Hukum Menghasilkan dan Menerbitkan Karya Komik
Bagi saudara yang akan menghasilkan karya dalam bentuk lukisan, sebelum kita bercakap tentang karya komik Islami, kita perlu menyelesaikan lebih dahulu persoalan apakah hukum melukis komik.Kedudukan senilukisan dalam Islam adalah sama kontroversinya dengan senimuzik dan senilakon. Terdapat dua kubu pendapat. Satu kubu mengatakan seni lukisan itu tidak boleh, manakala kubu yang satu lagi mengatakan boleh.
Dalam surah Yusuf tidak ada unsur lukisan. Tetapi ada suatu hadis yang menarik.
Kita petik hadis nombor 575 dalam koleksi Riadhus Salihin, susunan Imam Nawawi yang bermaksud: Ibnu Masud berkata, "Nabi Muhammad melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segiempat itu beliau melukis suatu garisan panjang yang sampai terkeluar dari segiempat itu. Kemudian beliau melukis garis-garis pendek di bawah garis tengah itu. Selepas itu Nabi Muhammad berkata (bagi menerangkan makna lukisannya itu), 'Garis ini adalah manusia. Garis ini adalah ajalnya. Garis yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garis-garis pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Jikalau dia terhindar daripada bencana yang ini, dia akan ditimpa oleh bencana yang ini pula. Jikalau dia terlepas daripada bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas daripada bencana yang ini pula.'"
Disebabkan hadis ini autoritatif, maka kita berpendapat bahawa Nabi Muhammad bukan hanya menyampaikan mesej Islam dengan menggunakan 'verbal communication' (komunikasi lisan) tetapi beliau pernah menggunakan apa yang kita hari hari sebut dengan istilah 'visual communication' (komunikasi lukisan). Beliau tidak pernah menggunakan 'written communication' (komunikasi tulisan) disebabkan beliau tidak pandai membaca dan menulis.
Justeru, lukisan sebagai media bagi menyampaikan mesej-mesej Islam itu ada dalam sunah Nabi Muhammad. Ini pendapat kita sekarang. Kita mengajak pakar-pakar agama dan pakar-pakar teori kesenian Islam menerangkan kedudukan komik sebagai alat berdakwah.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Barangkali disebabkan kekeliruan mengenai hukuman melukis ini ramai perkarya kita dikalangan penkomik dan kartunis kita suatu ketika dahulu menggantung berus, pen dan dakwat.
——-
erm… dulu saya pernah postkan topik hukum melukis yg Dato’ Dr Mashitah Ibrahim reply semasa saya ajukan soalan ni kat dia.
Disebabkan ada pendapat yang mngatakan tidak boleh melukis komik maka karya pekomik asing seperti, Tarzan, doremon dan sebagainya (yang dibuat tidak islami) melambak di pasaran.
Selepas Nabi Muhamad saw wafat bila Saidina Omar hendak mengumpulkan al Quran dalam bentuk tulisan (kitab) ada yang tidak setuju tetapi terbukti usahanya itu mendatangkan menafaat kepada umat Islam.
setiap amalan bergantung kepada niat, begitu sabda nabi. kalau niat baik untuk menghasilkan komik islami elok diteruskan kerana itu boleh mendatangkan kebaikan.
Bukankah Bida’ah yang mendatangkan kebaikan itu dibolehkan?.
(maksud bida’ah perkara yang tidak pernah dibuat pada zaman nabi).
Wallahu aklam.
Teliti sungguh penelitian puan ainon. Tertarik betul saya dengan huraian Hadith yang dikiaskan dengan melukis kartun.
Niat baik sahaja tidak cukup, jika jalannya tidak betul. Moga berjaya projek PTS ni.
nanti saya try cari semula email yg dato’ hantar kat saya hari tu.
stroke yang izam buat kartun untuk Mato-Mato saya suka.
Kalau tidak silap ada majalah2 kartun di negara ini yang menampilkan konsep dakwah dalam komik mereka seperti LANUN, K.O, ASUH, MURNI dan banyak lagi sebelum ini. Rasanya tidak pulak jabatan kefahaman islam atau jabatan agama islam bantah. ok la tu kot.
RESPONS PUAN AINON: Ukuran ‘kalau JAKIM ok, maka ia ok’ itu bukan prinsip PTS apabila menilai bahan yang akan kami terbitkan. Banyak bahan komik yang dalam pasaran (apatah lagi komik2 dari Taiwan, Hong Kong, Korea dan Jepun) yang mengandung unsur-unsur cabul, yang tidak diambil tindakan oleh JAKIM.
Itu menunjukkan JAKIM benar-benar faham tentang Islam. Islam hadhari…. hahahahahahaha.
Nabi lukis segi-empat, garis panjang, garis pendek.. bukan gambar manusia, pokok, buah-buahan dan haiwan macam dalam komik..
Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman (dalam hadits qudsi), “Siapakah yang lebih menganiaya daripada orang yang pergi untuk mencipta seperti ciptaanku (melukis), maka hendaklah mereka menciptakan jagung, dan hendaklah menciptakan biji-bijian, atau hendaklah menciptakan gandum.” (Muttafaqun ‘alaih)
Kalau nak lukis juga, persiapkanlah alasan yang boleh dipakai di Hari Nanti. Ada pula pendapat ulama kata, jangan lukis secara sempurna. rujukan
—
“RESPONS PUAN AINON: Ukuran ‘kalau JAKIM ok, maka ia ok’ itu bukan prinsip PTS apabila menilai bahan yang akan kami terbitkan. Banyak bahan komik yang dalam pasaran (apatah lagi komik2 dari Taiwan, Hong Kong, Korea dan Jepun) yang mengandung unsur-unsur cabul, yang tidak diambil tindakan oleh JAKIM.”
Saya pun setuju dengan pendapat Puan Ainon;
Ustaz Akil Hayy pernah sebut (lebih kurang begini, kecuali saya ada tersilap sedikit); ‘buku-buku yang mengajukan pendapat agama yang dipakai oleh negara kita, pandangan Islam Samawi(‘daripada langit’), pandangan Islam Hadhari oleh ulama-ulama: tak boleh dijual. Buku seperti kisah asmara, boleh pulak??’ (Mengajak, mengajar dan membantu orang kepada maksiat juga akan mendapat dosa, walaupun satu kalimah)
Ataupun sesetengah pendapat (Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik) mengatakan bahawa ASB: harus.
Akan tetapi, kita sedia maklum: antara keuntungan ASB ialah daripada untung drpd hasil untung riba (drpd hasil untung bank yang amalkan riba), dan penjualan benda haram (rokok). Ada banyak lagi alasan kukuh yang tidak membolehkannya. 1,2
Daripada dua ni, yang kita memang terang-terang tahu memang haram tetapi ada sesetengah orang menghalalkan juga. Sebab atas kejahilan atau kelalailan.. Wallahualam.
Jangan la compare keimanan / amal kita dengan orang yang kita tidak tahu sampai ke syurga ataupun tak.. Kalau nak compare keimanan / amal kita, compare la dengan orang yang DIJAMIN olehNya ke syurga.
Post a comment