Hari Terakhir di Booth PTS: Dunia Ini Penuh Wang!

Dua hari terakhir Pesta Buku 2009 (Sabtu 25hb dan Ahad 26hb) jualan tunai booth PTS melepasi RM100 ribu. Pada masa itu orang sudah menerima gaji.
Foto di atas diambil di booth PTS oleh penulis fiksyen bisnes PTS yang terkenal, Tn. Razzi Armansur, pada hari terakhir pesta buku.
Terbukti industri buku adalah kebal-gawat, yakni tidak lut serangan krisis kewangan yang sedang berlaku saat ini. Semakin gawat, semakin naik permintaan bagi buku-buku berkualiti.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan fenomena pelik ini:
(i) Orang ramai mengurangkan perbelanjaan bagi produk-produk lain, sebagai contoh mereka kurangkan pergi makan di Pizza Hut, KFC dan lain-lain tetapi tidak untuk buku bacaan.
(ii) Mereka tidak membawa anak-anak bercuti hujung minggu di luar kawasan, seperti ke Port Dickson ataupun Cameron Highlands, sebaliknya mereka tinggal di rumah dengan membaca buku-buku yang menyeronokkan.
(iii) Gawat yang sedang berlaku mendorong orang ramai menyedari peri pentingnya membaca buku-buku pengurusan kewangan peribadi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah untuk Puan dan PTS kerana mendapat sambutan yang begitu baik dari orang ramai.
Saya agak terkilan kerana tahun ini langsung tidak berpeluang ke PBAKL lantaran bertembung dengan jadual peperiksaan.
Sekadar membaca laporan dan cerita di media dan blog-blog orang sahaja.
Insya-Allah jika umur panjang, tahun depan saya akan ke PBAKL dan gerai PTS pasti jadi singgahan saya.
Tahniah sekali lagi.
Post a comment