Hura-hara di PTS Menjelang Pesta Buku
Apabila tiba musim persediaan untuk Pesta Buku, PTS terpaksa melakukan strategi 'rationing' dari segi cetakan.
1. Pada saat ini ada lebih dari 50 judul-judul baru dan judul ulang cetak sedang berada di kilang-kilang cetak, semuanya mesti siap sebelum pesta buku. Editor-editor stress cuba mendorong para pencetak supaya memenuhi janji mereka hendak menyiapkan kerja cetakan sebelum pesta dibuka.
2. Banyak judul lama yang sudah habis di setor ditangguhkan jadual cetak semulanya, supaya duit itu digunakan bagi mencetak judul baru. Staf jabatan sales stress apabila banyak komplen datang dari pengedar dan kedai.
3. Judul baru mesti dicetak sebab semasa pesta buku, pengunjung mahukan judul-judul baru yang belum ada di kedai. Kalau tidak, buat apa mereka berhasak-hasak ke pesta buku, lebih baik ke kedai sahaja.
4. PTS perlu membuat 'rationing' dari segi jumlah unit yang dicetak, ertinya walaupun dijangka judul itu boleh laku 5,000 naskhah, tetapi kita cetak 2,500 sahaja. Ini bermakna kos cetak per unit naik, dan margin keuntungan makin kecil. Tetapi duit yang diselamatkan itu dapat digunakan bagi mencetak judul lain. Dengan duit yang sama banyaknya, kita dapat cetak lebih banyak judul baru.
5. Satu lagi punca rationing adalah faktor ruang setor. Kalau jumlah cetak dibuat ikut potensi jualan, setor PTS akan sesak, dan tidak ada ruang bagi menyimpan semua buku yang masuk dari kilang cetak. Buku adalah barang mudah rosak, tidak boleh terkena air ataupun udara lembap. Semua mesti disimpan dalam setor.
6. Jabatan kewangan PTS sangat ketat dengan disiplin kewangannya. Bajet percetakan bulanan mesti dikawal. Hutang cetak bulan ini mesti dibayar tunai 3 bulan dari sekarang. Jika kos cetakan naik melambung bulan ini, 3 bulan lagi PTS boleh mengalami cashflow tercekik. Bukan semua buku itu laku dijual dalam tempoh 3 bulan. Bukan semua hutang dapat ditagih dari pengedar dan pekedai dalam tempoh 3 bulan. Nanti, hendak membayar gaji pun jabatan kewangan tidak cukup duit.
7. Apabila jumlah pesanan cetakan naik mendadak, kesannya adalah pihak kilang cetak tidak dapat mencetak semua buku kita ikut jadual. Semua orang marah-marah. Penulis marah, orang sales marah, pengedar marah, pekedai marah....
PTS menggunakan sistem JIT (just-in-time) untuk pengurusan inventorinya. Kombinasi semua faktor di atas menyebabkan ada tajuk-tajuk yang terlewat jadual cetakannya, dan juga lewat sampai ke kedai-kedai. Ini menyebabkan pengedar dan kedai 'menjerit-jerit', dan Jabatan Sales PTS menebalkan telinga apabila menjawab telefon yang marah-marah....
Seperti tahun-tahun lalu, selepas musim pesta buku, operasi PTS akan kembali normal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Hutang cetak bulan ini mesti dibayar tunai bulan dari sekarang.”
3 bulan kredit ye? Mak oooii bestnya…
Inilah tsunami pesta buku.
Dilaporkan penerbit-penerbit seluruh Malaysia menghantar calon-calon buku yang berkredibel sempena kempen bermula 4 April ini.
Kempen pilihan buku selama 10 hari bakal menyaksikan pertembungan calon-calon buku lama dan baru.
Sejuta pemilih akan turun beramai-ramai bagi memilih kepimpinan ilmu yang baru.
