Monday, January 14, 2008

Hubungan Penulis dan Peminat

Penerbit buku memang mencari penulis-penulis yang mempunyai banyak peminat  -  macam Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, Dr. Tengku Asmadi dan Osman Affan, Ahmad Fadzli Yusof dan Shamsuddin Abd. Kadir.

Dua fungsi peminat yang menyebabkan mereka amat dihargai oleh penerbit adalah:

(1) Para peminat adalah jurujual dan jurupromosi yang tidak perlu dibayar gaji atapun komisennya oleh penerbit. Mereka suka bercakap tentang buku-buku yang mereka sukai kepada orang-orang di sekeliling mereka. Dalam zaman ini, mereka menulis dalam blog masing-masing berkenaan buku yang mereka baca.

(2) Mereka adalah repeat-buyer bagi buku-buku penulis yang diminati. Mereka bukan hanya membeli 1 judul, tetapi banyak judul.

Justeru, semakin banyak peminat, semakin banyak jumlah buku yang dapat dijual. Itulah sebabnya penerbit berlumba-lumba mendapatkan pakar-pakar motivasi supaya menulis buat penerbit itu. 

Bagi para penulis-motivator, peminat menguntungkan mereka dari 3 sudut: 

(1) Peminat adalah sumber pendapatan melalui yuran ceramah dan seminar yang disampaikan oleh penulis. Peminat yang puas hati bercakap dengan orang-orang di sekeliling mereka, dan itu mempromosi ceramah dan seminar si penulis.

(2) Peminat banyak membeli buku-buku yang dijual sewaktu seminar dan ceramah diadakan.  

(3) Jualan buku yang tinggi bermakna royalti yang tinggi daripada penerbit. 

Tetapi peminat adalah salah satu sumber risiko peribadi kepada penulis.

(1) Peminat yang tidak puas hati juga akan bercakap dengan orang-orang di sekeliling mereka berkenaan perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya. Ini merosakkan imej dan pasaran sang penulis-motivator.

(2) Peminat (perempuan) dapat mengganggu keselesaan private-life penulis (lelaki).

(3) Peminat mungkin membuat pelbagai permintaan yang membuat penulis-motivator serba salah.

Justeru, para penulis-motivator memerlukan kemahiran mengurus para peminat mereka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Blog Surah Yusuf Previous entry: Mencari Editor untuk PTS ISLAMIKA

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: