Sunday, March 25, 2007

Hubungan dengan Media: Sakit Hati Seorang Sasterawan Bertaraf Selebriti

Sasterawan muda paling ngetop dan paling berpengaruh sekarang adalah Sdr. Faisal Tehrani.

Bakat kreatif beliau memang luar biasa. Beliau memegang rekod penulis paling banyak menggondol pelbagai hadiah dan anugerah sastera - baik dikira dari sudut nilai ringgitnya mahupun bilangan hadiahnya, ataupun genre yang dimenanginya.

Ditambah pula, pada usia 32, beliau masih solo dan nama beliau kekal bersih daripada apa jua gosip 'affair' dengan wanita!

Beliau juga banyak menulis isu-isu yang menimbulkan kontroversi berkenaan aliran pemikirannya.

Nampaknya beliau saat ini sedang mengalami kesan negatif popularitinya yang bertaraf selebriti, di mana reputasi baik beliau kerap kali dieksploitasi secara tidak beretika bagi dijadikan bahan pelaris jualan pelbagai majalah dan akhbar. (Lazimnya perkara begini menjadi lumrah dunia selebriti artis-artis sahaja.)

Baca di sini tulisan bertajuk 'Bila Keizinan Tak Diberi...' dalam Faisal Tehrani bagi mendapatkan kenyataan rasmi beliau berkenaan isu bagaimana beliau kerap sengaja diputar-belit dan disalah-lapor oleh media.

Kita merakamkan simpati kepada beliau. Kepada para pembaca UNIKAPTS, marilah kita sama-sama saling menghormati perasaan sesama penulis.

Nota: Sdr. Faisal Tehrani, izinkan foto saudara kita siarkan di sini, ya!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(17) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tentang 'kata', 'firman' dan 'sabda' Previous entry: Ada-ada Sahaja: Kes Rajuk SN A Samad Said kepada DBP - Apa GAPENA Sudah Buat
Web Sutera  on  03/25  at  04:41 PM

Faisal oh Faisal! Hamba ada semua karya novel saudara.
——-

Web Sutera  on  03/25  at  04:42 PM

Faisal oh Faisal! Hamba ada semua karya novel saudara, kecuali Tunggu Teduh Dahulu.

Riduan Khairi  on  03/25  at  04:52 PM

Puan,

Saya mengagumi Faisal Tehrani. Sejak Cinta Hari-hari Rusuhan lagi.

Akan tetapi lewat catatan-catatan blog beliau akhir-akhir ada beberapa perkara yang susah saya nak setuju.

Faisal berhak mempertahankan diri apabila diserang. Tapi Faisal memilih pertahanan terbaik dengan menyerang semula. Dan dalam peluru-peluru yang beliau tembak banyak yang tersasar. Begitu banyak nama-nama besar diheret sama dan tidak diberi penilaian yang adil.

Saya sangat tersinggung dengan sikap beliau yang kali ini. Tapi sangat sayang dengan keterampilan dan kemampuan beliau dalam lapangan kreatif.

Mudah-mudahan kebenaran akan lahir dari lidah beliau. Amin.

alang kelana  on  03/25  at  06:01 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan Faisal Tehrani,

Semakin meningkat tahap ‘maqam’ seseorang penulis, semakin beliau menjadi sasaran kritikan umum. Semakin tinggi maqamnya semakin kuat kritikannya dan semakin kontroversi perbahasan melibatkan penulis itu.

Semakin besar nama orang yang mengkritik itu semakin tinggi jugalah maqam penulis yang dikritik.

Semakin kontroversi seseorang penulis, semakin meningkat namanya di kalangan penulis-penulis.

Orang yang tidak ‘dipedulikan’ memang belum mencapai tahap yang melayakkan dia ‘dipedulikan’ oleh para pengkritik.

Web Sutera  on  03/25  at  09:39 PM

Saya setuju dengan pandangan sdr Alang Kelana.
Teruskan Faisal!

Mya Marja  on  03/26  at  01:04 AM

Assalamualaikum,

Tuan Faisal, terkadang sangat setuju kata-kata Tuan Riduan itu…

Tuan Riduan, darah masih muda panasnya menggelegak…

Tuan Alang, kata-katamu sangat puitis…

Ampun maaf.

Riduan Khairi  on  03/26  at  01:35 PM

Tuan Alang,

Jumlah kritikan boleh digunakan untuk mengukur ‘kepedulian’ khalayak, namun untuk mengukur salah ataupun benar itu, rasanya perlu diperhalusi.

Encik Mya Marja,

Sungguh saya masih AGAK muda. Dan kerana kemudaan saya itu panas darah saya ini sangat membuak-buak. wink.

Saya mengaji sikit-sikit tentang ilmu agama. Saya baca sikit-sikit buku-buku agama. Tetapi berdasarkan apa yang saya belajar sikit-sikit dan baca-baca itu sebahagian sangat bertentangan dengan apa yang saudara Faisal tulis. Lalu harus bagaimana saya bersetuju?

Yusuf Al-Qaradhawi pernah menyebutkan perihal pertentangan dua aliran pemikiran utama dalam Islam yang disebut madrasah (baca aliran) Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dan madrasah Syaikhul Islam Imam Ibn Taimiyyah (semoga Allah merahmati mereka berdua.

Puan Ainon,

Maaf. Kalau diskusi kita meleret-leret hingga ke tempat yang tidak sepatutnya. Pada saya, lambat laun akhirnya kita perlu juga membuat penilaian keputusan untuk berada di pihak yang mana.

