Tuesday, October 27, 2009

Ikan Besar Internet-Marketing Terbaru yang Masuk Kolam PTS

Salah seorang "taiko" internet-marketing yang menghadiri bengkel adaptasi hari Ahad lalu adalah pengasas SmartUsaha.com (foto).

Kehadiran orang besar seperti beliau sangat tidak diduga dan telah menyebabkan peserta kursus yang lain berasa sangat gembira.

Tn. Zulfadli adalah pakar internet-marketing dalam bahasa Melayu yang paling ngetop saat ini. Selepas bengkel tamat, penulis-penulis PTS yang hadir (Zamri Mohamed, Izwan Robotys, Firdaus Ariff, Haekal, Azree) telah membawa beliau melepak di Janda Baik dan pulang keesokan harinya.

Pemuda ini sangat lemah-lembut orangnya, suaranya rendah. Apabila sesekali bercakap, beliau suka senyum sambil menundukkan pandangannya seolah-olah sedang memikirkan setiap perkataan yang mahu diucapkan.

Dalam perbualan, beliau tidak memulakan topik, melainkan menyumbang kepada topik yang sedang diperbincangkan.

Foto: Dengan ikhsan Tn. Firdaus Ariff.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Idea-idea dalam Buku Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta Previous entry: Tip Memilih Tema Buku yang Mahu Ditulis
olie  on  10/27  at  04:28 PM

Saudara Zulfadli memang IM yang saya rasakan antara yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri.

izani  on  11/03  at  02:50 AM

Alhamdillah Im yang tidak lokek Ilmu dan sentiasa bersedekah Ilmu yang dimilikinya…pada saya dgn cara dia bg Info percuma REZEKI sentiasa dtg pada En Zul ni..
teruskan cara ini

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: