Wednesday, July 25, 2007

Hukum Alam Semulajadi dalam Dunia Fantasi

Sebagai pengarang cerita sai-fai mahupun fantasi yang berkualiti tinggi, yakni cerita-cerita yang seronok dinikmati oleh pembaca-pembaca pintar, fasa pertama adalah saudara perlu mencipta cerita yang penuh dengan makna.

Mula-mula sekali, saudara perlu mempertajamkan pemahaman saudara tentang dunia realiti, bukan tentang dunia fantasi dalam cerita saudara itu nanti. Saudara perlu memahami hukum-hukum alam semulajadi yang Tuhan cipta sebelum saudara menciptakan hukum-hukum alam bagi dunia fantasi saudara.

Dunia-dunia fiksyen spekulatif sentiasa berbeza daripada dunia realiti. Ini menyebabkan pembaca saudara tidak pasti apa barangkali yang boleh berlaku dan apa yang tidak boleh berlaku dalam buku cerita dunia fantasi yang baru mula hendak dibacanya.

Justeru, sebagai pengarang, saudara perlu dengan jelas menerangkan hukum-hukum ciptaan saudara itu pada bahagian awal buku ceritanya. Ini bermakna, saudara takkan dapat menerangkan hukum-hukum itu melainkan saudara faham hukum-hukum itu.

Sebagai contoh, ambil kes cerita pengembaraan angkasa atau space-travel. Awal mula pertama mula, mengapakah cerita-cerita sai-fai perlu mencipta konsep “space travel”

Jika saudara hendak mencipta cerita penerbangan antara-planet yang berkualiti tinggi bagi pembaca pintar, saudara perlu memahami 2 hukum alam semulajadi ciptaan Tuhan iaitu (1) hukum kelajuan cahaya, dan (b) hukum nisbah antara jisim bahan-tenaga dengan tenaga bahan-tenaga.

Teori Einstein mengatakan tidak ada sesuatu yang dapat terbang lebih laju daripada cahaya. Apa-apa yang terbang sama laju dengan cahaya akan bertukar menjadi tenaga.

Pesawat dari Bumi yang menuju bintang mengambil masa yang panjang sebelum tiba ke bintang itu. Ini bererti jika juruterbangnya manusia biasa, dia akan tua dan mati dalam perjalanan.

Justeru, apakah strategi bagi membolehkan manusia mengatasi batasan hukum semulajadi ciptaan Tuhan, yakni hukum kelajuan-cahaya itu?

Itulah sebabnya, pada awal-awal cerita lagi saudara perlu menerangkan kepada pembaca hukum-hukum penerbangan antara planet yang berlaku dalam cerita saudara itu.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasang Surut Pasaran Buku Previous entry: Bahasa Makhluk Asing

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: