Wednesday, April 29, 2009

Ibu-ibu dan Komik

 

Ibu di atas kelihatan masam mukanya, manakala dahinya berkerut, tetapi tangan kanannya menyeluk beg tangan. Anak lekakinya pula mukanya macam budak merajuk sambil memegang komik rapat ke dadanya

.

 

Dua orang ibu di atas sangat berminat melihat komik, lebih berminat daripada anak-anak mereka.

Ibu kepada anak lelaki bercermin mata itu sudah memegang komik, si anak baru memandang-mandang.

Ibu berbaju merah gembira ternampak komik, manakala 2 orang anaknya memandang ke arah lain.

.

 

Ibu di atas ini pula sama-sama berminat dengan dua orang anak-anaknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pegawai 20% Previous entry: Perlukah Kempen Membaca
fahmimahat  on  05/01  at  11:07 AM

Salam Pn Ainon. Melihat susunan 3 gambar ini, teringat saya pada apa yang saya pelajari dalam Introduction to Developmental Psychology - life span approach.

Gambar pertama: situasi tersebut dipanggil Active (niche picking) genotype-environment style. Ia membawa maksud, Anak memilih apa yang diminatinya dan membentuk environment (ibu bapa) yang akan membantu mengekalkan minatnya sebab itulah ibunya muncung tetapi mengeluarkan duitnya. Sebab dia tahu itu adalah minat anaknya tetapi bukan minatnya. Minat anaknya menyebabkan dia terpaksa membelikan komik tersebut.

Gambar kedua: passive genotype-environment style. Ia membawa maksud, pembentukan minat anak-anak ditentukan oleh minat ibu bapa. Sebab itu, wanita bertudung krim terlebih dahulu mencapai komik tersebut, tetapi anak-anaknya melihat ke arah lain. huhu..

Gambar ketiga: evocative genotype-environment style. Ia bermaksud, minat anak dan ibu bapa saling menguatkan pengaruh persekitaran untuk mengekalkan minat tersebut.

Hmm…. Pandai orang yang memilih gambar ini antara beratus-ratus gambar yang diambil semasa pesta buku smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: