Thursday, July 31, 2008

Idea Dato’ Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid

Semalam, Rabu 30hb Ogos, Sifu menghadiri siri Syarahan Malim di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. Penyampai syarahan adalah tokoh falsafah pendidikan negara ini yang paling disegani, Dato' Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid. Ijazah PhD beliau adalah dari Universiti Havard.

Kini beliau bertugas sebagai Pengarah, UNESCO-Regional Center For Educational Planning (RCEP), beribu pejabat di UAE.

Dalam syarahan itu beliau mengemukakan idea supaya Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil antara 10 - 20% guru-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah menengah daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman dalam dunia swasta.

Dengan adanya bekas-bekas doktor, jurutera, akauntan, arkitek, juruterbang, pegawai bank dan lain-lain menjadi pengurus sekolah-sekolah di negara ini maka barulah dapat diharapkan perubahan dan perkembangan yang mengujakan dalam sekolah-sekolah kita.

Idea lateral yang sungguh layak disokong! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pakar Pengurusan Kewangan Peribadi akan Muncul di Ruangan MOTIVASI PAGI TV3 Previous entry: Buat Duit dengan Menulis Artikel
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/01  at  01:33 AM

Kehadapan puan Ainon,

Saya amat menyokong cadangan itu.

Dato’ Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid mencadangkan penyelesaian paling realistik bagi memastikan sistem pendidikan kita releven dengan keperluan sistem ekonomi baru dunia.

Jika ia hendak dilaksanakan, pastinya perlu ada kelonggaran dalam penyediaan dan pendekatan latihan yang berteraskan kepada ‘project based approach’. Jika birokrasi dalam sistem pendidikan sediaada ingin diterapkan kepada mereka, maka fungsi dan kepakaran mereka akan menjadi sia-sia sahaja. Contohnya, mereka perlu ada kuasa untuk menentukan jenis aktiviti ko-kurikulum yang bersesuaian dengan logik ekonomi semasa dan bagaimana ia perlu dilaksanakan.

Bahkan mungkin ada keperluan bagi beberapa akta yang menyelia sistem pendidikan secara umum, perlu dipinda dan ditambah baik.

Tokoh pemikir masa hadapan, Alvin Toffler menjelaskan tentang hal ini(http://www.edutopia.org/future-school)dan keperluan untuk mengubah sistem pendidikan yang sudah lapuk kerana ia dirangka bagi memenuhi keperluan para pemain industri di zaman revolusi perindustrian dahulu.

Saya fikir idea Toffler perlu diperhalusi dengan lebih mendalam, sementara idea Dato’ Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid membuka kepada fajar baru yang lebih cerah lagi.

Ahmad Naim Jaafar

Amiene Rev  on  08/01  at  07:20 AM

Saya menyokong idea ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/06  at  05:44 AM

i agree and support the idea by Prof Datuk Dr Ibrahim. A person with some years of working experience in the industry does make a remarkable difference when they become an educationist. The ability to impart personal working experience into our teaching is so relevant and insipring to students. This, is my personal experience.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.