Wednesday, November 15, 2006

Hari Sabtu! Jangan Lupa Kursus Menulis Cerita di PTS

Kita akan mengadakan kursus menulis semula cerita-cerita bertema moral dan agama bagi bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa, dengan menggunakan teknik-teknik surah Yusuf.

Tarikh: Sabtu 16 Disember 2006

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.

Masa: 10 pagi - 5 petang.

Hubungi Cik Fatimah Danial sms 019 284 6105 bagi menempah tempat.

Persediaan sebelum hadir kursus: Beli sebuah buku cerita-cerita agama yang ada dijual di pasaran dan bawa bersama-sama apabila hadir.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Jadual Kursus
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Malu Membaca Buku Agama Previous entry: Buku PTS Masuk TOP TEN MPH
Kang  on  12/04  at  04:37 AM

Saya nak menambah sikit seruan Mbakyu ini.
Kepada yang baru atau yang lama, ilmu di depan mata ini hendaklah didapatkan segera. Kalau dulu imam-imam besar (yang tak pernah meletakkan gelaran Dr. di depan nama) sanggup merentas gurun, berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan ilmu—mengapa, mengapa dan mengapa—ilmu yang hanya di depan mata dan percuma, enggan mengambilnya? Datanglah ke kursus PTS.

Di sekitar kampus sementara Universiti PTS itu semuanya lengkap. Nak makan, minum, membeli, semuanya lengkap di situ. Bahkan, kalau serta-merta sakit gigi, boleh turun segera ke bawah jumpa Dr. Nooriah (tak tahu ada lagi ke tak Dr. Nooriah, sebab dulu dia memberitahu hendak kembali ke universiti, hendak menjadi pensyarah supaya dapat menyebarkan ilmu kedoktoran).

CERITA. Semua orang suka mendengar cerita, membaca buku cerita dan bercerita. Di dalam Al-Quran pun penuh dengan cerita-cerita. Di dinding-dinding gua zaman purba, lukisan-lukisan tersebut adalah cerita. Bahkan di dalam MLM asasnya ialah cerita—ABC = Ahli, Belanja, Cerita. Menjadi ahli, kemudian berbelanja dan akhirnya bercerita secara natural.

Bahkan kedai-kedai kopi diwujudkan kerana menyediakan platform bercerita (yang juga sama dengan bersembang).

Inilah kesukaan semula jadi manusia.

Iklan yang terbaik ialah iklan “dari mulut ke mulut”—cerita. MLM kadang-kadang diringkaskan menjadi “Mulut Lalu Mulut”—meneruskan sifat semula jadi manusia iaitu suka bercerita dan mendengar cerita.

Peluang untuk anda menulis kesukaan hampir semua manusia ini sudah sampai di depan mata. Tapi mesti berilmu supaya memenuhi dua perkara 1)kandungan cerita yang menarik 2)cara bercerita yang memukau.

Ilmunya di depan mata, di kampus sementara Universiti PTS.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  12/04  at  08:45 AM

Tan Sri Kang,

Terima kasih kerana bersungguh2 memotivasi pembaca blog ini supaya hadir kursus PTS.

Betul benar apa yang tuan tulis, bahawa manusia itu suka bercerita dan mendengar cerita. Saya pernah membaca suatu teori psikologi yang mengatakan salah satu nilai cerita adalah pada nilai terapinya. Teori ini mengatakan cerita dapat digunakan sebagai alat merawat orang yang sakit. Maka menurut ahli psikologi yang saya baca teorinya itu, apabila kita berdepan dengan orang yang sakit, sampaikan kepadanya sebuah cerita!

Seterusnya sang ahli itu mengatakan cerita paling berguna bagi merawat orang yang jiwanya sakit, seperti orang yang putus asa, orang yang sedang berduka, kecewa, orang yang menyesal, berdendam, orang yang patah semangat, yang takut, yang berdosa dan seumpamanya.

Saya amat terpengaruh dengan teori nilai terapi pada cerita yang saya baca itu. Makanya saya sedang berjuang menghasilkan novel2 jibunsyi yang apabila dibaca, si pembacanya menikmati nilai terapi yang terkandung dalam jibunsyi2 tersebut, lantas selesai membaca, dia menjadi manusia baru….

rastom  on  12/04  at  08:50 AM

Itulah proses katarsis! Dan di pulau langkawi ada gua Cerita…esok saya je sana selama 4 hari.

mba  on  12/11  at  10:18 AM

Puan Sifu;

Boleh saya tahu, *biasanya* kelas2 di UniPTS ni berapa orang yg hadir bagi sesuatu sesi?.

(saja nak tahu, ataupun nak buat bajet ke) wink

Puan Ainon Mohd.  on  12/11  at  10:23 AM

Sdr MBA,

Lazimnya, jumlah yang datang antara 20 hingga 30 orang sahaja, sebab bilik kelas itu kecil!

Tetapi ada masanya kami jalankan 2 kursus serentak dalam dua bilik, oleh itu jumlahnya boleh naik sehingga 40 orang.

Lagipun kami buat workshop di mana peserta berlatih menulis, jadi lebih berkesan apabila jumlah peserta kecil.

Zamri Mohamad  on  12/12  at  09:33 AM

Testimonial Pelajar (macam dalam risalah pusat tusyen. Ada gambar dan teks kata-kata pelajar)

“Sejak saya menyertai Universiti Terbuka PTS. Fikiran saya lebih terbuka dengan idea-idea baru kesan daripada pergaulan bersama rakan-rakan baru dari pelbagai bidang kerja dan peringkat umur.

Dengan lanskap bangunan yang dikelilingi kemudahan-kemudahan yang bersesuaian dengan kehendak pelajar dan amanat terus dari pengarahnya, bakal pelajar akan didedahkan dengan filosofi perjuangan dan agenda memandaikan anak bangsa dengan kaedah kontemporari sesuai dengan iklim dunia buku hari ini.

Jika inginkan kulit yang cerah dengan ilmu, jiwa muda dengan idea-idea baru, penglihatan yang semakin baik dengan melihat sudut-sudut baru dan otot-otot yang tegang kesan latih tubi KJ Metod datanglah ke universiti tanpa sempadan ini.

Terima kasih Universiti PTS.

Memetik moto sekolah saya dalam bahasa Portugis Meliora Hic Sequamor (Di sini terdidiknya manusia)

Tapi Puan, selepas ini puan tak boleh kata dan bagi pandu arah dalam telefon bimbit “Atas klinik Dr Noriah warna biru…” sebab klinik sudah tukar warna lain.

ZAMRI MOHAMAD
Pelajar kemasukan bulan Mei tahun 2005 sehingga hari ini.

alang bidara  on  12/15  at  11:46 AM

Insya Allah saya akan hadir bersama anak perempuan saya yang berumur 11 tahun…

Nak beri dia pendedahan awal tentang penulisan dgn PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.