Tuesday, June 26, 2007

Hubaya-hubaya! Musim Tender Rancangan RTM Sudah Bermula

Kepada penulis-penulis PTS yang berminat mencari peluang dengan bekerjasama dengan syarikat penerbit rancangan TV, hubaya-hubaya.

Sejak Isnin 25hb Julai, semalam, RTM sudah mengeluarkan borang-borang tender kepada syarikat penerbit rancangan TV.

Baik beringat-ingat: Dalam apa jua sektor industri, ada pemain baik, ada pemain jahat.

Dalam chatbox UNIKA sudah ada pengunjung dengan nama samaran epol yang mencari skrip!

Apabila saudara dihubungi oleh mana-mana syarikat penerbit rancangan TV yang mahu menerbitkan karya saudara buat RTM, beritahu orang itu bahawa saudara sudah melantik PTS sebagai wakil sah saudara dalam semua urusan pemerdagangan karya saudara. Mereka mesti menghubungi PTS.

Perlantikan PTS sebagai wakil sah saudara adalah termaktub dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nasib Penulis Skrip Previous entry: Sikap Pencuri Hakcipta Buku Agama
jOnOs  on  06/26  at  02:17 AM

“Apabila saudara dihubungi oleh mana-mana syarikat penerbit rancangan TV yang mahu menerbitkan karya saudara buat RTM, beritahu orang itu bahawa saudara sudah melantik PTS sebagai wakil sah saudara dalam semua urusan pemerdagangan karya saudara. Mereka mesti menghubungi PTS.”

Petikan kata-kata Puan SifuPTS di atas amat perlu diambil berat oleh para penulis. Memang benar ada pemain baik dan ada pemain yang sebaliknya.

Saya sudah terbiasa bermain dengan pemain yang sebaliknya (bukan pemain baik). Oleh sebab itu saya mengundurkan diri sudah hampir empat tahun dari dunia penerbitan tv bagi mencari ilmu dan telah menceburkan diri ke dunia penerbitan media cetak.

Sekarang saya sudah ada sedikit kecerdikan selepas bergaul bersama ahli kumpulan PTS dan lain-lain sahabat.

Tabik! Semua…

Tuan jOnOs,

Individu memang lebih mudah ditipu berbanding dengan syarikat. Sedangkan syarikat pun banyak yang kena tipu… Jadi kita msti saling lindung-melindungi.

——-

Abdul Latip  on  06/26  at  03:31 AM

Saya juga pernah kena tipu oleh penerbit drama tv. Tetapi mereka tidak kaya juga. Sekarang sudah gulung tikar.

Tuan Latip,

Kita orang lama semua merasa kena tipu. Inilah yang menyebabkan saya mahu membantu orang muda-muda bekerja sebagai satu tim, jadi dapatlah dikurangkan risiko kena tipu macam kita dulu-dulu.

jOnOs  on  06/26  at  05:08 AM

Tabik! Puan Sifu..

Itu yang paling harus.

Amat setuju 200%.

jOnOs  on  06/26  at  05:10 AM

Tuan Abdul Latip,

Tabik!

“Saya juga pernah kena tipu oleh penerbit drama tv. Tetapi mereka tidak kaya juga. Sekarang sudah gulung tikar.”

Mereka kaya! Kaya dengan penipuan..

Aha ha..

jOnOs  on  06/26  at  06:25 AM

Petikan dari chatbox UNIKA

“ade sesiapa yg mpunyai naskah drama telemovie & bersiri sila hubungi 012-3390444”


Saya telah cuba menghubungi nombor ‘Tuan Epol’. Saya juga meminta izin untuk memperkenalkan beliau di sini.

Shaiful Asnawi Bin Hussein (Epol), adalah seorang Penerbit Eksekutif di Gong Klasik Sdn Bhd. Mereka memerlukan skrip yang telah siap sepenuhnya bagi:

Drama Siri 30 minit, isu Remaja 26 episod.
Drama Siri 60 minit, isu Wanita 26 episod.
Telemovie 120 minit, isu Cinta atau Aidiladha, Cinta Remaja, Ramadhan, Aidilfitri, Korporat dan Aids
Dokumentari Siri 30 minit, isu bebas.

Tabik!

panaharjuna  on  06/26  at  06:50 AM

Puan Sifu,

“Kita orang lama semua merasa kena tipu. Inilah yang menyebabkan saya mahu membantu orang muda-muda bekerja sebagai satu tim, jadi dapatlah dikurangkan risiko kena tipu macam kita dulu-dulu.”

