Tuesday, September 21, 2010

Tip Survival Penerbit: Kerugian Potensi Pasaran Akibat Pakejing dan Ilustrasi yang Melayu-sentrik

Apabila buku-buku dalam Bahasa Melayu dipakejkan hanya untuk pasaran orang Melayu, maka dari sudut bisnes, mindset dan konsep begini mencipta banyak kerugian dari segi hilangnya potensi jualan yang lebih besar.

Buku-buku Melayu boleh dijual kepada pasaran bukan-Melayu. Tetapi, apabila penerbit Melayu menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu, seringkali mereka mereka terperangkap dalam mindset yang merugikan, yakni secara tidak sedar mereka mem-posisi-kan (positioning) buku Melayu mahu dijual kepada orang-orang Melayu sahaja.

Editor dan desainer kulit buku pun boleh juga terperangkap dalam mindset yang merugikan itu.

Banyak buku kanak-kanak dan remaja sesuai dijual kepada semua bangsa dan kaum, tetapi disebabkan desain kulit itu Melayu-sentrik, maka ia tidak mempunyai daya tarikan (appeal) yang tinggi supaya kaum-kaum lain terpikat memandangnya lalu lantas mahu mengambil buku itu dari rak kedai serta memegang dan membuka buku-buku itu.

NOTA: Kajian mendapati, semakin lama sesebuah buku itu dipegang-pegang oleh bakal pembeli, maka semakin tinggi probabiliti buku itu akhirnya akan dibeli!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kata Logik yang Perlu Digunakan dalam Sastera Kanak-kanak Previous entry: Dicari: Ilustrator Buku Kanak-Kanak

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.