Harta Intelek: Hakcipta Mesej SMS
Penyair KS Ilmar pernah berutus surat melalui SMS dengan seorang peminat bernama Z. Seperti seorang penyair tegar, di mana-mana pun beliau dapat mencipta dan menulis puisi.
Kali ini, surat SMSnya itu ditulis dalam bentuk puisi, sewaktu beliau sedang dalam bas ekspres Kuantan-KL.
Dua hari kemudian beliau menerima mesej SMS daripada seorang kenalannya. Mesej itu adalah puisi SMSnya yang dihantar kepada Z!
Selepas ditanya, si kenalan tadi memberitahu dia menerima puisi itu daripada orang lain, tanpa mengetahui perkara sebenar, dia menghantarkannya pula kepada KS Ilmar!
Puisi SMS itu telah kembali kepada tuannya.
Daripada sudut undang-undang harta intelek, setiap mesej SMS adalah dilindungi hakcipta penulisnya. Mesej SMS adalah serupa dengan surat-surat konvensional. Hakciptanya ada pada penulis surat itu bukan pada si penerima.
Perbuatan Z men-forward-kan puisi SMS karya Penyair KS Ilmar itu kepada orang lain tanpa izin bertulis, adalah menyalahi undang-udang hakcipta negara ini.
.
.
Kali ini, surat SMSnya itu ditulis dalam bentuk puisi, sewaktu beliau sedang dalam bas ekspres Kuantan-KL.
Dua hari kemudian beliau menerima mesej SMS daripada seorang kenalannya. Mesej itu adalah puisi SMSnya yang dihantar kepada Z!
Selepas ditanya, si kenalan tadi memberitahu dia menerima puisi itu daripada orang lain, tanpa mengetahui perkara sebenar, dia menghantarkannya pula kepada KS Ilmar!
Puisi SMS itu telah kembali kepada tuannya.
Daripada sudut undang-undang harta intelek, setiap mesej SMS adalah dilindungi hakcipta penulisnya. Mesej SMS adalah serupa dengan surat-surat konvensional. Hakciptanya ada pada penulis surat itu bukan pada si penerima.
Perbuatan Z men-forward-kan puisi SMS karya Penyair KS Ilmar itu kepada orang lain tanpa izin bertulis, adalah menyalahi undang-udang hakcipta negara ini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu-san;
Membaca kuliah ini saya ada beberapa persoalan:-
1. Kandungan surat, sms atau mel dari seorang ke seorang yang lain tidak wajar didedahkan kepada pihak ketiga, khususnya publik bukan kerana hakciptanya, tetapi kerana kandungan dan privasinya. Ia ditujukan kepada individu, bukan publik.
2. Adalah tidak adil sekiranya hakcipta boleh terjadi dengan sendirinya. Maknanya setiap kali menulis, ia terus terhakcipta dengan serta merta tanpa didaftarkan terlebih dahulu. Adakah ia semudah itu? Sedangkan dalam dunia teknikal, umpamanya (intellectual Property Right - IPR) ia perlu didaftarkan dan disahkan terlebih dahulu.
3. SMS dan Internet adalah media umum. Menghasilkan karya di media umum sebegini si pencipta sepatutnya menjaga karya mereka supaya tidak disebarluaskan. Menggunakan kod dan nyah kod umpamanya.
4. Mengapakah perbuatan Z meng-forward-kan puisi SMS dianggap salah?. Apakah keuntungan yang diperolehi oleh Z? Adakah amaran yang jelas telah diberikan kepada Z seperti ‘puisi ini adalah di bawah hakcipta. Menyebarnya tanpa kebenaran adalah merupakan suatu kesalahan di bawah akta hakcipta’.
5. Sekiranya pencipta adalah orang profesional (cari makan dengan hasil puisi sedemikian), maka barangkali beliau kerugian kerana puisinya dibaca dengan percuma di SMS. Namun dia tidak pernahpun berbuat demikian (mengenakan bayaran kepada pembaca puisinya di SMS). Malahan saya percaya, puisi tersebut tidak adapun dalam simpanannya untuk dihantar ke media cetak. Jadi apa kerugian yang telah ditanggung oleh beliau?. Bukankah ia merupakan ‘harta sepencarian’ sekiranya ia hendak dihakciptakan?
Sekian, wassalam.
——-
MBA-san,
Hakcipta adalah automatik. Sebaik-baik saudara menuliskan ayat saudara, undang-undang hakcipta secara automatis melindungi apa yang saudara tuliskan. Memang begitulah konsep ‘natural law of copyright’ di mana ia terjadi dengan sendirinya, tidak perlu didaftarkan dahulu bagi memperolehinya. Hakcipta semua jenis program komputer adalah serupa dengan hakcipta karya bertulis, lukisan, foto, muzik, koreografi dan hasil seni lainnya.
