Hishamuddin Ingkar Arahan Pak Lah

Tiga hari lalu saya berbual lama dalam telefon (26 minit) dengan seorang senator, yang saya kenal sejak di universiti. Beliau menelefon saya sebab beliau meminta saya menyenaraikan soalan-soalan yang beliau dapat kemukakan di Dewan Negara bagi pihak para pejuang bahasa Melayu.
Dalam perbualan itu beliau memberitahu saya bahawa baru-baru ini beliau menghadiri majlis di kediaman Pak Lah. Disebabkan beliau dan Pak Lah adalah kenalan lama, lalu beliau mengambil kesempatan bercakap dari hati ke hati, dan mencadangkan kepada Pak Lah supaya PPSMI dimansuhkan, memandangkan isu PPSMI telah menyebabkan banyak kesan negatif kepada UMNO.
Menurut apa yang dikatakan oleh YB Senator itu, Pak Lah sudah menulis surat mengarahkan Hishamuddin Hussein Onn supaya memansuhkan PPSMI, tetapi arahan Perdana Menteri itu sampai hari ini belum dijalankan oleh menteri pelajaran itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam dari Melbourne
Jika benar bagai dikata, malang sungguh nasib PM Pak Lah. Belum bersara cakapnya sudah tidak diendahkan. Ada baiknya beliau kekal sebagai PM, mungkin masih ada peluang untuk PPSMI dimansuhkan dengan lebih cepat.
harap dapat dimansuhkan dengan cepat
Post a comment