Idea-idea dalam Buku Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta
Idea-idea dan maklumat yang dituliskan di dalam buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta, baik di negara kita mahupun di mana-mana negara lain.
Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mengambil idea-idea dan maklumat yang dituliskan di dalam buku-buku pengarang lain dan memasukkannya ke dalam buku mereka sendiri.
Undang-undang hakcipta hanya melindungi bagaimana sesuatu idea itu ditampilkan, yakni ayat-ayat, susunan idea, ilustrasi, foto dan layout yang ada pada sesebuah buah buku itu. Justeru kita tidak dibenarkan menyalin ayat-ayat tulisan orang lain.
Itulah intipati kursus hakcipta yang saya sampaikan dalam bengkel. Saya juga memberikan latihan praktikal kepada para peserta supaya mereka benar-benar dapat membezakan antara "idea" dan "penampilan idea" kerana "idea" tidak dilindungi, sebaliknya yang dilindungi adalah "penampilan idea".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment