Ilham Hamdani dengan Tim PTS Litera Utama
Sasterawan Ilham Hamdani (foto, berkemeja biiru tua) adalah penulis buku terbitan PTS yang pertama memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen).
Sewaktu pulang ke tanah air bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah itu beliau sempat datang ke pejabat PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (PTSLU).
Beliau seorang sasterawan yang amat rendah hati. Meskipun beliau mempunyai bakat besar dan sudah memenangi anugerah bertaraf 'negara', beliau tetap mengambil kesempatan menghadiri kursus yang saya kendalikan untuk bakal-bakal penulis PTS. (Malah beliau sanggup duduk di atas lantai sahaja disebabkan semua kerusi sudah penuh.)
Dalam kursus itu, pada suatu saat, beliau bertanya kepada saya, "Puan, untuk karya sastera juga perkataan kontot tidak boleh digunakan?"
Saya jawab, "Ya, tidak boleh, sebab dalam al-Quran tidak terdapat penggunaan perkataan kontot."
Mendengar jawapan saya itu, beliau hanya mengangguk, sepatah pun beliau tidak mempertikai jawapan saya.
Nota: PTSLU adalah penerbit novel-novel sastera, cinta Islami, sejarah dan ciklit. Foto menunjukkan beliau bersama semua enam orang editor TimPTSLU. Pengurus PTSLU adalah Puan Asma Fadila Habib (berkemeja putih).
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang sangat dihormati,
Ibarat pantun orang Melayu:
Memburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Terima kasih, Sifu!
Post a comment