Harlequin Mills & Boon Australia Memasuki Pasaran Bahasa Melayu Malaysia


Penerbit Mills & Boon adalah penerbit novel-novel cinta popular dalam bahasa Inggeris yang paling besar di dunia.
Mills & Boon mempunyai 50 juta orang peminat tegar. Setiap tahun Mills & Boon menjual 130 juta naskhah novel cinta di seluruh dunia, diterbitkan dalam 25 bahasa di 100 buah negara. Ia mempunyai 1500 orang pengarang di seluruh dunia, dan menerbitkan 1,400 judul baru setiap tahun, yakni lebih 100 judul setiap bulan.
Bagi memasuki pasaran bahasa Melayu di Malaysia, Mills & Boon telah memilih penerbit KarnaDya Sdn. Bhd. melalui perjanjian perlesenan karya-karya chicklitnya kepada KarnaDya supaya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk pasaran Malaysia.
Bagi tahun 2009, sebanyak 24 judul chicklit Mills & Boon akan diterjemahkan dan diterbitkan.
Menurut Puan Aina Emir, pemilik KaryaDya, Mills & Boon adalah pihak yang telah mengambil inisiatif menawarkan kepada KarnaDya hak pelesenan itu, tanpa KarnaDya memohonnya.
Pada 20 April lalu, sempena Pesta Buku 2009, KarnaDya telah mengadakan majlis pelancaran 6 buah siri chicklit itu. Novel Cuti-Cuti Cinta adalah salah satu daripadanya. Dalam novel chicklit ini, Casey merancang percutian ke Greece dan Italy bersama Kat dan Lindsey bagi memperbaiki hubungan mereka. Sepanjang percutian itu Casey telah berlaku curang dengan John. Akibat perbuatannya itu hubungannya dengan Kat dan Lindsey menjadi renggang. Casey kesal dengan perbuatannya. Hubungannya dengan John juga telah putus, meskipun John tahu cerita sebenar dan menerima Casey seadanya.
Kehadiran novel-novel chicklit terjemahan dari Mills & Boon ini dijangka akan menjadi saingan kepada novel-novel cinta tempatan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Saya amat berbangga sebuah syarikat tempatan dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat gergasi dunia. Ucapan tahniah saya kepada Karnadya.
Namun demi industri novel chicklit di Malaysia, saya rasa saya perlu bersuara.
Saya sudah membeli 3 buah buku ini. Pendapat saya. Ia adalah “first impression” yang amat tidak baik bagi genre chicklit di Malaysia. Bahasanya amat kaku. Penterjemahannya adalah lemah.
Saya menegur ini kerana saya adalah antara yang berjuang dalam genre ini.
Wasalam
Syaizul
Tuan Syaizul
Bagaimana pula dengan nilai-nilai yang dipaparkan dalam novel tersebut?
Salam Tuan Firdaus,
Saya menjangkakan nilai-nilai budaya yang tidak secocok dengan budaya kita telah ditukarkan. Namun melihat daripada keseluruhan cerita, amat sukar bagi penterjemah untuk mengubahsuai plot cerita.
Lagipun pihak Karnadya mengatakan, buku ini memang menampilkan watak luar negara, oleh itu pembaca sudah maklum budaya yang dibawa di dalam novel bukan budaya kita. Samalah seperti kita menonton cerita orang putih yang dialihbahasa, kita terima budaya itu kerana watak dan plot adalah dari orang barat.
Wasalam
Syaizul
Tidak syariah compliant. hehe
Post a comment