Nota Sifu: Wahai Buah Hatiku! Saya yang dhoif ini masih dalam fasa membaca lebih banyak buku dan blog. Saya belum masuk fasa membuat keputusan… (garu-garu kepala)

KSI  on  03/27  at  08:22 AM

Sdr Riduan Khairi: Sebahagian pendapatmu kupersetujui. Kerana itu juga ada waktunya daku tiba-tiba melarikan diri di tengah segala keriuhan.

sinaganaga  on  03/27  at  12:43 PM

Oh ya, lupa untuk memberitahu, seperti juga saya, Faisal sangat wangi!

Dude,

Berapa kilo minyak wangi kau bubuh?

Ha ha.

Web Sutera  on  03/27  at  03:47 PM

Minyak wangi? ermm..sabar sajalah.

panaharjuna  on  03/27  at  05:54 PM

Teman-teman..,

Ada pepatah Inggeis mengatakan “a little knowledge is very dangerous”, kerana itu untuk mereka-mereka yang bijak, biarpun sesuatu hal ataupun hukum itu diketahui dengan secara dasar, mereka memilih untuk mengkaji dahulu dengan lebih mendalam sebelum memutuskan pendirian.

Banyak perihal sebenarnya yang masih di dalam genggaman Allah tidak diketahui melainkan setelah terjadinya sesuatu letusan peristiwa yang menyangkut permasaalahan itu.

Lantas kerana itu saya fikir soal yang lebih aula pada saat dan ketika ini adalah memikirkan kunci persamaan dan menolak perbezaan.

Perselisihan di kalangan sesama muslim seharusnya mendatangkan rahmat, bukannya mendatangkan trauma. Ini kerana jalan menyelesaikan perselisihan itu adalah melalui mesyuarah.

Saya fikir kerja mengumpul Al Quran dahulu tidak ada diajar oleh Nabi s.a.w, tapi lihatlah berkah dari perselisihan pendapat lalu terheret lantas menimbulkan pula mesyuarah di antara Umar r.a dan Abu Bakar r.a selepas ketiadaan nabi s.a.w.

Alhamdulillah hari ini kita mendapat berkahnya. 

Banyak hal-hal lain di dalam sejarah sebenarnya diputuskan dengan mesyuarah umat, malah nabi s.a.w juga memutuskan tindakan setelah mesyuarah.

Justeru, kesimpulan yang boleh dimengertikan adalah masaalah umat, dunia dan akhirat, selalunya akan menimbulkan perselisihan, namun kasus yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu hal itu adalah melalui cara mengumpulkan fikir yang terbaik untuk menyelesaikan perselihan itu atas keutamaan kebajikan ummah melalui jalan mesyuarah.

Hanyasanya, ini adalah suatu pendapat, Allahlah yang lebih tahu didalam sesuatu urusan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/31  at  06:32 PM

Salam…

Saya dulu pun peminat Faisal.. novel di rak buku tu penuh.. start dari Cinta Hari2 Rusuhan sehingga Detektif Indigo.. Tetapi sejak 2006, terutamnya selepas brot Faisal mengkaji tentang penipuan 11 September dan kemenangan Hizbullah ke atas Israel, Faisal sudah lari dari seorang sunnah menjadi pejuang syiah.. Sedih sangat… dia kreatif tetapi tersilap jalan…

Kita mendoakan agar saudara Faisal kembali kepada agama Islam yang sebenar berdasarkan kefahaman salaful soleh bukannya imam syiah…

Harap PTS tidak keluarkan buku2 beliau buat masa ni..kuartin dulu sehingga beliau kembali kepada kefahaman yang sebenar..

rastom  on  03/31  at  07:25 PM

Sdr rockers ukm,

Saya cuma ingatkan kata-kata Sdr Panaharjuna , a little knowledge is very dangerous. Dia tersilap jalan apa? Boleh tolong jelaskan?

syaitansuci  on  04/01  at  11:51 AM

Rockers UKM,

Bagaimana boleh anda mengatakan bahawa Faisal Tehrani sebagai syiah? Adakah kerana bersetuju dengan sesuatu dasar syiah menjadikan kita sebagai syiah? Adakah kita bersetuju dengan perkara benar oleh orang syiah sudah menjadikan kita syiah? Alangkah ceteknya pandangan anda wahai Rockers UKM.

Pada pandangan akulah, aku pun amat menyokong kepimpinan Ahmadinejad. Adakah apabila aku menyokong begitu menjadikan aku syiah? Apakah apabila menyokong kebenaran itu menjadikan kita ahli kepada pasukan tersebut? Engkau tak habis mengaji hal Islam sudah bercakap mengenai Islam. Letih betullah apabila terjadi sebegini. HAHAHAHAHAHA!!! SYAITAN SUCI KEMBALI. HAHAHAHAHAHA!!!!

Web Sutera  on  04/01  at  02:32 PM

Saya sokong pandangan sdr Syaitansuci.

Saya pun setuju dengan pendekatan Ahmadinejad lawan US dan Israel.

Jangan dipandang perbincangan Faisal dalam blog beliau sebagai asas untuk mengkategorikan sdr Faisal sebagai Syiah. Kita boleh berbeza pandangan, tapi iktikad terus kekal, Islam hanya satu, Allahpun hanya Satu.

Airull  on  04/04  at  03:35 PM

Salam,

Abang Faisal, boleh saya tahu macam mana hendak dapatkan bahan tentang remaja indigo?
Harap abang dapat bantu sebab abang pernah tulis remaja indigo.
Ini untuk kajian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)

syaitansuci  on  04/04  at  04:19 PM

ALAHAI SI AIRULL! Sini laman web Puan Ainon, bukan Faisal punya. Engkau pergilah tanya dia di laman web dia. Engkau pun satu, silap ruangan engkau tanya. Laman web dia tehranifaisal.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: