Hishamuddin Diminta Pergi ke Sabah dan Sarawak
Menteri Pelajaran Malaysia memang tidak mahu berjumpa dengan ibu bapa miskin dan mendengar apa pendapat mereka dalam isu PPSMI.
Dia juga tidak mahu berjumpa dengan guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar dan mendengar sendiri dengan kedua-dua belah telinganya apa yang akan dilaporkan oleh guru-guru itu.
Pak Menteri itu hanya medengar kenyataan yang dibuat oleh pengerusi persatuan guru-guru yang kuat mengampu dia.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina, meminta supaya Hishamuddin datang ke Sabah dan Sarawak bagi mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat keputusan meneruskan PPSMI.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sebagai bekas guru saya memang menyokong pendapat SIFU itu. Sepanjang pengalaman saya melihat ramai murid, terutama di luar bandar, tidak berupaya untuk memahami pengajaran PPSMI dan terpaksa bercampur aduk antara BI dan BM.
Sedih kerana orang Kuala Lumpur hanya tahu mengarahkan saja, sedangkan pelaksanaannya memang berat kepada pelajar dan guru di kawasan luar bandar.
Itu belum ditambah dengan projekter yang tidak dapat gunakan kerana tidak cukup kuasa letrik.
Pada saya, Malaysia Timur dianggap sebagai kelas kedua oleh pihak Kuala Lumpur.
Jangan diharap Menteri nak datang.
Artikel ini lebih menarik kalau tak ada gambar Hishamuddin tu. Bosan saya melihat wajah dia. Menyampah!
Saya harap sangat BN kalah. PPSMI memang satu pembaziran. PPSMI satu bentuk kezaliman dalam pendidikan.
Kawasan beliau sendiri, Sembrong di Johor, itu pun sudah cukup hulu. Itu pun si bapuk masih tidak sedar diri lagi.
Post a comment