Hari Jumaat Orang Ramai Boleh Masuk Dewan Pesta Buku
Mulai Jam 10 pagi Jumaat 27hb April, pintu-pintu dewan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 di PWTC akan mula dibuka untuk orang ramai.
Majlis Perasmian adalah pada jam 10 pagi Sabtu 28hb oleh Dato' Noh Omar.
Mari beramai-ramai kita ke sana!
.
Majlis Perasmian adalah pada jam 10 pagi Sabtu 28hb oleh Dato' Noh Omar.
Mari beramai-ramai kita ke sana!
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya yakin, Sabtu dan Ahad adalah hari kemuncak orang ramai akan menyerang dan melaburkan wang mereka untuk membeli buku. Oleh itu, bersedialah melayan pembeli yang menguntungkan penerbit.
Lebih bagus lagi jika jurujual tahu serba sedikit buku-buku yang dijual. Kadang kala pembeli hanya melihat-lihat sahaja, dengan dorongan dan sedikit penjelasan dari jurujual, mungkin pembeli akan membelinya.
Lebih bagus jika si penulis ada bersama. Mereka pasti akan berkata, “Wah! inikah penulisnya!” Lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Penulis buku kanak-kanak kena mesra tulus dari hati. Kena ceria dan jangan buat muka garang, nanti kanak-kanak ingat itu muka cikgu sekolah mereka.
Pujilah pakaian mereka. “Wah! cantiknya adik hari ini, kalau beli buku ini, mesti bertambah cantik,” (tak sesuai pula).
Lepas pembeli membayar duit, senyumlah pada mereka, jangan tunjukkan anda sedang sibuk hendak melayan orang lain.
Saya sebagai pembeli buku, saya akan ingat jurujual itu jika dia layan saya dengan baik.
——-
Insha ALLAH saya dari Perlis juga akan ke sana. Cuma belum SET tarikh lagi. Hendak pergi awal, macam tidak sempat. Tetapi sayang juga kalau pergi lewat nanti banyak pula buku yang habis ataupun kurang meriah….. tidak begitu?
Insyaallah, saya akan ke sana.
Mudah-mudahan tuhan permudahkan urusan saya untuk menjejakkan kaki saya ke sana seklai lagi tahun ini.
Post a comment