Saturday, June 26, 2010

Hasnah Daud: Penterjemah PTS yang Termasuk dalam TOP 55 Penerima Royalti (jualan 2009)

Cikpuan Hasnah Muhammad Daud adalah satu-satunya penterjemah yang berjaya masuk dalam senarai 55 orang karya PTS yang menerima royalti tertinggi bagi jualan tahun 2009.

Beliau mula menterjemah untuk PTS pada tahun 2008, dan kini baru mempunyai 5 judul, namun sudah berjaya masuk senarai Top 55.

Sebagai penterjemah buku-buku kontemporari, beliau menerima pembahagian royalti dengan penulis pada nisbah 30% (penterjemah) dan 70% (penulis asal).

Beliau seorang penterjemah sepenuh masa, memiliki diploma penterjemahan, dan telah menjalani latihan tambahan dalam program pembangunan tenaga penterjemah PTS.

PTS menggunakan kriteria yang sangat ketat apabila memilih calon-calon penterjemahnya. Pertama-tama hanya mereka yang lulus ujian menterjemah dan memiliki bakat linguistik yang tinggi sahaja yang akan diambil bagi seterusnya menjalani latihan intensif supaya mereka dapat menghasilkan mutu terjemahan yang betul dan natural.

Penterjemah PTS juga dikehendaki tidak putus-putus menterjemah, lepas satu buku, satu buku lagi. Mereka juga bekerja dengan mematuhi jadual penerbitan yang ketat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DYMM Sultan Selangor di Booth PTS dalam Pesta Buku Selangor 2010 Previous entry: Eksperimen Gaya Berbahasa dalam 'Bara Cinta Canberra'
Imran Yusuf  on  06/26  at  05:05 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Syabas Cipuan Hasnah.

Semoga terus menterjemah.

Selamat berkarya.

Imran Yusuf  on  06/26  at  05:06 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Syabas Cikpuan Hasnah.

Semoga terus menterjemah.

Selamat berkarya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  09:36 AM

Syabas sekali lagi!
Penterjemah lain turut berbangga dengan pencapaian dan pengiktirafan yang diterima CikPuan Hasnah Daud.
Semoga lebih ramai penterjemah yang memenuhi tempat di carta ini pada tahun-tahun hadapan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/04  at  07:00 PM

Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana menjodohkan saya dengan PTS. Terima kasih di atas bimbingan Puan Ainon dan warga PTS kerana memberi peluang dan menaruh kepercayaan kepada saya walaupun saya masih baru dalam dunia terjemahan. Saya percaya ini semua berkat guru yang mengajar serta doa keluarga khasnya ibu bapa. Seperti doa Tuan Adlie, saya juga doakan semoga ramai lagi penterjemah akan masuk carta tahun depan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: