Thursday, January 20, 2011

Iklan Promosi Buku-Buku PTS di Halaman Depan Akhbar Harakah

Jabatan marketing PTS mula mengiklankan buku-buku agama terbitannya dengan membeli ruang iklan di halaman hadapan akhbar Harakah. Foto di atas menunjukkan iklan promosi kempen membaca sempena musim Maulidur Rasul 20100 yang sedang dijalankan sekarang.

Menurut Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, beliau akan terus membeli ruang iklan dalam akhbar Harakah kerana sudah terbukti bahawa pulangan pelaburan itu membawa hasil yang baik, di mana jualan buku-buku yang diiklankan naik dengan ketara sekali setiap kali selepas iklan buku-buku itu terbit.

Disebabkan ROI (return of investment) pembelian ruang iklan dalam Harakah menunjukkan trend positif, PTS mula membeli ruang halaman hadapan Harakah meskipun yurannya adalah lebih mahal.

Menurut beliau lagi, jualan naik disebabkan majoriti pemilik kedai-kedai buku agama indie membeli dan membaca akhbar Harakah. Apabila mereka terbaca iklan PTS maka mereka pun membuat pesanan bagi judul-judul yang diiklankan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Bisnes Buku: Hidup dengan Menjual Buku Agama Secara Bergerak Previous entry: Tip Survival Penerbit: Mencipta Koleksi Klasik Sastera Kanak-Kanak

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.