Idea Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta
Idea-idea yang terkandung dalam buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Oleh itu tema dalam sesebuah buku tidak dilindungi.
Sesiapa sahaja boleh menulis buku yang mengandungi idea-idea dan tema yang sudah ditulis oleh orang lain. Tetapi jalan cerita dilindungi oleh hakcipta. Ini disebut 'parenting right' yakni penulis yang mencipta jalan cerita itu dianggap sebagai orang yang melahirkannya, dan jalan cerita itu ibarat anaknya.
Justeru tuan boleh menulis cerita-cerita yang temanya serupa tetapi jalan ceritanya berlainan. Jadi, selepas menonton filem Pontianak Sundal Malam, tuan boleh menulis buku cerita tentang pontianak tetapi jalan ceritanya tidak boleh serupa dengan jalan cerita dalam filem itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment