Thursday, July 26, 2007

Hukum Hyperspace dalam Sai-Fai

Dalam genre fiksyen spekulatif, salah satu idea bagaimana manusia dapat melepasi batas hukum kelajuan cahaya adalah dengan mencipta hukum hyperspace atau ruang-hiper.

Dalam teori yang ada sekarang, atau ruang, adalah bersifat 3-dimensi. Dalam idea hyperspace, space bersifat 4-diemensi ataupun lebih. Justeru dalam dimensi ke-4 itu, ruang dapat dilenturkan, dapat dibengkokkan, dan dapat dilipat-lipat. Macam tiub getah, hujung A dapat dibengkokkan dan didekatkan kepada hujung B. Jadi apa yang di hujung sana dapat didekatkan ke hujung sini dengan membengkokkan tiub getah itu.

Justeru, Bumi yang jauh dari bintang dapat didekatkan dengan melipat ruang yang memisahkannya.

Isunya sekarang, bagaimanakah manusia dapat melompat keluar daripada ruang di mana kita sekarang berada, yakni ruang yang bersifat 3-dimensi ini.

Kalau manusia dapat melompat keluar, bagaimana pula kita dapat memasuki ruang hyperspace yang bersifat 4-dimensi itu. Kemudian, manusia mesti mempunyai cara bagaimana dapat masuk semula ke ruang 3-dimensi yang ditujunya itu.

Perjalanan melalui trowong ruang hyperspace ini disebut “the jump”. Banyak hukum-hukum telah dicipta oleh pengarang sai-fai berkenaan perjalanan dalam trowong hyperspace.

Issac Asimov mengemukakan cara bagaimana manusia dalam pesawat yang masuk ke dalam trowong hyperspace itu lenyap buat sementara, seakan-akan mati sementara, sebelum ia dapat keluar semula di destinasinya.

Ada pula pengarang sai-fai yang tidak menggunakan pesawat langsung. Sebaliknya pengarang itu mengatakan trowong hyperspace memang wujud. Yang perlu adalah mengetahui di mana letaknya pintu keluar-masuk yang menyambungkan pintu di Bumi dengan pintu di Planet X. Jadi kita tahu di mana ada pintu keluar masuk di Bumi dan di Planet X, manusia boleh melangkah masuk ke dalam trowong hyperspace itu dan berjalan sampai tiba ke pintu keluar di Planet X.

Larry Niven pula mengatakan pintu masuk trowong hyperspace itu bukan sedia wujud, sebaliknya ia dicipta menggunakan mesin. Mesin itu mencipta lorong-lorong ke mana ia hendak pergi melalui ruang hyperspace.

Ada lagi idea tentang ruang hyperspace yang mengatakan kalau manusia mahu melompat keluar dari ruang 3-dimensi masuk ke ruang hyperspace, kita mesti berada hampir dengan bintang besar supaya dapat melompat.

Ada pula idea yang mengatakan kita tidak boleh berada di tempat di mana di situ ada sumber graviti yang besar sebab graviti itu akan mendistorsikan lompatan yang dilakukan.

Idea “hyperspace” dicipta oleh pengarang-pengarang sai-fai bagi membolehkan watak-watak dalam ceritanya mengembara dari satu dunia ke dunia lain dengan cara yang cepat dan murah.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Fiksyen Sains & Fantasi
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Perlu Mencipta Peri-peri Bahasa Previous entry: Astaghfirullah!
Saifuddin  on  07/26  at  10:12 AM

Puan,

Saya mahu bertanya, kenapa Puan guna perkataan ‘trowong’ bukan ‘terowong’, ada maksud tertentukah?

.

Salah eja!
——-

xara  on  07/26  at  11:28 AM

Idea menggunakan “jump” ini, saya pernah terbaca dalam siri cerita panjang Doraemon.

embun  on  07/27  at  07:34 AM

Assalamualaikum,
Saya ternampak-nampak pintu Doraemon berwarna merah jambu. Jengukkan kepala, dah nampak dunia lain yang ingin dituju.

.

Sifu pun ternampak-nampak pintu itu, cuma dulu tidak tahu tentang teori “hyperspace” jadi tidak faham. Saya sangka magik. Bodohnya saya…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: