Ijazah Universiti Terbuka PTS
Kita menerima pertanyaan, disebabkan blog ini mengaku sebuah universiti, maka apakah UNIKA PTS menganugerahkan ijazah?
Ya. UNIKA PTS menganugerahkan ijazah.
Apabila buku saudara diterbitkan oleh PTS, itulah ijazah saudara. (Hmm... Maunya apa lagi?)
.
.
Ya. UNIKA PTS menganugerahkan ijazah.
Apabila buku saudara diterbitkan oleh PTS, itulah ijazah saudara. (Hmm... Maunya apa lagi?)
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, kena tambah lagi..
Tiap tahun dapat duit (hehehe..royalti…)
——-
puan sifu,
sy sgat teruja mengenai ijazah itu. lg meriah ada istiadat konvokesyen sekali. sy azam tahun baru mahu buat phd di UNIKA. tp kesibukan kerjaya saya memilih Pengajian Jarak Jauh. bolehkah Tuanku Canselor Sultanah Sifu Puan Ainon?
Sdr Faisal,
BA = 1 judul terbit
MA = 2 judul terbit
PhD = 3 judul terbit (dan masuk TOP 10 di MPH)
Sudah dapat PhD baru layak menjadi mentor kepada penulis-penulis baru.
insyallah puan sifu doakan saya akan datang ke Pesta Buku KL april nanti. Tidak sabar hendak menggunakan gelaran dr untuk buku ‘mau atau tak mau’ eheheh…
tambahan…
susahler puan sifu syarat terakhir TOP TEN MPH…
Assalamu’alaikum Sifu,
Ini bererti, bila terbit sahaja buku travelogue Sudan, saya akan dapat BA itu, begitukah?
Sdr Faisal,
Hendak dapat PhD memang susah. Apa? Sdr. fikir UNIKA PTS menganugerahkan PhD melalui emelkah? Macam PhD emel yang diterima oleh Dr. Ayam (meminjam istilah Dr, Kang) itu? Saya garu-garu kepala membaca universiti2 yang disebut oleh Dr. Ayam dalam blognya itu, yang kononnya dia dapat BA, MA dan PhD daripada universiti2 itu, menggunakan alamat P.O.Box di Pulau Pinang! (harap-harap dia belum padam alamat itu)
Mintak-mintak tahun ini dapat double pHD (cepat-cepat duduk di hadapan komputer terpakai…)
Sheikh Alang,
Betul. Apabila travelogue itu terbit, Sheikh sudah menerima ijazah setaraf dengan BA konvensional. Tapi rasanya BA UNIKA PTS lebih tinggi satu inci maqam-nya daripada BA konvensional, sebab mereka yang memegang BA (penulisan kreatif dan U*) tidak diwajibkan berjaya menerbitkan karya dengan penerbit kredibel!
Sdr Fable Fox,
Saudara memang sudah lama layak dapat PhD penulisan bidang buku komputer! Buku-buku sdr lebih baik kandungannya daripada buku komputer sesetengah pensyarah universiti.
Masuk top ten MPH, matlamat puncak Everest. Kena ganda promo buku sendiri habis-habisan. Bak kata dalam TV, “Mempertahankan kemerdekaan itu perlukan pengorbanan” kalau di sini, “Hendak mempertahankan Top Ten MPH terkorban, hidup balik, terkorban hidup balik, terkorban hidup balik.”
MAri kita bedah siasat buku bestseller (meminjam kata-kata Tuan Arief) sampai kiamat 55 Petua Orang Berjaya.
Siapa hendak menjadi peneraju R&D bedah buku ini (dan orang nya sekali)
“....Siapa hendak menjadi peneraju R&D bedah buku ini (dan orang nya sekali)...”
Kalau nak R&D bedah orangnya sekali, bererti orang itu sudah tidak bennyawa lagi seperti yang kita pernah tontoni di dalam siri “CSI”...
Terima kasih Puan Ainon!
PHD, MA, BA, Diploma saya tidak mempunyainya. Yang ada cuma MCE gred 3. Kini sedang menyiapkan dua buku untuk PTS…satu jibunsyi dan satu lagi mengenai kerjaya orang lain.
Doakanlah kejayaan saya untuk lulus dengan jayanya dan mendapat MA..hihihi.
Post a comment