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada puan dan anggota PTS keseluruhannya kerana telah berusaha memandaikan kami (saya, secara pribadi) dan memberi nasihat-nasihat hasil dari kutipan pengalaman yang pernah puan dan anggota PTS lalui sebelum ini.

Juga, buat saudara Jonos yang berbudi dalam memberikan pandangan dan jalan kepada mereka yang berusaha.

Saya juga, sebenarnya sudah penat kena tipu, sebab itu bila ada tempat yang sudi menjaga hak-hak penulis, memberi pandangan dan nasihat seperti di PTS, saya berasa bersyukur dan gembira sekali.

Buat semua editor PTS, saya ucapkan syabas, anda semua memang satu pasukkan yang sehebat Maero Attack!

pasukkan (SALAH) = pasukan (BETUL)

Aaa? Maero Attack!

jonos  on  06/26  at  07:10 AM

Sama-sama Tuan Panaharjuna,

embun  on  06/27  at  12:24 AM

Salam Pn. Ainon dan penulis/pengunjung laman Unika PTS,

Maero Attack ialah nama satu siri televisyen dari Jepun. Drama yang mengetengahkan sukan bola tampar wanita ini amat popular dalam tahun 80’an dahulu seiring dengan drama ‘Oshin’, ‘Kauru’, ‘Kesatria Baja Hitam’ dll (yang saya tidak ingat judulnya).

80’an (SALAH) = 80-an (BETUL)

Terima kasih atas maklumat yang diberikan!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  02:13 AM

Saya tertarik dengan perhatian yang saudara & saudari berikan berkaitan dengan skrip yang diperlukan. Untuk menjawab semua persoalan yang dikemukakan Saya mulakan dengan pengenalan Gong Klasik Sdn Bhd (GKSB). Satu syarikat induk yang memayungi beberapa syarikat penerbitan tv, album, pengurusan acara dan studio rakaman.

GKSB khususnya menjalankan penerbitan tv. Dahulunya adalah anak syarikat TV3. Pada 2001, berlaku perubahan pengurusan dan seterusnya menjalankan perniagaan dengan RTM.

Saya kagum dengan sikap yang ditonjolkan oleh saudara Jonos. Beliau mengambil langkah ke depan dengan cara bertanyakan kepada saya tentang perkara berbangkit.

Kita boleh berhati-hati dalam perkara ini tapi jangan sesekali prejudis. “Takde masa untuk menipu”. Nombor telefon telah diberi seharusnya telefonlah untuk mengetahui perkara sebenar, itu lebih baik bukan?

Saya hendak berkongsi sedikit pengetahuan dengan saudara & saudari semua. Sebelum ini sehinggalah 18/06/2007 proses penerbitan memerlukan penghantaran sinopsis tetapi kini RTM menetapkan bahawa setiap syarikat perlu sertakan skrip penuh.

Jika dilihat dari sudut positif situasi ini sebenarnya menyokong ‘INDUSTRI’ saudara dan saudari. Ini kerana syarikat perlu membuat perjanjian sama ada membayar penuh @ separuh @ deposit berdasarkan persetujuan saudara & syarikat.

MALAHAN KAMI SEBAGAI SYARIKAT TAKUT TERANIAYA SEKIRANYA SELEPAS PEMBAYARAN DIBUAT RTM TIDAK MENERIMA SKRIP SAUDARA DAN SAUDARI BERIKAN. Tolong jangan prejudis.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, GKSB adalah syarikat Kelas A yang digredkan oleh kementerian. Begitu jugalah halnya dengan syarikat-syarikat lain yang digredkan sebagai A, B dan C.

Justeru sebagai syarikat Kelas A tidak semudah itu untuk menipu. Lainlah yang datangnya dari individu yang tidak diketahui syarikat dan stesennya. Sebab itulah saya katakan saudara Jonos telah mengambil langkah ke depan untuk mengetahui sesuatu perkara!

Saudara April… anda benar! GKSB juga melalui syarikat Gong Production & Matahati adalah syarikat & studio rakaman. Antara artis kami satu ketika dahulu; Ruhil Amani, Aris Ariwatan, Roy, Kumpulan Kris, Medicine dll.

Benar inilah masanya untuk saudara dan saudari ke depan. Peluang terbuka sekarang. Tampil dan pelbagaikan genre dan perbanyakkan bilangan penulis skrip di Malaysia. TQ.

Tuan Epol,

Terima kasih kerana memberi maklumat yang sangat berguna kepada kita.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.