IKIM dan Hakcipta Buku IKIM
Lesen penerbitan: 21 hari iddah dan rujuk
Apabila saudara memberikan lesen penerbitan kepada mana-mana penerbit, IKIM umpamanya, klausa begini mesti dimasukkan dalam dokumen perjanjian:
“Jikalau dalam masa (21 hari) selepas tamat tempoh pelesenan, pengarang tidak ada apa-apa bantahan yang disampaikan secara bertulis, maka dengan sendirinya tempoh pelesenan itu disambung untuk tempoh (3) tahun lagi.”
Klausa di atas adalah AMAT PENTING kerana:
Klausa itu menyebabkan pegawai-pegawai syarikat penerbit saudara memberikan layanan lebih sopan kepada saudara, sebab jika saudara tidak puas hati dengan layanan mereka, saudara tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik semua buku-buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih sopan melayan saudara.
Klausa itu menyebabkan penerbit saudara takut hendak menipu saudara dalam perkiraan royalti dan pembayaran royalti, sebab kalau saudara rasa ia menipu saudara, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih pandai berniaga.
Klausa itu menyebabkan penerbit saudara tidak boleh ambil lewa menjual buku saudara, sebab jika tidak laku, saudara tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain yang lebih pandai berniaga.
Jika buku saudara diedit dengan cara-cara yang saudara tidak setuju, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.
Pegawai-pegawai syarikat penerbit tidak boleh menzalimi saudara. Bukan tidak ada kes pegawai penerbit bergaduh dengan penulis, lalu dia sengaja tidak mahu mengulangcetak buku-buku penulis itu, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.
Jika syarikat penerbit menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu mengulangcetak buku saudara, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.
Jika syarikat penerbit itu dijual kepada orang lain, umpamanya ia jual kepada bangsa asing, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.
Jika syarikat itu dibangkrapkan oleh pemiutang, dan harta-hartanya dilelong, tunggu sahaja tamat tempoh pelesenan itu, dan automatik saudara berhak mengambil balik buku saudara dan serahkan kepada penerbit lain.
Klausa ini adalah baik kepada penerbit dan penulis. Dengan adanya klausa ini penerbit akan menjalankan bisnesnya dengan lebih teratur, sebab, kalau banyak perkara tidak betul, semua penulisnya akan lari!
Banyak penerbit Melayu bungkus sebab mereka tidak takut penulis lari, sebab mereka tahu walau apa kezaliman yang dilakukan ke atas penulis, hakcipta dan hak menerbitkan buku itu sudah menjadi milik penerbit. Ini menyebabkan pegawai-pegawai yang menguruskan syarikat itu melakukan banyak kesilapan dalam pengurusan bisnes. Kesilapan yang paling mudah dilakukan adalah bergaduh dengan penulis.
Tanda-tanda awal bisnes sesebuah syarikat penerbitan itu akan merosot adalah apabila penulis-penulisnya mula lari, lepas seorang, seorang. Faktor paling utama penulis lari adalah kerosakan pada hubungan baik antara penulis dengan pegawai-pegawai dalam syarikat itu dan hilangnya rasa kepercayaan. Apabila syarikat nazak, siapa lagi yang untung kalau bukan printer, kerana hutang penerbit yang paling besar adalah kepada printer-printernya.
Hak Penerbitan: Bercerai automatis
Apabila saudara melesenkan hak penerbitan karya saudara kepada penerbit, IKIM sebagai contoh, berapa tahunkah tempoh yang saudara telah berikan? Selagi ada bulan dan matahari?
Tempoh yang paling baik adalah antara 3 hingga 5 tahun sahaja. Jangan lebih!
Dalam masa 1 tahun penerbit sudah tahu sama ada buku itu laku ataupun tidak. Kalau buku itu masih berlambak dalam setor, maknanya buku itu tidak laris. Dalam masa 3 tahun penerbit sempat menjual lelong buku-buku yang tidak laku itu, dan cuba mendapatkan semula mana-mana modal yang masih dapat diselamatkan.
Apabila tempoh itu tamat, secara automatik, saudara dan penerbit saudara bercerai! Saudara mendapat semula hak penerbitan buku itu, dan saudara boleh lakukan apa sahaja kepada harta intelek saudara. Saudara tidak perlu menulis surat ataupun bergaduh-gaduh dengan penerbit saudara sebab saudara hendak menyerahkan buku saudara kepada penerbit lain.
Jika buku itu laku, tempoh itu boleh diperpanjangkan selama 3 tahun lagi, dan begitulah seterusnsya.
Buku saudara mungkin bagus, tetapi penerbit saudara yang tidak pandai menjual buku. Saudara boleh cari penerbit lain. Jika hak penerbitan buku itu sudah diserahkan buat selama-lamanya, apa lagi yang dapat saudara lakukan?
Cuba baca semula dokumen perjanjian yang saudara tandatangani. Ada ataupun tidak dituliskan bila tamat tempoh pelesenan hak penerbitan yang saudara berikan itu?
********
Hakcipta: Sudah jatuh, ditimpa tangga
Apakah implikasinya apabila penulis ataupun penterjemah memindahkan hakcipta karyanya kepada penerbit, waima penerbit milik kerajaan sekalipun?
Sampai bila-bila, saudara sebagai penulis ataupun penterjemah tidak menerima apa-apa bayaran lagi.
Jika syarikat penerbit itu tutup, saudara tidak dapat berbuat apa-apa. Katakanlah, besok lusa IKIM ditutup oleh kerajaan, saudara tidak dapat berbuat apa-apa. Jika buku saudara itu masih diminati ramai, dan ada penerbit lain yang berminat menerbitkan karya itu, saudara tidak berhak menyerahkan karya saudara kepada penerbit berkenaan. Dalam situasi begini hakcipta itu dimiliki oleh sebuah organisasi yang tidak beroperasi lagi. Saudara amat rugi, penerbit lain pun amat rugi, malah lebih rugi adalah masyarakat yang tidak dapat membeli dan membaca karya saudara itu. Ingatlah, kemungkinan kerajaan membuka dan kemudian menutup mana-mana kementerian, agensi ataupun jabatan bukanlah perkara yang jarang berlaku! Maka, hanya karyawan bodoh sahaja mahu menyerahkan hakcipta karyanya kepada agensi kerajaan.
Jika syarikat penerbit itu dijual kepada orang lain, hakcipta itu menjadi harta sesiapa yang membeli syarikat itu. Katakanlah PTS dibeli oleh Karangkraf, maka semua hakcipta yang diserahkan kepada PTS menjadi milik Karangkraf sampai bila-bila. Jika PTS dibeli oleh penerbit besar dari luar negara yang dimiliki oleh Yahudi Amerika, maka karya saudara akan menjadi milik Yahudi Amerika itu!
Syarikat itu boleh berbuat apa sahaja sekehendak hatinya ke atas karya saudara, dan saudara tidak dapat berbuat apa-apa.
Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said pernah ditawarkan oleh sebuah syarikat Singapura sebanyak 1.4 juta ringgit untuk semua hakcipta karyanya. Beliau menolak tawaran itu disebabkan beliau teringat suatu kes yang melibatkan salah sebuah novel Pearl S. Buck, pemenang Nobel Prize. Beliau telah menjual hakcipta salah sebuah novelnya dengan harga yang amat lumayan. Kemudian baru beliau sedar, hakcipta itu dibeli supaya novel yang mengkritik dasar-dasar luar Amerika itu tidak dapat diterbitkan lagi oleh mana-mana pihak!
Cetak dan ulangcetak: Hak penulis
Adalah hak penulis diberitahu berapa jumlah cetakan pertama bukunya. Dan setiap kali buku diulangcetak, penulis hendaklah diberitahu jumlah cetakannya dan juga berapa harga jualannya, jika ada perubahan.
Kedua-dua hak ini hendaklah dituliskan dalam dokumen perjanjian penerbitan. Ini memudahkan proses tindakan mahkamah apabila penerbit ingkar memenuhi klausa berkenaan.
Banyak penerbit menipu penulis dengan berbagai cara, antaranya:
Penerbit diam-diam mengulangcetak buku, langsung tidak memberitahu hal itu kepada penulis. Ini bagi mengelak daripada membayar honorarium ataupun royalti sama sekali. Adakah IKIM, secara sedar ataupun tidak, telah melakukan penipuan jenis ini kepada para penulis dan penterjemah buku-buku IKIM yang sedang dalam urusan diulangcetak dengan kerjasama MPH?
Penerbit mencetak 5 ribu naskhah tetapi memberitahu penulis jumlah itu kononnya cuma 2 ribu naskhah. Dengan cara ini penerbit dapat menipu penulis tentang jumlah sebenar honorarium ataupun royalti yang perlu dibayar.
Penerbit mengatakan buku itu tidak laku, tetapi buku itu diulangcetak berkali-kali dengan cara tidak menuliskan pada inprint buku akan maklumat ulangcetak itu. Setiap kali diulangcetak, yang tertulis tetap Cetakan Pertama 1999, umpamanya, padahal buku itu sudah 5 kali ulangcetak! Degan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti ulangcetak sama sekali.
Buku itu diulangcetak dengan judul baru, supaya penulis tidak sedar bukunya itu diulangcetak. Dengan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti.
Buku itu diedit dan ditokok tambah, kemudian dicetak semula dengan diberikan nama pengarang lain, di mana nama itu adalah nama rekaan semata-mata. Dengan cara ini penerbit dapat lari daripada membayar honorarium ataupun royalti.
Penerbit diam-diam menaikkan harga jualan buku ulangcetak. Ini dilakukan dengan tidak mencetak harga jualan itu pada buku. Dengan cara ini penerbit dapat mengurangkan honorarium ataupun royalti penulis.
Penerbit yang tidak bersih etikanya mempunyai pelbagai cara membuat keuntungan dengan mengambil kesempatan atas kebodohan penulis.
Hakcipta subsidiari: Si cerdik hanya dapat memakan si bodoh
Salah satu hakcipta subsidiari adalah hak menerbitkan semula cerita asal dalam bentuk skrip filem. Novel “Ranjau Sepanjang Jalan” oleh Shahnon Ahmad pernah difilemkan. Yang terbaru adalah novel “Main-main Cinta” oleh Meor Shariman.
Jangan serahkan hakcipta edisi skrip filem saudara kepada mana-mana penerbit buku. Umpamanya, jika buku saudara diterbitkan oleh IKIM, hakcipta edisi skrip filemnya jangan serahkan kepada IKIM. IKIM bukan penerbit filem, maka IKIM tidak akan memperdagangkan karya saudara ke pasaran industri filem, oleh itu saudara tidak akan mendapat royalti tambahan daripada usaha pemerdagangan seperti itu.
Begitu juga, jangan serahkan hakcipta edisi komik buku saudara kepada IKIM, kerana IKIM bukan penerbit buku-buku komik!
Apabila penulis tidak mempunyai pengetahuan tentang cara-cara yang betul menguruskan harta inteleknya, mereka melakukan banyak tindakan yang amat merugikan diri mereka sendiri.
Salah satu kebodohan penulis adalah menandatangani dokumen perjanjian penerbitan yang menyerahkan SEMUA 25 kategori hak-hak subsidiari karyanya kepada penerbit bukunya, buat SELAMA-LAMANYA!
Siapakah penulis yang paling teruk ditindas penerbit? Jawabnya, penulis muda yang baru pertama kali hendak menerbitkan karyanya. Sampai hari ini, amalan begini masih berleluasa.
Gosip mengatakan Faisal Tehrani adalah salah seorang yang pernah mengalami penindasan seperti itu. Hakcipta salah sebuah novel beliau dipaksa diserahkan kepada penerbit sebagai syarat jika beliau mahu novelnya diterbitkan. Siapakah penerbit itu? Jawabnya, sebuah penerbit novel yang amat terkenal pada masa ini.
Lesen Hak Penerbitan: Jangan ajar si miskin mengail ikan, nanti dia cuma dapat makan ikan. Ajar si miskin berniaga ikan, nanti baru dia kaya....
Apabila saudara menghasilkan sebuah karya, saudara sudah mencipta suatu harta yang berpontensi menjadikan saudara seorang yang kaya. Hakcipta saudara adalah sesuatu yang perlu saudara perdagangkan, barulah dengan itu ia mencipta sumber-sumber kekayaan.
Katakanlah saudara adalah penterjemah “Perjalanan Ibnu Batutah”. Saudara dapat lakukan sebagaimana berikut:
Serahkan hak menerbitkan edisi kulit keras-mewah sahaja kepada IKIM. Dan beri tempoh 3 tahun sahaja, sebab dalam masa 3 tahun itu dijangkakan IKIM mempunyai masa yang secukupnya membuat keuntungan daripada penjualan edisi kulit keras itu. Edisi kulit keras digemari oleh perpustakaan dan golongan berwang.
Selepas tamat tempoh 3 tahun, saudara boleh serahkan hak menerbitkan edisi kulit lembut kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain. Kulit lembut akan dijual dengan harga lebih murah untuk pembeli individu.
Selepas 3 tahun, saudara serahkan hak edisi ringkasan kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.
Serahkan hak edisi komik kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.
Serahkan edisi buku bergambar kepada IKIM ataupun mana-mana penerbit lain.
Setiap kali saudara memberikan hak penerbitan karya saudara kepada mana-mana penerbit, nyatakan dengan jelas hak yang mana yang saudara lesenkan, dan untuk tempoh berapa lama.
Malang Pak Kadok:
Hakcipta dan Hak Penerbitan adalah dua konsep yang mesti difahami oleh penulis, demi kebaikan penulis sendiri. Banyak penulis mengalami kerugian besar disebabkan mereka tidak memahami kedua-dua konsep ini.
Hakcipta dan Hak Penerbitan adalah dua hak yang berasingan. Majoriti penulis hanya faham secara kabur konsep 'hakcipta' sahaja. Malah ada Sasterawan Negara yang tidak faham wujudnya apa yang disebut 'hak penerbitan'. Akibatnya mereka menandatangani perjanjian penerbitan yang amat merugikan penulis.
Apabila saudara menulis buku, secara automatik hakcipta dan hak penerbitan buku itu adalah milik saudara. Sesiapa yang memiliki hakcipta karyanya, dia juga memiliki hak menerbitkan karya itu. Baik hakcipta mahupun hak penerbitan, kedua-dua boleh dipindahkan kepada pihak lain.
Jadi ada penulis yang memindahkan hakciptanya kepada penerbit. Sebagai contoh, novel Keris Mas “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” hakciptanya sudah dibeli oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi hakcipta karya itu sudah menjadi milik DBP. Hak Penerbitannya juga dimiliki oleh DBP.
Kalau besok lusa novel “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur” itu diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun oleh sebuah penerbit Jepun, dan berjaya dijual 100 ribu naskhah di sana, semua royaltinya diambil oleh DBP. Hakcipta versi terjemahan itu dimiliki oleh pihak Jepun. Jika novel itu diterjemahkan ke dalam bahasa Hindi di India, hakcipta versi terjemahan itu dimiliki oleh pihak di India. Royaltinya diambil oleh DBP. Jikalau novel itu difilemkan, royaltinya pun 100% dikaut oleh DBP.
Jika saudara tidak mahu menjual hakcipta buku saudara kepada mana-mana penerbit, apakah yang mengizinkan sesebuah penerbit menerbitkan buku saudara?
Begini: Saudara hanya mengizinkan penerbit itu menerbitkan buku saudara sahaja. Jadi, kepada penerbit itu, saudara memberikan hak bagi menerbitkan, mencetak, menyimpan, mengedar dan menjual buku saudara. Sebagai imbalan, saudara akan dibayar sekian-sekian banyak royalti ataupun honorarium.
Isunya sekarang, berapa lama tempoh yang saudara benarkan si penerbit memegang hak menerbiktan buku saudara itu?
Cuba saudara baca balik klausa dalam dokumen perjanjian penerbitan yang saudara tandatangani dengan penerbit itu. Ada ataupun tidak dinyatakan tempoh hak penerbitan yang saudara berikan kepada penerbit itu - selama satu tahun, lima tahun, dua puluh tahun, ataupun 'selagi ada bulan dan matahari'?
Dalam tempoh hak penerbitan, walaupun hakcipta buku itu saudara punya, tetapi saudara tidak boleh menukar penerbit saudara. Katakanlah, penerbit saudara adalah IKIM. Berapa tahun saudara berikan IKIM memegang hak menerbitkan karya saudara?
Jikalau dalam dokumen perjanjian penerbitan dengan IKIM itu, tidak disebutkan had tempoh hak penerbitan itu, ini bermakna, saudara menyerahkan hak penerbitan buku saudara itu itu kepada IKIM sampai bila-bila! Ini umpama saudara membuat rumah, jadi rumah itu adalah milik saudara, tetapi saudara sudah memberikan hak menghuni rumah itu kepada orang lain sampai bila-bila.
Kasihan Pak Kadok, ayamnya menang, kampungnya tergadai....
*****
Berita terkini:
Kita mendengar, karya agung "Pengembaraan Ibnu Batutah" terjemahan Syed Nurul Aqla sedang dicetak oleh MPH Printing Sdn. Bhd. Ia dijadualkan siap cetak minggu hadapan. Selain itu ada 4 lagi tajuk IKIM lain juga akan diulangcetak oleh MPH dengan kerjasama IKIM. Hak pengedaran akan diambil oleh MPH Distributors Sdn. Bhd. yang akan mengedarkan buku-buku secara lebih meluas iaitu kepada semua kedai-kedai buku utama.
Apabila dihubungi, Syed Nurul Aqla memberitahu beliau belum dihubungi oleh IKIM berkenaan karya beliau itu.
Untuk saudara yang baru menjadi pembaca blog ini, kita ulangsiar entri ini yang pernah disiarkan pada 21 Ogos 2005.
Apabila saudara menandatangani perjanjian penerbitan buku dengan syarikat penerbit saudara, berapa hak penerbitan buku itu yang saudara serahkan?
Ambil peringatan bahawa apabila saudara mengarang sebuah buku, saudara bukan lagi mencipta sebuah karya. Saudara sudah mencipta sebuah HARTA. Dalam sebuah karya terkandung banyak potensi eksploitasi harta intelek itu.
Apabila saudara membuka perbincangan dengan mana-mana penerbit tentang karya saudara, saudara sebenarnya sedang menjalankan urusniaga ke atas harta intelek saudara.
Walaupun hakcipta karya saudara itu masih saudara pegang, tetapi hak mengeksploitasi karya saudara itu adalah isu lain. Kepada siapakah saudara berikan lesen menerbitkan senarai hak-hak saudara seperti yang tersenarai di bawah?
Hak menerbitkan edisi kulit keras.
Hak menerbitkan edisi kulit lembut.
Hak menerbitkan edisi paperback.
Hak menerbitkan edisi ringkasan.
Hak menerbitkan edisi bergambar.
Hak menerbitkan edisi E-book.
Hak menerbitkan edisi-edisi terjemahan, dan nyatakan dengan tepat ke dalam bahasa apa.
Hak menerbitkan edisi komik.
Hak menerbitkan edisi 'downloadable' melalui Internet.
Hak menerbitkan edisi audio-book.
Hak menerbitkan edisi braille.
Hak menerbitkan edisi bersiri dalam akhbar ataupun majalah.
Hak menerbitkan beberapa bab dalam Internet sebagai bahan promosi.
Hak menerbitkan edisi buku digital dalam bentuk non-downloadable 'hand-held devices'.
Hak menerbtikan edisi adaptasi menjadi skrip animasi.
Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip filem.
Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip siri televisyen.
Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi skrip teater pentas.
Hak menerbitkan edisi adaptasi menjadi modul latihan.
Hak menerbitkan cerita-cerita 'sequal' atau sambungan yang dihasilkan oleh pengarang lain.
Hak mendaftarkan judul buku ataupun nama-nama watak, ataupun wajah watak-watak dalam buku bagi tujuan pemerdagangan.
Hak menjadikan watak-watak dan jalan cerita sebagai computer games.
Hak merchandising.
Hak watak-watak dalam karya saudara dijadikan duta iklan barangan dan kempen komersial.
Hak menerbitkan semula edisi asal mengikut wilayah pemasaran.
Jangan ambil ringan pengurusan Harta Intelek saudara. Pilih dan nyatakan dengan tepat hak penerbitan mana yang saudara lesenkan kepada sesuatu penerbit itu. DAN nyatakan dengan tepat tempoh lesen yang saudara serahkan itu.
Penerbit tentu mahu supaya saudara menyerahkan semua hak ke atas harta intelek saudara kepadanya dengan tempoh yang tiada hadnya. Tetapi saudara jangan terperangkap sehingga saudara menandatangani dokumen yang amat merugikan diri saudara sendiri disebabkan saudara tidak mahu ambil tahu tentang hak-hak saudara sebagai pengarang. Berurusanlah dengan penerbit yang mengamalkan etika bisnes yang baik sahaja. Baca nota kaki di bawah entri ini.
Ini gosip yang semua penulis perlu ambil perhatian kerana ini ada kaitannya dengan harta intelek para penulis!
Seorang kakitangan sebuah syarikat guaman memberitahu, baru-baru ini ada seorang penulis yang bukunya diterbitkan oleh IKIM datang ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan hakcipta bukunya itu.
Menurutnya si penulis itu, beliau terdengar khabar angin yang mengatakan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sudah setuju menyerahkan semua buku-buku terbitan IKIM kepada Kumpulan MPH di mana MPH diberi hak menerbitkan semula dan mengedarkan buku-buku itu. Kononnya MPH akan membayar royalti kepada IKIM bagi setiap buku yang akan diterbitkannya itu.
Kebanyakan buku-buku IKIM adalah himpunan kertas kerja pelbagai seminar dan persidangan yang dianjurkannya.
Beberapa orang yang kertas kerjanya ataupun karya terjemahannya diterbitkan oleh IKIM memberitahu, mereka tidak pernah menandatangani sebarang dokumen perjanjian penerbitan dengan IKIM di mana mereka secara bertulis bersetuju memindahkan hakcipta mereka kepada IKIM. Mereka juga tidak ada menandatangani sebarang surat pelepasan hakcipta bagi kertas kerja yang mereka tulis itu.
Melainkan seseorang itu menandatangani surat ataupun dokumen yang dengan jelas menyatakan beliau bersetuju memindahkan hakcipta karyanya kepada IKIM, ini bererti IKIM tiada berhak menyerahkan karyanya itu kepada MPH dan MPH tiada berhak menerbitkan, mengedar dan menjual karyanya itu. Dalam kes ini MPH boleh jadi melakukan kesalahan menerbitkan dan menjual barang curi!
Walaupun IKIM mungkin telah membayar honorarium bagi kertas kerja, ataupun terjemahan, tetapi bayaran itu bukan semestinya bermakna si penulis telah bersetuju memindahkan ataupun melepaskan hakciptanya kepada IKIM. Jika khabar angin ini benar, tindakan IKIM menyerahkan harta yang bukan milik IKIM kepada pihak ketiga adalah menyalahi undang-undang harta intelek dan juga salah di sisi Islam.
IKIM boleh menyerahkan buku-buku itu kepada MPH, tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada setiap pengarang, penulis kertas kerja ataupun penterjemah yang berkenaan.
Kita berharap khabar angin ini tidak benar.
Pengarang buku itu tidak pernah menandatangani sebarang dokumen pelepasan hakcipta ataupun perjanjian penerbitan dengan IKIM. Hingga saat nota ini ditulis, beliau masih belum dimaklumkan berkenaan deal itu.
Bayangkan jikalau IKIM secara tidak sedar telah bersetuju menyerahkan kepada MPH semua 25 hak-hak subsidiari pada karya itu buat selama-lamanya!
Alangkah untungnya MPH. Rezeki datang menggolek....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu`alaikum,
Terima kasih kepada Puan Ainon atas keprihatinan dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia termasuk penerbit, penulis, penterjemah, karyawan dan juga warga pembaca tentang persoalan yang amat penting, tetapi sering dipandang remeh dan diabaikan, iaitu persoalan hakcipta.
Di Malaysia dunia penerbitan dan penulisan telah memperlihatkan sedikit kemajuan dengan lahirnya banyak penerbit-penerbit baharu dan juga para karyawan dan penulis baharu dengan karya-karya yang tidak kurang hebatnya, akan tetapi sering terdengar karyawan yang menghasilkan karya tidak memperoleh hak mereka yang sewajarnya.
Apabila dikaji dan diselidik tentang faktor mengapa karyawan tersebut tidak mendapat hak mereka ialah tidak wujudnya kefahaman tentang undang-undang hakcipta dan pematuhan terhadap prosedur hakcipta yang melibatkan dokumen-dokumen termasuk perjanjian, pindah milik, pelepasan dan sebagainya.
Negara kini menuju Wawasan 2020 sebagai sebuah negara yang maju. Untuk maju, minda masyarakat perlu dipacu dengan penerbitan dan karya yang bermutu. Akan tetapi, adalah tidak wajar urusan tentang hakcipta yang melindungi hak-hak karyawan seperti penulis dan penterjemah ditangani dengan mentaliti kelas kedua. Jika ini terjadi, negara akan menghadapi masalah ketandusan modal insan yang mahu mencurahkan fikiran, akal budi dan tenaga mereka dalam bidang yang sedemikian penting ini. Ini kerana tanpa hakcipta yang terpelihara dan terlindung, hak karyawan dan kepentingan khususnya yang bersifat ekonomi akan mudah diperkotak-katikkan oleh banyak pihak yang lain.
Sama ada IKIM, MPH atau Routledge atau Pearson atau Oxford atau Longman semuanya mestilah berpegang pada prinsip-prinsip hakcipta yang bersifat sejagat ini dan tidak ada yang terkecuali. Kita juga ingin melihat para penerbit tempatan kita berjaya bukan sahaja pada peringkat tempatan malah diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Apa yang diketengahkan Puan Ainon amat baik sekali untuk menjadi iktibar dan pengajaran buat warga penerbit, karyawan, penulis, penterjemah dan academia kita di Malaysia. Biarlah langkah diatur dengan teliti, penerbitan berkualiti, hakcipta dan prinsip-prinsipnya dipatuhi kerana harta intelek amat bermakna sekali, itulah yang menggambarkan hati budi, faham dan akal warga Malaysia yang bestari.
Selamat mempraktikkan “Hakcipta” kepada warga Malaysia!
——-
Pn. Ainon,
Usaha Pn. Ainon sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini melaungkan kepentingan hakcipta semakin ketara dan ia memang sewajarnya dihargai.
Berkaitan isu penerbitan IKIM yang khabarnya diambil oleh MPH adalah isu yang boleh dijadikan kajian kes.
Pengalaman saya berkarya saya mendapati hakcipta sesuatu yang amat bernilai dan perlu dihormati. Saya pernah membentangkan kertas kerja di DBP dan diberi honararium sebanyak RM***. Akan tetapi, apabila makalah saya itu diterbitkan pula oleh Dewan Sastera yang merupakan entiti yang lain pula daripada penganjur seminar tersebut, saya dibayar honararium RM*** untuk penerbitan tersebut pula.
Apa yang dapat disimpulkan ialah honararium untuk pembentangan tidak mengesahkan bahawa Copyright sudah menjadi milik Penganjur Seminar. Sama sekali tidak. Ia tetap menjadi milik author yang berkenaan. Jika tidak, tentulah Dewan Sastera tidak perlu membayar sebarang honorarium lagi kerana Penganjur Seminar (DBP)sudah membayar dan hakcipta sudah menjadi milik DBP. Jadi apa salahnya Dewan Sastera yang di bawah DBP menerbitkannya sahaja?
Hakikatnya ia tidak diamalkan sedemikian di DBP dan kita boleh memberi tabik hormat kepada amalan baik yang dipraktikkan oleh DBP tersebut.
Saya juga berharap seperti Puan Ainon bahawa khabar angin IKIM - MPH itu tidak benar. Jika benar, uruskanlah dulu persoalan hakcipta dengan semua penulis dan karyawan yang terlibat, terutamanya, warga akademik, sarjana dan ilmuan yang berada di merata ceruk menara gading, institusi dan organisasi di seluruh negara. Sebagaimana penulis menghormati Penerbit, Penerbit juga perlu menghormati hak-hak penulis.
Penyanyi Siti Nurhaliza dan yang sewaktu dengannya sering berkata, “Tanpa peminat, siapalah kami?!” Begitu juga penerbit, tanpa penulis siapalah mereka?! Tanpa penulis, industri percetakan dan penerbitan ini akan mati dan merudum.
Pada zaman `Abbasiyyah, para penulis dan karyawan amat dihargai. Khalifah-khalifah seperti al-Rasid, al-Amin dan al-Ma’mun amat prihatin tentang kebajikan karyawan. Diberitakan bahawa Hunayn bin Ishaq mendapat ganjaran emas seberat buku yang dihasilkannya.
Mungkin kerana mekanisme ganjaran dan perlindungan yang baik oleh Abbasiyah itulah yang merancakkan percambahan ilmu dalam pelbagai bidang - perubatan, astronomi, matematik, farmasi, botani, veterinar, pertanian, kejuruteraan pada zaman tersebut. Mungkin tidak wujud lagi undang-undang Hakcipta secara teori tetapi amalannya sudahpun wujud.
Sejarah bukan hanya untuk disebut dan diulang dengan nostalgia tetapi perlu diambil iktibar dan tindakan yang berkesan. You may learn a lot of things from history if you wish to look at it critically.
Tidak banyak insan seperti Puan Ainon yang dahulunya penulis tetapi kini berkecimpung dalam dunia bisnes penerbitan dengan berlandaskan pengetahuan tentang hakcipta yang mantap. Terima kasih kerana mengutarakan persoalan “hakcipta” yang seringkali dipinggirkan dan dipandang remeh di Malaysia.
Salam hakcipta,
Ciptawan
Saya begitu terpanggil untuk membuat komen. Dalam banyak segi, kita selalu menganggap yang negara ini sudah maju. Namun, secara umumnya kita sebenarnya masih ketinggalan. Dalam hal ini, saya tertarik untuk bincangkan hal hakcipta dan harta intelek yang dibangkitkan dalam blog ini.
Banyak pihak tidak prihatin tentang hakcipta penulis atau harta intelek karyawan yang lain. Bagi mereka, penulisan hanya sekadar melakukan satu kerja. Habis menulis, habislah kerja. setakat itu sahaja. Sedangkan, hakikat sebenarnya, penulisan adalah harta intelek orang yang menulis itu. Jangankan buku, malah apa-apa sahaja jenis penulisaan termasuk kertas-kertas kerja adalah hakcipta orang yang menulis, termasuk penulis lirik lagu.
Buat suatu ketika dahulu, dalam dunia hiburan, penulis lagu tidak diberi pengiktirafan sepatutnya. Hanya sejak kebelakangan ini, barulah industri muzik mula memberi pengiktirafan yang baik kepada penulis lirik. Mungkin mereka mula sedar, bahawa melodi sahaja tanpa bait-bait kata yang indah, tidak mungkin menyedapkan sesebuah lagu itu. Ada kala… ayat-ayat indah itulah yang mencantikkan lagu… sekalipun melodinya tidak seindah mana, suara penyanyi tidak sesedap mana.
Dalam hal penulisan, siapa-siapa sahaja, tidak kira penerbit atau mana-mana badan yang bertanggungjawab, mereka patut menghormati semua jenis karya yang dicipta oleh tukang cipta itu. Sebenarnya, kebolehan dan kreativiti untuk menulis itu datangnya daripada TUHAN. Maka kita perlu menghormati anugerah ciptaan TUHAN untuk makhluknya. Kebolehan itu diberikan TUHAN untuk mempermudahkan insannya mencari rezeki. Maka itulah hartanya. Orang lain tidak boleh dan tiada hak untuk mencuri hartanya.
Amalan itu masih belum kukuh di negara ini. Masing-masing terlupakan TUHAN… mungkin kerana itu juga terlalu kerap kita dengar rungutan daripada mereka yang kreatif seperti penulis, pelukis, pekartun… malah semuanya!
IKIM memainkan peranan besar dalam mengangkat intelektual tempatan melalui siri pembentangan kertas kerja yang bermutu.
Kita menyedari bahawa kertas-kertas kerja ini adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dibawa kepada masyarakat seberapa segera.
Tetapi jika ia dibuat sehingga menafikan hak penulis, ia akan beralih kepada persoalan besar terhadap intergriti IKIM dalam menjaga hak-hak penulis.
Keadaan ini akan mengakibatkan satu persepsi baru terhadap IKIM sebagai ‘perompak intelek’ oleh mereka dan akhirnya wujud jurang antara kedua-duanya.
Pengakhirannya, penulis kerugian kerana kehilangan badan yang mampu membawa idea-idea mereka ke tengah, IKIM kerugian kerana kehilangan sumber-sumber intelek yang amat diperlukan pada saat ini dan masyarakat rugi kerana tidak ada jawapan kepada setiap isu yang diutarakan hari ini.
Penulis-penulis kertas kerja tidak harus diam seandainya ia berlaku dan jelas terjual pula merata-rata tanpa sesen masuk ke poket mereka. Seandainya dalam dunia hiburan, artis sangat lantang menyuarakan hak mereka, mengapa tidak penulis?
IKIM perlu mengkaji semula tindakan mereka seandainya ia benar-benar berlaku, jangan samapai institusi ini digelar sebagai perompak cerdik pandai apabila ia bocor ke media massa dan orang ramai membacanya.
Assalamualaikum.
Saya juga berharap khabar angin ini tidak benar. Alangkah malunya jika Institut KEFAHAMAN ISLAM Malaysia boleh bertindak sebagai ‘perompak’ harta intelek. Biarlah rupa seindah nama. Saya sebagai penulis yang pernah melalui pengalaman seperti penulis tersebut sentiasa berharap perkara ini tidak akan berlaku kepada penulis lain. Hanya kesedaran dan kefahaman mengenai peri pentingnya menjaga harta intelek sahalah yang dapat menyelamatkan penulis dari ditindas. Semoga gossip ini tidak benar….
Salam
Sesungguhnya saya juga berharap khabar angin ini tidak benar. Sesungguhnya kerja kreatif dan penat lelah penulis penyusun, penyunting dan penerjemah itu adalah harta mereka secara intelektual melainkanlah mereka telah mewakafkan ilmu dan kerja mereka itu sebagai amal. Penerbit atau sesiapa yang bertanggungjawab tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana ia satu amanah.
Dan amanah adalah satu persoalan yang sangat besar dalam Islam dan untuk semua yang mempunyai KEFAHAMAN ISLAM.Moga-moga hal ini tidak benar. Saya tinggalkan sdr2 untuk merenung sejenak sebuah hadis, buat tazkirah dan buat mengetuk hati kita semua:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-¬Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.
“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”
“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”.
