Thursday, January 05, 2006

Iklan: Peluang Kartunis dan Pekomik Menjadi Novelis

Kejayaan Sdr Alif Firdaus Azis menghasilkan 2 buah nomik “Untuk Syampoo” dan “Bergaduh dan Menari” dalam tempoh sebulan satu, adalah bukti bahawa dengan sedikit latihan teknik penulisan kreatif, para kartunis dan pelukis komik dapat menjadi pengarang novel. Nomik ketiga beliau sedang dalam proses penerbitan!


AKADEMI PENERBITAN PTS akan mengadakan bengkel khas bagi melatih golongan kartunis dan pelukis komik bagaimana cara menggunakan teknik-teknik penulisan yang mudah dan betul bagi menghasilkan novel demi novel. Tarikh akan diberitahu kemudian. Bengkel ini gratis.


Para kartunis dan pekomik mempunyai kelebihan istimewa yang jarang ada pada pengarang biasa, iaitu mereka pandai memandang dunia dengan cara-cara yang 'terbalik-terbalik'. Benda-benda biasa menjadi luar biasa apabila ia sudah diberi makna-makna baru dari sudut pandang mata kartunis dan pekomik.


Wahai kartunis-kartunis dan pelukis komik Malaysia, kami di PTS ONE dan PTS FORTUNA mahu berjumpa saudara-saudara!


MAJULAH KARTUN DAN KOMIK UNTUK NEGARA.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Royalti daripada Novel dan Komik Evergreen Previous entry: Struktur Plot dalam Novel Islami
Ainon Mohd.  on  01/05  at  07:39 AM

Untuk makluman saudara-saudara:

PTS ONE menerbitkan nomik-nomik bagi bacaan remaja awal, yakni antara 9 tahun (baru saja akil baligh) hingga 13 tahun.

PTS FORTUNA menerbitkan karya-karya kreatif untuk bacaan dewasa (16 tahun sudah boleh ikut Nabi berperang!)
-----

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan  on  01/05  at  08:12 PM

Alangkah baiknya ramai yang ikut jejak Alifstyle.

abdullahjones  on  01/06  at  08:48 AM

saya boleh?

maro  on  01/06  at  11:50 AM

Pn ainon

blog saya x de apa lagi. Baru je nak berjinak-jinak…

masih 0 dan belum ada kelapangan nak update

Izam  on  01/06  at  02:27 PM

Saya nak cuba, boleh?… saya tak pandai menulis, tapi boleh melukis.

sinaganaga  on  01/06  at  02:35 PM

Kakak,
Saya akan menyertai PTS nanti. Percayalah!!!

Jones,
Aku harap, children’s picture book kau dan aku diterbitkan oleh PTS nanti.

sinaganaga  on  01/06  at  02:36 PM

Jones,
Pulanglah! Pulanglah ke Semenanjung Tanah Melayu ini!!!!

Ainon Mohd.  on  01/06  at  06:10 PM

Sdr Jones, Kamaro, Izam dan Naga, saudara semua dipaksa masuk jemaah PTS bagi meningkatkan maqam sdr2 sebagai karyawan. Apa susah, teknik menulis nanti saya terangkan. Kreativiti, semua sdr sudah ada. Berfikir terbalik-terbalik sdr2 memang terer. Tinggal belajar teknik mengarang ayat-ayat cerita sahaja. Senang bah!

Ainon Mohd.  on  01/06  at  10:25 PM

Sdr Naga,

Sdr Jones ni tinggal di mana sekarang? Di Sabahkah?

abdullahjones  on  01/06  at  10:52 PM

smile

Panaharjuna  on  01/07  at  11:00 PM

Saudara Izam tu saya kenal, dia satu daerah dengan Kangaq puan .Orang utara.Lukisannya pun cantik .Eceh macam ada apa-apa ye tak, err saudara izam dah letak ke link saudara tu ?

Izam  on  01/08  at  08:37 AM

link apa tu panah?.

 on  02/21  at  09:09 AM

Saya sanggup berkarya untuk PTS kalau Puan Ainon sanggup bagi advanced royalty RM5000 - dan 15% royalti untuk karya yang fresh.

RESPON PUAN AINON: Saya sebagai Chairman dan pemilik saham terbesar PTS pun dilayan oleh pegawai-pegawai PTS macam semua penulis PTS yang lain, bagaimanakah saudara fikir mereka akan beri layanan istimewa kepada saudara?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: