Tuesday, January 23, 2007

Ilustrator Buku Filipina Dapat Kontrak Malaysia

Internet melanggar semua aturan urus niaga tradisional.

Pada masa ini, orang-orang Cina yang menjadi penerbit buku kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Singapura sudah mula menggunakan khidmat pelukis-pelukis Filipina!

Mutu lukisan pelukis-pelukis Filipina adalah tinggi manakala yuran yang mereka kenakan adalah amat berpatutan. Disney USA juga sudah banyak menggunakan khidmat mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(20) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan "ku" di Hujung Kata Previous entry: 'ku' Dekat & 'ku' Jauh
ICe  on  01/24  at  01:34 PM

sejarah komik mereka pun sudah beratus tahun sifu. tidak seperti di sini yang kejap timbul kejap tenggelam…
——-

Fable Fox  on  01/24  at  05:36 PM

Alamak, macam mana illustrator di sini hendak cari makan? Kena buat perniagaan baru nampaknya.

Nasib baik sudah ada idea wink

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  05:57 PM

Sebenarnya, benda ni banyak kena fikir. Tapi pokok pangkalnya adalah disebabkan cara dan budaya orang kita berfikir. Orang tua-tua kata, lukis kartun tak boleh buat cari makan. Orang muda pula, lukis kartun untuk majalah-majalah yang kebanyakkannya sekadar lawak bodoh yang boleh merosakkan minda anak-anak kita. Walhal, 1001 lagi perkara positif yang boleh dilaksanakan melalui lukisan kartun.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/25  at  12:09 PM

Mmmm…...

Fable Fox  on  01/25  at  05:56 PM

Untuk pengetahuan Puan Ainon dan saudara Jonos, Nik Azman ini abang saya, dan ada keratan akhbar untuk membuktikan ke’genius’annya sewaktu kecil. tunggulah, saya dah pujuk dia untuk tulis jibunsyi.

ingat tak anda semua tentang artikel 3 genius melayu dalam utusan satu ketika dahulu, abang saya mungkin jadi yang ke 4. harap-harap masa hadapannya cerah suatu hari nanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/26  at  12:49 PM

Moga saudara Fable Fox berjaya memujuk abangnya…Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/28  at  01:49 PM

Sebenarnya, apakah definisi yang sebenarnya bagi perkataan ‘genius’, kalau boleh puan Sifu tolong jelaskan. Sebab, kalau dengan hanya mendapat banyak A di dalam peperiksaan, boleh diiktiraf sebagai ‘genius’, Sir Thomas Edison, Albert Einstein dan tokoh-tokoh genius yang lain, kebanyakkannya tidak berapa berjaya di alam persekolahan ! Tapi mereka diiktiraf sebagai ‘genius’ !
  Pada pendapat saya, kanak-kanak pintar di Malaysia sepatutnya dijadikan ‘G.I’ atau ‘government item’ atau hak kerajaan. Di mana pihak kerajaan akan mendidik dan mengatur perjalanan hidup kanak-kanak atau pelajar pintar, ini kerana mereka adalah aset terpenting negara.
Jika dahulu, kita pernah terbaca di dalam akhbar, askar Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran latihan menembak, tetapi jika dibaca dengan teliti artikel yang dikeluarkan, kebanyakkan kanak-kanak yang ditembak itu, sama ada dalam perjalanan pergi atau balik dari sekolah, dan mereka tergolong di dalam golongan pelajar yang pintar. Ini adalah salah satu cara pihak Israel untuk menghapuskan orang-orang cerdik pandai di Palestin, kerana mereka tahu, kanak-kanak pintar ini bila dewasa kelak, akan membahayakan kepada kaum Israel, jadi adalah lebih baik mereka mencantasnya dari rebung lagi.

Di Malaysia, ramai kanak-kanak dan pelajar yang pintar, tetapi mengapa kita tidak melihat mereka sebagai aset yang berharga ?  Sejak awal 70an lagi, sudah berapa ramai yang terpampang di akhbar kerana kepintaran mereka.  Adakah pihak-pihak tertentu yang berminat untuk membuat satu senarai kanak-kanak yang pintar, bagaimana prestasi sekolah mereka, bagaimana kedudukan mereka sekarang dan sebagainya ? Saya rasa tidak ada ! Kerana kita tidak menghargai mereka. Janganlah kita akan jadi seperti negara AS yang menyimpan otak-otak orang yang genius di dalam bekas hidrogen cecair, apabila mereka sudah tiada lagi.

Pada pendapat saya, mungkin sekarang ini kita lebih mementingkan isu yang remeh temeh dari isu yang sebenarnya. Kerana itulah negara kita banyak ditimpa masalah. Seperti mat rempit dan sebagainya. Ini kerana kita tidak membuka minda seseorang itu dari seawal usia kanak-kanak lagi. Mereka tidak tahu kemanakah arah tuju kehidupan mereka.

Berbalik kepada isu kanak-kanak genius, cuba pembaca fikirkan apakah perbezaan taraf antara kanak-kanak genius dan penagih dadah ?  Berapakah peruntukan yang diberikan kepada kanak-kanak pintar untuk pengajian atau latihan-latihan tertentu ? Adakah wujud di negara kita satu institusi khas yang mengumpulkan kanak-kanak pintar ini dan diberi pelajaran dan kemahiran yang sewajarnya, dididik kearah jalan yang betul mengikut kepintaran mereka ? Supaya bila mereka besar nanti akan dapat berkhidmat kembali kepada negara.
Saya rasa tidak ada!
  Tetapi cuba pembaca fikirkan, berapa banyakkah kos yang ditanggung oleh pihak kerajaan ( yang sebenarnya, cukai yang dibayar oleh kita juga ! ) untuk menanggung penagih dadah di pusat-pusat serenti di seluruh negara ? Kalau tak salah saya hampir RM30 seorang untuk sehari, cuba bayangkan untuk ratusan ribu penagih dadah di Malaysia ? Semuanya PERCUMA ! Dan kini pihak kerajaan membekalkan ubat-ubatan (dadah jenis ringan ?),  jarum dan kondom pula yang menelan belanja jutaan ringgit kepada penagih dadah, juga secara PERCUMA ! 
  Jadi nasib siapakah yang lebih baik ? Kanak-kanak pintar atau penagih dadah ?

Apa yang saya nyatakan di sini adalah kenyataan, biarpun pahit untuk ditelan. Saya sayangkan Malaysia. Jadi mungkin tidak salah jika saya terasa sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Terus terang, saya hanya berkelulusan SPM, tapi Allah mengurniakan saya akal untuk berfikir, dan hanya itu yang saya mampu lakukan buat masa sekarang. Untuk Puan Sifu, saya mohon maaf, jika saya tulis panjang sangat. Tapi inilah hakikat, semoga dengan tulisan saya ini mampu membuka minda mereka yang mampu untuk melakukan sesuatu yang tidak mampu saya lakukan selama ini. Terima kasih.

Fable Fox  on  01/28  at  01:51 PM

Alahai abang saya nih…

Puan Ainon Mohd.  on  01/28  at  09:34 PM

Sdr Nik Azman,

Seseorang itu disebut sebagai ‘genius’ apabila dia dapat menyelesaikan masalah yang orang dewasa normal tidak berupaya menyelesaikannya.

Justeru Einstein dan Edison layak digelar genius disebabkan mereka berjaya menyelesaikan masalah yang saintis dan jurutera normal gagal menyelesaikannya.

Justeru kanak-kanak yang layak digelar genius adalah kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang orang dewasa normal pun gagal menyelesaikannya.

Kalau tidak, kanak-kanak itu setakat digelar ‘gifted’ (berbakat) ataupun ‘intelligent’ (pintar) bukan ‘genius’. Kanak-kanak yang dapat menghafal al-Quran pada usia 7 tahun adalah kanak-kanak ‘gifted’, bukan kanak-kanak genius. Begitu juga kanak-kanak 8 tahun yang fasih banyak bahasa adalah kanak-kanak ‘gifted’, bukan ‘genius’.

Istilah genius tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak, sebab belum ada kanak-kanak yang dapat menyelesaikan masalah yang setaraf dengan orang dewasa. Einstein menyelesaikan masalah teori relativiti pada usia 25 tahun, selepas lulus universiti.

Pelajar yang mendapat banyak A bukan ‘genius’ disebabkan dia tidak menyelesaikan apa-apa masalah yang orang dewasa normal gagal menyelesaikannya.

Satu lagi istilah yang perlu digunakan dengan betul adalah ‘prodigy’. Prodigy adalah kanak-kanak yang dapat melakukan perkara-perkara yang lazimnya hanya dapat dilakukan oleh orang dewasa.

Kanak-kanak 8 tahun yang dapat mengikuti pelajaran matematik peringkat universiti digelar ‘prodigy’. Begitu juga kanak-kanak 8 tahun yang dapat mencipta muzik sebagaimana pemuzik dewasa lakukan digelar ‘prodigy’.

Kanak-kanak prodigy hanya terdapat dalam 2 bidang sahaja, iaitu matematik dan muzik!

Tidak ada kanak-kanak prodigy dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, undang-undang, sejarah, falsafah dan lain-lain bidang ilmu. Belum ada kanak-kanak pintar pernah berjaya menjadi doktor ataupun peguam pada usia 8 tahun!

