Hero Lelaki, Hero Perempuan
Petik: "Saya membawa Amir ke rak PTS dan menunjukkan buku-buku remaja kepadanya. Ada beberapa buku yang dia berminat dan kelihatan teruja setelah melihat cover buku, tetapi setelah membaca sinopsis dia letakkan kembali - alasannya - watak utamanya perempuan. Lecehlah, katanya." - Norjihan
Dalam teori Surah Yusuf, watak utama hendaklah lelaki (Nabi Yusuf). Watak pembantu utama adalah perempuan (Siti Zulaikha).
Buku cerita yang watak utamanya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna pasaran buku itu lebih besar.
Tuhan jualah yang lebih mengetahui.
.
.
Dalam teori Surah Yusuf, watak utama hendaklah lelaki (Nabi Yusuf). Watak pembantu utama adalah perempuan (Siti Zulaikha).
Buku cerita yang watak utamanya lelaki dibaca baik oleh lelaki mahupun perempuan. Ini bermakna pasaran buku itu lebih besar.
Tuhan jualah yang lebih mengetahui.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tapi masalahnya kini, lelaki-lelaki yang ada disekeliling tidak “inspiring” hehe.
——-
Seperti kata P. Ramlee, “jarang-jarang, kadang-kadang, sekali-sekala”, timbul satu nama dari benua Inggeris - Jane Austen berjaya memprotagoniskan seorang wanita.
Ajaib juga, di zaman itu beliau seolah-olah menekuni cara Surah Yusuf dalam penulisannya - tidak banyak bertele-tele deskripsi, sudah “show don’t tell”, cumanya wataknya orang berembuan.. .hehehe!
Pada pesta buku yang lalu, ramai juga remaja lelaki yang memborong buku-buku remaja tak kira apa watak utamanya atau jalan ceritanya. Semuanya mereka sapu. Saya bercakap melalui pemerhatian saya.
Lain orang lain citarasanya. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.
Tetapi ramai juga yang membeli kerana kulit buku itu cantik dan menarik. Ada remaja yang tidak mahu beli buku saya kerana katanya warnanya tidak menarik! Kalau dulu orang kata ‘jangan menilai buku daripada kulitnya.’ Tapi hakikatnya, dari mata turun ke hari. Inilah’ realiti.
Post a comment