Tentang hakcipta bahan-bahan dalam internet, semua bahan yang tersiar dalam internet (seperti apa sahaja yang tertulis dalam UNIKA ini, termasuk komen sdr di atas) adalah dilindungi hakciptanya, oleh itu tidak boleh disalin, digunakan, disebarkan, dijual, melainkan dengan izin penulis-penulis asal.
Perbuatan Z itu salah kerana undang-undang hakcipta tidak membenarkan perbuatan itu. Z mungkin tidak untung dari segi kewangan, tetapi dia untung sebab orang menyangka beliau penulis puisi SMS itu, dan persepsi orang terhadapnya menjadi positif, yakni beliau dilihat sebagai penyair berbakat.
Z mungkin menghantar puisi itu ke majalah sastera, lalu diterbitkan dan dibayar honorarium, ataupun menang Anugerah Sastera Nasional.
Puisi itu mungkin terpilih dijadikan teks bacaan wajib dalam kurikulum sastera. Jika ini terjadi, KS Ilmar sukar membuktikan puisi itu beliau yang menciptanya! Ini benar-benar pernah berlaku.
Salah satu puisi yang terpilih untuk KOMSAS diambil dari internet oleh salah seorang guru yang menganggotai AJK pemilih puisi. Buku KOMSAS itu diterbitkan oleh DBP. Apabila si penulis itu sedar puisinya terdapat dalam buku itu beliau pergi ke DBP bagi menuntut royaltinya, tetapi bagaimanakah beliau hendak membuktikan secara sohih bahawa puisi itu dia yang cipta?
Terima kasih Puan Sifu atas penjelasan tersebut.
Dalam kes mudah begini, maka jelaslah hakcipta adalah kepunyaan penulisnya.
Andaikata Sang Pencipta Agung tadi bekerja makan gaji dengan sebuah syarikat. Syarikat tersebut membekalkan notebook, handphone, buku nota, pena dan alat mencipta karya selengkapnya.
Jika si pencipta menghasilkan karya menggunakan kemudahan syarikat dalam waktu kerjanya, bagaimana pula hak ciptanya?. Bolehkah pihak syarikat menuntutnya?.
* saya ada kes tuntutan hakcipta yang masih belum selesai semenjak 5 tahun lalu dan masih dalam perbalahan kedua-dua belah penasihat undang-undang
MBA-san,
Dalam kes tuntutan hakcipta, isu pokoknya adalah bagaimana si penuntut dapat membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa hakcipta karya itu adalah miliknya.
Jika majikan hendak menuntut hakcipta karya pekerjanya, maka majikan mesti dapat membuktikan karya itu ditulis dalam waktu pejabat, ataupun menggunakan alat-alat pejabat, ataupun tanpa izin majikan.
Adakah dalam dokumen kontrak perlantikan pekerja itu disebutkan dengan jelas semua hakcipta karya si pekerja adalah menjadi milik majikan? Sebagai contoh, semua hakcipta karya staf jabatan grafik PTS pada buku-buku terbitan PTS adalah dimiliki oleh PTS.
Proses membuktikan tuntutan hakcipta dilakukan dalam mahkamah.
sambung….
Jika seseorang itu menuliskan puisinya menggunakan kertas pejabat, itu bukan bermakna hakcipta puisi itu menjadi harta majikannya.
Si pekerja bersalah kerana menyalah gunakan kertas pejabat, tetapi hakcipta puisi itu tetap pada si pekerja sebab dia yang mencipta puisi itu.
Begitu juga dalam kes apabila si pekerja menuliskan puisinya menggunakan alat tulis pejabat, ataupun dalam waktu pejabat.
Tindakan disiplin boleh diambil atas kesalahan si pekerja menyalah gunakan harta pejabat.
Majikan tidak boleh merampas hakcipta karya para pekerjanya, melainkan dalam kontrak perlantikan ada disebutkan perkara itu dengan terang dan jelas.
Puan Ainon dan MBA-san,
Adakah dalam dokumen kontrak perlantikan pekerja itu disebutkan dengan jelas semua hakcipta karya si pekerja adalah menjadi milik majikan?—> Hukum yang jelas, terang benderang bak bulan purnama. Tengok pula dimana tempat kerja ya. Kalau di pejabat SOCSO, Pejabat Persatuan Pemandu Teksi, atau Pejabat Kadi, ringkasnya pejabat yang tidak relevan dengan karya kreatif penulisan, mudah sang Hakim putuskan. Sebaliknya, pejabat yang misi dan visinya sangat relevan dengan kerja penulisan atau hasilan karya kreatif (biasanya) akan menggariskan sempadan yang jelas dimana, bagaimana dan bila hakcipta organisasi bermula dan berakhir.
bagaimana cara sebaik-baiknya untuk menggunakan bahan hak cipta orang lain di dalam P&P;kita?
Post a comment