Allahu ‘Alam
Anda sekalian,
Di atas tujuan mendapat perhatian pihak berkenaan, komen puan Ainon ini telah saya panjangkan kepada pihak IKIM di:
http://www.ikim.gov.my/bm/maklum.php
Mungkin pihak-pihak di dalam IKIM terlepas pandang akan hal ini. Mungkin juga seperti kata Puan Ainon perkara di atas tidak benar.
Aslmkm, Sekiranya benarlah perkara sebegini berlaku, maka pada saya, ia adalah satu perkara yang amat malang bagi sebuah institusi yang mempunyai label ‘ISLAM’ di antara namanya(baca sebagai IKIM). Sebuah institusi yang seharusnya menjadi pelopor dalam menjaga hak dan kewajipan sebagai pihak penerbit dalam dunia penulisan dan pengkaryaan. Mungkin benar sepertimana yang dinyatakan oleh saudara eyman hykal itu. IKIM terlepas pandang. Dan elok sangatlah jika dipanjangkan secara terus kepada IKIM komen-komen itu. Kita juga tidak tahu sejauh mana dan ramai mana warga IKIM yang dapat mencapai dan mebaca blog ini. Harap-harapnya jangan adanya lagi alasan seperti ‘terlepas pandang’ pada masa-masa yang akan datang…
Saya amat-amat berharap bahawa berita ini hanya satu khabar angin yang tidak benar .Ini kerana IKIM itu sendiri merupakan satu badan yang punyai integriti yang disegani malah di terajui oleh ulama’ yang bukan calangan. Seorang Tokoh Maal Hijrah, kalau tidak salah saya. Sesuatu yang memalukan jika hal ini terbukti sesuatu yang benar.
Pedih dan derita menjadi penulis zaman-zaman yang mendera dahulu, seperti yang pernah di hadapi oleh saudari Aininaufal, malah saya sendiri, tidak seharusnya berlaku di zaman kini. Kita telah merdeka jauh dan harus lebih jauh bertindak sebagai satu bangsa yang bermartabat.
Saya berharapan yang besar agar persoalan ini dapat di tangani bukan sahaja dengan kebijaksanaan yang bermoral malah dengan akal budi yang mendidik.
Saya ingin menarik perhatian bahawa jika kita melihat penerbitan di Barat, kita akan mendapati wujud Copyright yang dinisbahkan terus kepada penulis atau penterjemah yang menghasilkannya. Walaupun ia diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang tersohor dan diedarkan oleh pengedar yang bukan calang-calang pengedar seperti Amazon.com. Tetapi nama penulis yang memegang Copyright tersebut.
Di Malaysia, kerana sopan santun dan budi bahasa, mungkin penulis dan penterjemahnya malu dan segan hendak menyatakan haknya. Adakalanya sesuatu penulisan dan terjemahan yang dihasilkan dengan penat lelah akan tetapi Copyright dinisbahkan kepada Penerbit sewenang-wenangnya. Tanpa dokumen. Tanpa pemindahan milik karya. Tanpa pelepasan hak. Tanpa penjelasan hak-hak cipta manakah yang diberikan kepada penerbit tersebut.
Jika penerbit tersebut bertanggungjawab dan memiliki sifat ihsan serta penyayang kepada penulis atau penterjemah, mungkin si penulis atau penterjemah akan mendapat honorariumnya. Tetapi jika penerbit yang tidak prihatin, sedang penulis dan penterjemah juga tidak bersuara, maka penerbit sahaja yang merasai habuan dan keuntungan daripada bakat, usaha, kreativiti dan segala jenis pengorbanan penulis dan penterjemah sedangkan pencipta karya (penulis atau penterjemah) pulang dengan tangan kosong.
Senario inilah yang mahu kita elakkan. Justeru senario inilah yang akan menimbus dan menenggelamkan bakat-bakat yang sudah tersedia. Negara kita sibuk mengusahakan program “Brain gain” iaitu mendapatkan bakat dan pakar. Akan tetapi, mengekalkan dan mempertahankan bakat itu yang lebih sukar sebenarnya. Kita amat bimbang penulis dan penterjemah akhirnya menjadi demotivated dan tidak ada obor perjuangan lagi yang menyala dalam hati mereka.
Kita berharap ini dijauhkan oleh Allah azza wajalla, kerana khazanah ilmu dan tamadun kita masih muda baru berapa kurun sahaja. Khazanah tamadun dan bahasa lain umpamanya Arab sudah menjangkau lebih 16 kurun dan ia sudah menjadi sedemikian kaya. Kita belum lagi. Kita perlu mengorak langkah lebih laju lagi. Para penulis dan penterjemah perlu berkarya lebih banyak lagi. Hanya buku peninggalan tamadun yang paling kekal dan tahan lasak. Adapun bangunan, rumah, jalan, istana, menara dan segalanya yang berbentuk fizikal akan pudar dan suram kehebatannya dengan berlalunya masa.
Diharapkan usahasama penulis-penterjemah-penerbit-pengedar/penjual tidak dilemahkan dengan isu penafian hak mana-mana pihak. Hakcipta bukanlah perkara yang terlalu sukar untuk diimplementasi tetapi ia amat mudah dan menyelamatkan daripada banyak pertikaian dan ketidakpuasan hati pada masa hadapan.
Justeru, sebarang pergerakan penerbitan dan percetakan daripada sesubuah entiti kepada entiti yang lain sewajarnya dilakukan secara jelas, sah dengan pengetahuan, persetujuan serta kelulusan semua pihak. Jika kehormaian rangkaian penulis/penterjemah-penerbit-pengedar/penjual sudah terjejas, ia bakal merosakkan untuk tempoh jangka panjang kelangsungan dan kerancakan percambahan ilmu dan perkembangan tamadun negara dan rantau kita. Bayangkan malangnya jika ada yang tidak mahu berkarya lagi?
Ciptawan
pengetahuan tentang sesuatu perlulah mendalam untuk memperjuangkan sesuatu itu.
saya rasa rakyat malaysia masih beli kenal apa itu hakcipta intelek, lantas kurang arif dan faham untuk menghormati undang-undang itu.
Seandainya perkara ini benar, pihak IKIM sewajarnya mendapatkan pandangan pihak guaman mereka sebelum menemui pihak MPH.
Penulis-penulis intelek tidak akan diam jika mereka sedar hak mereka dicabuli dan nilai harga diri mereka diperlakukan sedemikian rupa.
Boleh jadi ia akan membawa kepada satu tahap yang lebih serius dan berpanjangan. Lebih jauh lagi jika setiap seorang penulis yang merasakan mereka terkelompok dalam keadaan ini akan tampil ke hadapan dalam apa jua cara.
Walau apa pun terima kasih atas isu yang diketengahkan kerana secara tidak langsung ia membawa kepada satu keadaan bahawa para penulis hari ini lebih celik undang-undang dan bersedia untuk mengambil apa sahaja tindakan apabila maruah mereka dirobek.
Sebagaimana penulis baru, saya akui tidak tahu apa-apa tentang undang-undang hakcipta sehinggalah saya didedahkan sendiri tentang hak-hak saya melalui siri kursus yang diadakan. Bertitik tolak dari pendedahan ini, saya meyakini lebih ramai penulis muda dan lama harus disampaikan maklumat yang sama.
Puan,
Nampaknya entri puan kali ini mendapat respons hangat daripada pembaca. Saya percaya ramai penulis dan mereka yang terlibat dalam bidang penerbitan yang membaca blog ini. Mungkin banyak perkara yang mahu mereka tahu tentang hal yang dibangkitkan ini.
Sebelum perkara ini menjadi lebih hangat lagi, saya rasa ada baiknya pihak-pihak berkenaan merujukkan perkara ini kepada mereka yang lebih arif tentang perkara ‘harta intelek’. Kalaulah benar IKIM berniat untuk berurusan dengan MPH, ada eloknya kalau perkara ini di ajukan kepada pakar universiti-universiti tempatan yang mampu memberi pandangan dan nasihat tentang isu ini. Saya percaya pihak universiti sudah biasa menguruskan hal ‘kertas-kertas kerja’ di universiti masing-masing.
Kalau tidak silap saya, IKIM pernah membincangkan hal ‘harta intelek’ ini dalam sebuah seminar yang dianjurkan. Janganlah pula nanti kita menjadi ibu ketam yang mahu anaknya berjalan cantik-cantik, sedangkan dia sendiri berjalan tak tentu arah!
Apapun, kita yang terlibat dalam dunia penerbitan ini harus bersikap lebih bertanggungjawab agar penulis-penulis/penterjemah-penterjemah tanah air akan terus berkarya tanpa sebarang perasaan was-was dan syak wasangka. Harta intelek adalah sama seperti harta lain (kalau tidak lebih nilainya) untuk orang lain.
Salam
Pandangan Fakrul perlu disokong dan diambil perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Sekiranya perlu suatu kenyataan daripada IKIM-MPH hendaklah diumumkan kepada penulis-penulis kertas kerja dan penterjemah-penterjemah yang terbabit.
Sekiranya juga selama ini persoalan hakcipta terlepas pandang oleh mana-mana organisasi Penerbit di tanah air kita yang tercinta ini, mereka perlu mengkaji semula apa langkah-langkah yang perlu diambil dan disempurnakan untuk clearance Copyright.
Wang dan bayaran bukanlah jawapan mutlak kepada persoalan Copyright. Adalah nonsense menyatakan, “Penulis sudah dibayar, maka hak karya yang dihasilkan sudah automatik menjadi hak kita sebagai penerbit!”. Sekiranya masih banyak Penerbit yang beriman dengan falsafah ini, silalah buka lembaran baharu dengan mempelajari, meneliti, memahami dan mempraktikkan kaedah-kaedah Copyright yang sebenar.
Tinggal 14 tahun sahaja lagi menuju 2020, janganlah asas kepada penghasilan karya, design dan pattern yang bakal membanjiri negara kita, apatah lagi dengan arus MSC dan Bioteknologi yang bakal menghasilkan pelbagai lagi output-output kreatif dan asli…tetapi berakhir dengan nota saman di mahkamah kerana pertikaian tentang Copyright.
“Sediakan payung sebelum hujan!”
sy terpanggil utk membalas walaupun sy tak berhak utk membalas krn perkara ini sedang diputuskan oleh pihak terbabit. cuma sy harap jgn terlebih dahulu menghukum sehingga benar-benar didapati bersalah.
Sila rujuk bolg saya ...
wah… saya yang ketinggalan. malang sekali kalau stesyen radio berkonsepkan Islam bersikap begitu. ke mana lagi hendak bergantung harap?
Assalamualaikum,
Khabar angin bermaksud,berita yang belum pasti kebenarannya.
MUNGKIN…
Himpunan kertas kerja pelbagai seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh IKIM tidak ditandatangani dalam bentuk dokumen perjanjian dari sudut penulisan dalam seminar dan persidangannya..
TETAPI..
Sebarang borang persetujuan penyertaan seminar dan persidangan ketika dihadiri telah ditandatangani penulis yang mana di borang tersebut ada menyatakan kebenaran oleh penulis kepada pihak IKIM untuk menggunakan penulisan itu dalam apa jenis penerbitan sekalipun.
ATAU…
Penulis telah dibayar honorarium ketika menyiapkan karya terjemahannya yang dianggap bayaran kontrak kerja yang disiapkan dalam tempoh tertentu. Penulis mungkin telah menandatangani persetujuan honorarium yang mana telah diselitkan penukaran hakcipta secara automatik kepada IKIM untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun, tetapi telah terlepas pandang oleh penulis.
ATAU…
Pihak IKIM belum menghubungi penulis kerana hitam putih persetujuan dan bayaran yang diKONONkan pihak Kumpulan MPH belum ditandatangani kedua-dua belah pihak.
ATAU…
Ini merupakan satu ujian dari Allah s.w.t kepada penulis sebelum dikurniakan olehNYA rezeki yang melimpah -luah.
ATAU MUNGKIN TETAPI…
Ini adalah peluang kepada penulis meningkatkan keIMANan diri kerana SABAR itu separuh daripada IMAN..
“Separuh sahaja?”
“Ye!Separuh sahaja?”
“Kenapa separuh,yang separuh lagi di mana?”
“Tersembunyi! Jika penuh kamu tidak akan merasai nikmat hidup dalam pencarian memenuhinya.”
“Bagaimana cara memenuhkannya?”
“Dengan menjalani ujian kehilangan hakcipta seperti yang ditempuhi ramai karyawan seperti yang kamu sedang lalui.”
“Jadi,saya harus SABAR tempuh semua ini sedangkan mereka memenuhkan poket dengan wang ringgit hasil keringat orang lain?”
“Benar!Poket mereka penuh berisi wang ringgit hasil keringatmu dan orang lain tetapi poket di jiwamu penuh berisi keIMANan berkat keSABARan dalam menyusun langkah berhati-hati pada masa akan datang dan berkaryalah pada mereka yang tahu apa hak kamu dan ingat!! Kita sentiasa dilihat.”
“Siapa yang melihat?”
“Pandang pohon itu..daunnya hijau merimbun bergoyang ditiup angin..”
“Maksudmu?”
“Yang menciptakan pohon dedaun hijau serta angin yang meniup ke arahnya..”
“Saya faham..kita dilihat DIA YANG SATU”
“Alhamdulillah,kamu mengerti…apa yang kita mahu sentiasa diuji,dan adakalanya kita terlena dari apa yang nyata di depan mata..Pejam matamu seketika..lihat melalui mata hati..tulislah apa yang kamu mahu,pilihlah siapa yang patut kamu halakan karyamu!”
“Mata hati saya tidak mengerti…”
“Pegang pesanan ini,sekali kita terlepas hakcipta…ingatlah kita sedang diuji! Terlepas lagi hakcipta kita berulang-ulang kali bermakna dada kita perlu diisi…”
Saya mencadangkan agar IKIM berbincag secara profesional dan tidak melatah. Seharusnya IKIM perlu ttg hak2 yang ada pada penulis (penulis perlu tahu hak2 mereka pula, kalau tak, memanjang sajalah jadi ‘sayur’). Mungkin molek sekiranya IKIM menghubungi semua penulis yang karya telah diserahkan kepada MPH untuk bertanyakan tentang persetujuan mrk ke atas karya2 yang hendak diterbitkan. Sekiranya mereka bersetuju, maka dokumen perjanjian hendaklah ditandatangai supaya ada ‘binding liability’ di antara kedua pihak. Dan pastinya kita mahukan ‘win-win situation’ dalam perkara perjanjian ini, eloklah berbincang dari diheret ke mahkamah. IKIM perlu menjaga reputasi mereka sbg sebuah institut yang menobatkan Islam sebagai agama yang syumul melalui penulisan dan siaran yang dipancarkan ke radio2 pendengar. Wuallahua’lam.
ALANGKAH AIBNYA KITA!
ALANGKAH AIBNYA…Jika angin yang bertiup itu, sarat bersamanya khabar yang amat cemar.
ALANGKAH AIBNYA… Jika mereka yang diperbebankan dengan amanah ilmu akhirnya tumpas diperlengahkan oleh dunia yang sedikit. Moga-moga angin perkhabaran itu tidak mengaibkan nusa dan bangsa.
TERUTAMANYA… ketika watan sedang mempersiapsiagakan warganya mendepani perubahan ilmu demi memperkasa nusantara Melayu.
Lantaran pula PRINSIP ISLAM HADHARI yang kupasbicarakan hari ini bertekad mempertaruhkan prinsip keempatnya -PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN - menjadi amalan masyarakat Malaysia.
MOGA-MOGA KHABAR ITU TIDAK BENAR…kerana seandainya demikian, maka hasrat pemimpin tertinggi negara seakan dinafikan signifikannya.
Moga-moga perkhabaran itu seluruhnya tidak benar dan tidak mungkin berlaku. KERANA JIKA IA BENAR, AIB SUNGGUH KITA… AIB YANG SUNGGUH-SUNGGUH!
MPH sebuah syarikat yang ternama dan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai.
Kita menghormati status elit MPH sepertimana kita menghormati Kinokuniya dan Borders.
Diharapkan MPH terus menjalankan bisnesnya dengan imejnya yang bersih dan kelihatan bersih.
Jika ada deal yang demikian dengan IKIM dan memang benar, diharapkan MPH dalam membuat decision making pada kali ini, mengumpul maklumat dan menyiasat latar belakang karya itu berkali-kali dan dengan teliti, agar dealnya dengan IKIM turut memberi manfaat kepada pihak-pihak yang amat berkaitan khususnya para karyawan, penulis dan penterjemah.
Menurut Hakcipta, jika pengedar menjual dan memperoleh keuntungannya, penulisnya juga memperoleh “share” atau bahagiannya daripada keuntungan tersebut.
Jika penerbit dan pengedar sentiasa mementingkan diri sahaja dan tidak mahu memberikan rights kepada penulis, akibatnya mudah “orang tidak mahu menulis lagi dengan penerbit tersebut”.
Secara umumnya, ini tidak sihat untuk industri penerbitan negara kita.
Mungkin IKIM memiliki mekanisme ganjaran dan perlindungan yang bagus untuk para pengarang, penulis dan penterjemahnya. Kita harap ini dapat dijadikan pengetahuan umum. Mungkin seperti Radionya, penerbitan IKIM juga boleh mencapai status “Pilihan Utama”.
Saya juga terpanggil untuk memberikan respon dan pandangan berkaitan topik ini.
Dalam Islam konsep Mudharabah cukup jelas, kedua-dua pihak, iaitu pemberi modal dan orang yang mengusahakan akan sama-sama menikmati keuntungan yang diperoleh atau sebaliknya. Dalam hal deal IKIM dan MPH ini, saya berpendapat bahawa elok sekiranya pihak IKIM mengadakan perbincangan secara terbuka dengan pihak penulis/penterjemah karya untuk mencapai satu penyelesaian. Ini bertujuan supaya reputasi Ikim akan tetap harum dan dihormatai selaras dengan peranannya untuk menyebarkan pkefahaman Islam. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hakcipta penulis/penterjemah.
Saya sendiri membayangkan jika saya seorang penulis/penterjemah dan penerbit asal saya tidak memaklumkan pada saya bahawa mereka hendak pindahkan karya saya kepada pihak tertentu untuk diterbitkan, pastinya saya rasa amat sedih, marah dan kecewa. Sekurang-kurangnya perkara ini dimaklumkan terlebih dahulu dengan apa cara pun.
IKIM cukup prihatin dengan soal-soal hukum hakam, dan di IKIM sendiri terdapat SUDUT HUKUM yang membincangkan tentang segala hukum. Maka eloklah hal ini dibawa ke Sudut itu untuk diperincikan. Pada zaman dahulu penerbitan adalah amat sukar, di mana sesuatu karya disalin dengan menggunakan Nussakh (para penyalin) dan mereka ini mendapat ganjaran yang tinggi. Jika penyalin mendapat ganjaran hasil dari titik peluh mereka, apatah lagi para penulis/penterjemah?
Saya akhiri tulisan saya ini untuk renungan semua pihak,.
Sekian, Wassalam.
Pencinta buku.
2 tahun lepas IKIM pernah menganjur seminar Harta Intelek Dari Perspektif Islam. Hemm.. mereka patutnya buka balik kertas-kertas seminar tu dan praktikkannya.. sebelum integreti dan kredibiliti IKIM lebur…
Assalamualaikum;
Saya adalah peminat setia radio IKIM, saya sering terdengar petikan terjemahan pengembaraan Ibnu Battuthah yang diterbitkan oleh IKIM. Tetapi saya tidak pernah terdengar nama penterjemahnya disebut, adakah tindakan ini wajar dari segi hukum dan undang-undang?
Saya minta pandangan blogger yang lain.
Sekian, terima kasih.
Peminat radio pilihan utama.
Saudara anonymous,
Saya juga musykil. Pernah juga persoalan ini diutarakan oleh rakan-rakan saya. Mereka tidak berpuas hati Radio IKIM hanya memberikan kredit kepada IKIM sahaja apabila kapsul Ibn Battutah yang lunak itu meresap dalam telinga kita.
Adakah IKIM.fm melupakan penterjemah Ibn Battutah dengan sengaja atau terlepas pandang? Atau penterjemah yang khabarnya dalam media massa bertungkus lumus selama 10 tahun untuk menyiapkannya sengaja tidak mahu diberi sebarang kredit lagi?
Karya agung tetap karya agung…mereka yang terlibat dengannya pun turut menjadi perhatian kita. Bagi saya yang tidak mampu membuat terjemahan ini saya tabik hormat pada usaha penterjemah Ibn Battutah tersebut. Sehingga kini pun takda lagi pengkaji yang mampu mempertikaikan kewibawaan terjemahan itu sama ada dari segi bahasa, makna dan persembahannya. Jika ada cacat tentu dah lama dijaja sebab ia karya yang menjadi tumpuan ramai. Tahniah buat penterjemahnya.
Jawapan saya, tidak wajar menyisihkan nama penterjemah dalam kapsul Ibn Battutah “Pilihan Utama”.
Post a comment