Hati Guru Yang Bagaimanakah Yang Tidak Tersentuh
Asalamuailaikum kepada Puan Sifuku, Guruku, Ibuku yang kusayangi, cintai...
Ya Allah, jika di dalam diriku ini ada sesuatu yang bernilai iaitu 'pahala' , aku memohon kepadaMu agar sebahagian daripada amalanku yang diterima olehMu dihadiahkan kepda Puan sifuku ini, iaitu Puan Ainon Mohd. Besar jasanya kepadaku. Dan jika di dalam diri guruku ini ada amalan yang kau tidak redhai, ampunkan dosanya itu. Jika ianya tidak dapat diampunkan dengan hanya doaku ini, aku memohon agar pindahkanlah segala dosa jika ada pada guruku ini walaupun sebesar biji padi kepadaku. Tuhanku, hambaMu ini tidak sanggup melihat guruku ini hidup terseksa di dunia dan di akhirat. Jadikanlah guruku ini sebagai manusia yang mengamalkan dan menyampaikan segala ilmuMu itu. Ya Tuhanku, Allah, Guruku ini sentiasa memujimu dihadapan kami semua, beliau tidak pernah lupa untuk melafazkan namaMu yang Maha Agung Itu. Aku memohon kepadaMu agar menghantar malaikat yang menjaga rahmat agar senantiasa mendampinginya Amin.
Saya menerima semakin banyak pertanyaan tentang ceramah, kursus dan sebagainya dari segenap pelusuk negara. Alhamdulilah, terima kasih juga di atas peluang, ruang dan sokongan yang Puan berikan melalui halaman UNIKA. Ramai yang mendapat maklumat tentang saya melalui halaman Puan itu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih puan.
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Tahniah Tuan Shasuddin, tahniah…
Tahniah juga kepada Puan Sifu dan PTS.
Tn Shamsuddin,
Memang tuan berbakat. Tahniah.
Itulah hikmat bila Guru Bertemu Murid Yang Sudah Bersedia Menimba Ilmu. Semoga rezeki Puan Ainon dan En Shamsuddin terus melimpah.<senyum>
Sunthara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya teramat segan dan tidak menyangka entri pada kali ini adalah berkenaan dengan email yang saya hantar kepada Puan Ainon.
Walau bagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih ke atas Tuan Alang, Tuan Helang6 dan juga Tuan Sunthara segar yang terus menyokong saya. Semoga Tuhan melimpahkan Tuan-Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak dan dikurniakan dengan kebahagiaan sepanjang masa. Terima kasih, saya amat menghargainya.
Post a comment