Thursday, January 21, 2010

Desain Kulit Buku Perlu Ditukar Supaya Mengikuti Trend Citarasa Pembaca

Menghasilkan desain kulit buku yang dapat memancing mata pengunjung kedai buku adalah suatu kombinasi antara bakat seni, ilmu tentang funsgi-fungsi kulit buku dan psikologi pembaca.

Inilah kulit terbaru novel awal remaja "Impian Harlina" yang telah diulang cetak beberapa kali sebelumnya.

Bilakah sebaiknya kulit buku ditukar?

Jika kulit buku ditukar terlalu cepat, akibatnya nanti kedai-kedai buku akan memulangkan buku cover lama yang masih belum terjual. Hal ini meningkatkan jumlah buku 'return', akibatnya penerbit rugi.

Jika kulit buku tidak ditukar, dan masih diulangcetak dengan cover lama, akibatnya jualan buku mungkin kurang laju kerana desain itu sudah tidak trendi lagi.

Nota: Novel remaja 'Impian Harlina' ini adalah berdasarkan kisah benar yang ditulis oleh Dr. Haslisa Ramli, seorang doktor perubatan lulusan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Harlina adalah pelajar miskin yang mendapat markah A, B, C, dan D dalam peperiksaan UPSR. Di tingkatan 1 dia dihantar ke kelas sains rumahtangga. Di tingkatan 2 dia hantar ke kelas perdagangan. Di tingkatan 4 barulah dia masuk kelas sains. Tetapi akhirnya Harlina lulus sebagai doktor.     

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Update: BACA@LRT dalam Akhbar Kosmo! Previous entry: Tidak Benar Penerbit Sasbadi akan Membeli PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/21  at  09:31 PM

Nampaknya novel yang saya beli ketika kulit buku lama akan menjadi naskhah yang mahal dari segi ketiadaan di pasaran nanti. Mesti disimpan elok-elok.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: