙ…دلله
teringat saya kata-kata seorang ustaz, selama kita hidup di dunia ini, pernahkah kita menarik orang bukan islam memeluk agama islam?
Tatkala itu, memang saya terkaku, terkesima tanpa bicara.
Jawapan saya “tidak pernah lagi”
Bila membaca entri ini… hati saya sedikit terusik.
Kepada sifu dan Prof. semoga kalian berdua sentiasa di bawah lindungan tuhan.
Alhamdulillah..
Post a comment