Ilmu Budaya Melayu

Blogger terkenal Tuan MSO memberikan gelar 'Maharaja Jib' kepada Dato' Najib Razak, bakal perdana menteri Malaysia. Baca tulisan beliau di sini.
Adakah gelar besar itu sesuatu yang positif ataupun negatif dalam budaya dan masyarakat Melayu.
Apakah gelar itu suatu bentuk pujian ataupun celaan.
Pertanyaan-pertanyaan itu hanya dapat dijawab dengan betul oleh individu yang mempunyai ilmu budaya Melayu.
Gelar-gelar yang diberikan oleh orang-orang biasa kepada pembesar adalah tidak inosen sifatnya. Ia datang daripada persepsi kultural.
Tuan MSO boleh sahaja memilih bagi memberi gelar-gelar negatif lain kepada pembesar di atas disebabkan faktor bahawa beliau dikaitkan dengan pelbagai tingkah laku yang dianggap tidak baik dalam masyarakat Melayu. Tetapi beliau memilih gelar 'maha-raja' meskipun beliau belum secara sah dilantik sebagai perdana menteri.
Apanya yang 'raja-rajaan' pada penampilan pembesar di atas?
Faktor cultural education dan cultural awareness adalah salah satu daripada modal penting bagi memperoleh kejayaan dalam apa jua masyarakat, apabila kejayaan itu bergantung pada sokongan dan dukungan sosial, seperti kejayaan dalam organisasi dan politik.
Seorang pembaca blog ini, Tn. Hamim, menulis begini: Saya menyaksikan ucapan tersebut bersama bapa saya, dahinya terkerut-kerut tidak senang. Katanya, bercakap dengan nada berapi-api dan gerakan tangan yang berlebih-lebih menjengkelkan. Seolah-olahnya orang lain tidak pandai, dia sahaja yang pandai.
Komen itu membuktikan bahawa pembesar di atas tidak mempunyai ilmu budaya Melayu, justeru dia tidak tahu bahawa gaya penampilan dan gaya pidato yang diyakininya sebagai impresif dan persuasif telah dipersepsi secara yang sangat negatif oleh orang Melayu yang menonton dia berucap.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment