‘Idea’ dan ‘Cerita’ Tidak Dilindungi Undang-undang Hakcipta
IDEA dan cerita adalah modal utama penulis. Apabila ada idea, barulah idea itu dapat dituliskan menjadi harta intelek.
Katakanlah si penulis berbual-bual dengan beberapa orang rakan. Dalam perbualan itu dia memberitahu rakan-rakannya dia hendak menyusun sebuah kamus istilah arkitek Melayu tradisional.
Enam bulan kemudian alangkah terkejutnya si penulis apabila dia ke kedai buku dan ternampak sebuah kamus istilah arkitek Melayu tradisional hasil karya salah seorang rakannya yang ikut duduk berbual-bual pada peristiwa itu.
Apakah yang harus dilakukannya?
Jangan lakukan apa-apa. Rakannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dia memang mendapat idea kamus itu daripada sesi perbualan dengan si penulis.
Undang-undang harta intelektual di mana-mana negara sekalipun di dunia ini tidak melindungi 'idea' dan 'cerita' selagi idea itu belum dizahirkan dalam bentuk 'konkrit' - yakni baru bercakap-cakap sahaja.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment