Hayat Rak

Istilah 'hayat rak' atau shelf-life bermakna selama mana sesuatu buku itu diletakkan di rak buku dalam kedai-kedai buku.
Justeru ada buku-buku yang dapat bertahan lama di rak buku sebab permintaan bagi buku itu sentiasa ada sepanjang tahun, setiap tahun, tahun demi tahun.
Manakala ada pula buku yang pernah dipamerkan di rak buku, tetapi lepas itu hilang, tidak muncul-muncul lagi, sebab buku itu tidak laku lagi, dan tempatnya diambil alih oleh buku lain.
Penerbit hanya mahukan buku-buku yang panjang hayat raknya. Buku-buku jenis ini amat menguntungkan.
Justeru pengarang perlu menghasilkan manuskrip yang hayat raknya panjang... sangat panjang!
Kos menerbitkan buku baru adalah amat tinggi. Di PTS, kos itu amat tinggi kerana semua editor PTS adalah siswazah dan ilustrator serta desainer dibayar pada kadar komersial demi mendapatkan mutu seni yang tinggi.
Tetapi apabila sesuatu buku itu diulang cetak, kos permulaan itu turun mendadak, barulah pengurangan itu dapat diterjemahkan menjadi keuntungan.
Kos perolehan, kos editing, ilustrasi, layout, dan kos desain kulit semuanya ditanggung sekali sahaja. Apabila buku diulangcetak, kos-kos itu sudah tidak ada. Itulah sebabnya, buku mesti diulangcetak.
Penerbit akan gulung tikar jikalau buku-bukunya hanya dicetak sekali sahaja, selepas itu kedai pun tidak mahu order lagi.
Ada faktor-faktor yang menyebabkan hayat rak sesuatu buku itu panjang ataupun pendek. Yang ini pengarang mesti tahu dan ambil serius, sebab jika hayat rak bukunya pendek, rezeki pengarang pun pendek, sebab cek royalti cuma datang sekali sahaja.
Salah satu faktor yang memendekkan hayat rak karya fiksyen adalah bahasa rendah yang digunakan dalam buku. Novel-novel yang dialognya ditulis menggunakan bahasa cakap harian tidak dapat bertahan lama dalam pasaran, sebab fitrah bahasa cakap harian adalah trendy, cepat berubah, cepat basi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih atas tips yang diberikan.
Persoalannya, pihak penerbit mungkin
sudah melakukan yang terbaik untuk
mempromosikan novel2 terbitannya.
Bagaimana pula dengan peranan penulis?
Adakah penulis mempunyai apa2 peranan
selepas karyanya diterbitkan?
Setakat ini, hanya Ain Maisarah yang paling
aktif buat promosi. sebab tu saya rasa novel
dia laku!
Post a comment