Kempen pilihan buku kali ini tidak lari daripada tradisi jentera penerbit menghantar pari-pari di hadapan pintu PWTC bagi meraih undi.
Kulit-kulit buku dengan jelas memaparkan manifesto penulis-penulisnya.
Menurut penganalisis pilihan buku tahun ini, manifesto yang menekankan perkataan kaya, senang, bahagia, sukses, hebat dituntut memenuhi janji-janji itu selepas terpilih.
Tidak berlaku sebarang kewujudan pemilih hantu kali ini. Meskipun berhadapan dengan ketegangan antara penerbit dan pencetak, ia tidak dianggap sebagai unsur-unsur sabotaj dalaman.
Kawalan keselamatan dipertingkatkan. Orang ramai dinasihati memilih buku yang bakal mencorak masa depan mereka dengan bijaksana.
Antara parti yang akan bertanding ialah
Parti 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki yang gagal bertanding pada tahun lalu muncul dalam pilihan buku kali ini.
Disebabkan pergolakan dalaman kerana isu tidak dicetak semula tahun lalu, ahli calon parti lain seperti Parti Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan Parti Magnet Cinta mengisi kekosongan. Kesemuanya di bawah payung Barisan Kasih Sayang yang mendapat mandat sejak muncul pada tahun 2006.
Difahamkan parti berorientasi kapitalis, Parti Rahsia Bisnes Mamak sedang berhempas pulas mendapatkan tempat dan cuba membuat pakatan alternatif dengan Barisan Kasih Sayang.
Parti Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart digugurkan pada saat-saat akhir bagi memberi ruang kepada calon-calon buku Islam Kontemporari sempena pilihan buku ini.
Selamat memilih calon buku anda.
Zamri Mohamad
Penaja dan pemikir parti
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Nota: Ampun Puan, gila sedikit pagi ini. Tetapi masih cuba mengekalkan Bahasa Melayu Tinggi bagi tujuan kempen ini
Parti Sayap Adinila pula menyertai pilihan buku buat pertama kali di bawah Barisan Sains & Fantasi bersama-sama Parti Opera Angkasa, Parti Takluk Jagat & Parti Urana Exham. Moga kami mendapat tempat di kalangan pemilih-pemilih baru.
Terkadang sesak nafas membaca entri ini, bagaikan semua yang terlibat mesti stress. Bertenang Puan Sifu. Sesekali ingin sertai kumpulan stress ini, tapi tetap ‘cool’ (walaupun buku tidak siap-siap lagi). Tiba-tiba terdengar-dengar ayat itu: Mana buku?
Assalamu’alaikum
Zaudara Zamri dan Firdaus,
Jangan lupa, barisan Islamika turut membariskan wajah-wajah evergreen yang membawa panji-panji ketenangan jiwa. Tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Hj Hadi, Tuan Ahmadenejad, Tuan Professor Muhd Kamil akan memastikan dompet pengundi menyebelahi mereka. Kami juga menampilakan muka baru, yang turun bertanding atas dua kawasan di Islamika dan Pro, iaitu Tuan Ann Wan Seng. Nantikan manifesto terbaru beliau untuk Islamika: Rahsia Islam di… (judul masih rahsia).
Kempen calon,
“Tuan-tuan, inilah contoh kegentaran dari wakil Islamika sehinggakan perkataan saudara menjadi Zaudara.
Ini menunjukkan Barisan Kasih Sayang dari Millennia masih relevan. Dengan kerjasama Parti Kapitalis Rahsia Bisnes Mamak di bawah PTS Pro, kita akan membawa minda para pembaca ke hadapan dengan memberi para pembaca sesuatu yang dinanti-nantikan.
Kita tidak ada apa-apa yang hendak disorok, kerana itu nama-nama calon didedahkan awal-awal untuk mempersiapkan Tuan Puan membuat pilihan seawal mungkin, sebelum menjejaki kaki ke PWTC.”
Lagi berita kempen di http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Post a comment