Diharap orang ramai menggunakan istilah ‘genius’, ‘pintar’, ‘berbakat’ dan ‘prodigi’ dengan betul, yakni sebagaimana istilah-istilah itu digunakan dalam bidang ilmu psikologi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  01:31 PM

Wow ! Sekarang baru saya faham, dan saya amat berpuas hati dengan apa yang Puan nyatakan tentang ‘genius’, ‘gifted’ dan ‘prodigy’. Terima kasih.
 
  Saya ingin mendengar pendapat puan Sifu tentang menjadikan bandaraya KL sebagai bandaraya buku.  Sebab, puan sifu maklum sendirilah dengan sikap orang kita kalau bab membaca ni. Sebab pada pandangan saya, ianya melibatkan banyak pihak. Orang ramai perlu dipupuk budaya membacanya dari kecil lagi, penerbit dan penulis haruslah diberi insentif tertentu. Sebab di Malaysia ni, dah banyak dah agenda-angenda yang akhirnya setakat hangat-hangat tahi ayam, sesetengah perkara hanya dilakukan untuk mengisi poket seorang dua sahaja !

  Akhirnya, orang yang betul-betul mempunyai minat membaca tidak mendapat faedah apa-apa. Tahun depan ada isu lain dan agenda lain pula yang timbul. Macam tu lah kebiasaannya !

Fable Fox  on  01/29  at  01:33 PM

Errr… ada lagi satu bidang, game development.

http://www.blitzgames.com/olivertwins/

Lupa sejarah sebenar, tetapi mereka memenangi pertandingan pengaturcaraan sejak kecil lagi, dan menghasilkan permainan komputer sehebat orang dewasa. kira macam lagendalah mereka ini.

Puan Ainon Mohd.  on  01/29  at  01:46 PM

Sdr Fox, kanak-kanak yang dapat menghasilkan computer games yang lebih baik daripada mutu games ciptaan orang2 dewasa layak digelar ‘genius’ bukan prodigi.

Istilah genius digunakan kepada semua braket umur. Jadi ada orang yang genius sampai usia tua, seperti Edison, di mana beliau mendaftarkan lebih 3000 paten sepanjang hidupnya.

Hari ini Steve Jobs adalah genius yang masih terus menghasilkan ciptaan2 yang ‘mengejutkan’ dunia kumputer.

Puan Ainon Mohd.  on  01/29  at  01:49 PM

Sdr Nik Azman,

Banyak projek buku bertaraf ‘mega’ seperti Kampung Buku Langkawi dan lain-lain sebenarnya adalah cara merompak duit perbendaharaan. Kalau tidak ada projek, tidak dapat kontrak pula!

Fable Fox  on  01/29  at  01:59 PM

Kampung Buku Langkawi

ha ha ha ha! bila Puan Ainon sebut, baru teringat saya. Boleh dipanggil Kampung Hantu Langkawi!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  01:59 PM

Sepatutnya, orang macam Puan Sifu yang patut bersuara lantang sikit dalam hal-hal macam ni, macam mana pun saya tetap di belakang puan sifu !

Puan Ainon Mohd.  on  01/29  at  02:13 PM

Sdr Nik dan Sdr Fox,

Ada projek kampung buku terbaru yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini. Lokasi kampung itu nuuun jauh di tengah-tengah hutan rekreasi Air Keruh!

Sebenarnya dulu mereka sudah buat bangunan, entah untuk buat projek apa di situ, di tengah-tengah hutan itu. Projek tak jadi. Kosong. Memburuk. Lalu mereka hendak convert gerai-gerai itu jadi kampung buku!! Hahaha!!!

Itulah nasib buku dalam minda pemimpin2 dan pemikir2 pembangunan budaya membaca di Melaka Negeri Bersejarah. Buku cuma layak untuk menyelamatkan gerai-gerai kosong di tengah hutan!

Fable Fox  on  01/29  at  11:41 PM

Malaysia, satu-satunya negara yang mana hutan belukar lebih rajin membaca buku berbanding rakyatnya. ha..ha..ha..

(cepat-cepat siapkan jibunsyi kedua, sebab ia mengandungi banyak lawak jenaka sistem pendidikan universiti)

Fable Fox  on  01/29  at  11:43 PM

Oh, bercakap tentang buku ini, teringat interview di dalam The Star ruangan pendidikan hujung tahun lepas. Ada orang kuat perpustakaan, yang mana satu-satunya fakta yang dia tahu

“oh, atap perpustakaan yang terbaru ini bernilai 5 juta”

Entahlah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/21  at  08:50 AM

Bolehkah jika Puan Ainon sendiri kita kategorikan sebagai `genius`?

game anak  on  01/16  at  12:56 AM

ada yang perlu game anak ?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: