Tuesday, October 19, 2010

Iklan! Projek Rumah Buku Mencari Hos

Kelab [email protected] akan menubuhkan "Rumah Buku" di flat-flat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beginilah konsepnya:

1. Rumah Buku itu adalah perpustakaan kecil supaya anak-anak penghuni flat itu boleh meminjam buku.

2. Perpustakaan itu akan diletakkan di salah sebuah rumah. Tuan rumah akan menjaga perpustakaan itu.

3. Buku-buku itu dibekalkan secara percuma oleh .(JavaScript must be enabled to view this email address). Hanya buku-buku yang popular sahaja akan dibekalkan, iaitu buku yang laku jualannya di kedai-kedai dan diminati oleh kanak-kanak dan remaja.

4. Tuan rumah dibenarkan mengenakan bayaran perkhidmatan kepada sesiapa yang meminjam buku. Bayaran itu menjadi pendapatan dan saguhati kepada tuan rumah kerana membenarkan rumahnya digunakan sebagai perpustakaan dan sekaligus menguruskan buku-buku itu.

5. Calon tuan rumah yang sesuai adalah suri rumah sepenuh masa yang suka membaca buku dan pandai menggunakan internet.

Bagi tuan dan puan yang berminat, tulis (i) nama penuh, (ii) alamat rumah DBKL, (iii) nombor HP dan (v) alamat emel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Mahu Buat Duit dengan Edisi Murah ataupun Edisi Mahal? Previous entry: Tip dari Ain Maisarah: 4 Judul dalam Satu Siri Novel Remaja

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.