Hari Ini Sifu Kelam Kabut!
Malam tadi Janda Baik ribut, hujan lebat dan petir kuat. Rumah anak-anak yatim yang kami dukung terbakar. Tinggal sehelai sepinggang.
Jadi hari ini 32 anak-anak itu akan kami pindahkan ke premis kami sehingga urusan tempat tinggal baru dapat diselesaikan. Maka tiba-tiba kami dapat keluarga besar.
Untuk makluman: Semua tempahan untuk kem ibadah di premis kami dibekukan sehingga tarikh yang belum dapat ditetapkan.
.
.
Jadi hari ini 32 anak-anak itu akan kami pindahkan ke premis kami sehingga urusan tempat tinggal baru dapat diselesaikan. Maka tiba-tiba kami dapat keluarga besar.
Untuk makluman: Semua tempahan untuk kem ibadah di premis kami dibekukan sehingga tarikh yang belum dapat ditetapkan.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum,
Di rumah saya juga petir dan ribut sehingga menggelapkan rumah seketika.
Semoga Pn. Sifu tabah menghadapi ujian ini. Besar ganjaran pahala menolong anak yatim.
Saya yakin, tidak lama lagi keadaan pulih semula. Semoga Allah merahmati usaha Sifu dan suami dalam kerja-kerja kebajikan.
——-
Wah! Ada rumah anak yatim di sana rupanya!
Puan Sifu, apa jenis pertolongan yang dapat kami sumbangkan? Mantan Titian Asli (CENSERVE) masih ramai di KL dan kami sentiasa bersedia untuk turun padang.
Sdr Rozita,
Buat masa ini Geng Pahalawan akan buat dinding plywood pada salah sebuah surau kita yang ada, supaya budak2 lelaki dapat tidur di situ.
Kami juga sedang mencarikan baju2 yang mereka boleh pakai, sebab mereka betul2 cuma ada baju yang di badan mereka sahaja.
Kawan-kawan sudah mula mengirim bantuan. Penaung rumah anak yatim itu, Dato’ dan Datin dari KL, sejak malam tadi sudah datang. Pagi tadi ramai pahalawan datang bermesyuarat di premis kita, pakat apa yang mesti dilakukan.
Nanti apabila budak-budak itu sudah settle, hujung minggu bolehlah datang dan buat sesi mendengar jiritan batin mereka.
InsyaAllah saya cuba datang hujung minggu tetapi bergantung pada jadual pesta buku. Saya akan maklumkan kepada Mantan Titian Asli yang lain. Mungkin kami akan datang secara berasingan dan pada hari yang berbeza. InsyaAllah semoga usaha membantu adik-adik itu dipermudahkan oleh Allah.
Kami yang jauh ini, ingin turut serta dalam meringankan musibah jika diberi peluang. Diharap pihak Sifu dapat memberikan Nombor akaun bank untuk menyalurkan bantuan.
Takziah,
Semoga puan dan ‘keluarga besar’ puan tabah menhadapi dugaan.
Ada ‘hadiah’ besar menanti orang-orang yang sabar.
Tidak sangka besarnya jasa Sifu saya ini. Apa lagi ya, sumbangan yang Sifu lakukan di Janda baik.
Hikmah dari insiden ini ialah saya tahu sumbangan Sifu kepada anak yatim.
Tuhan itu menguji umatNya dengan kesusahan dan kesenangan, insyallah saya akan ingat kata-kata ini…
Post a comment
Commenting is not available in this weblog entry.