Wednesday, July 30, 2008

Tip Survival Kedai Buku: Fenomena Impulse-buying dan Jualan Buku

En. Zain Aziz, timbalan pengurus di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS telah menjalankan kajian ke atas trend pasaran buku-buku PTS di beberapa buah kedai buku sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jualan buku-buku PTS di kedai-kedai kawasan Bukit Bintang adalah antara yang tertinggi. Beliau melakukan kajian itu bagi mengetahui faktor-faktor yang meninggikan jualan di situ.

Beliau melakukan kajian menggunakan kaedah pemerhatian-secara-langsung (direct observation) ke atas tingkah laku individu-individu yang membeli buku-buku PTS. Berikut adalah hasil kajian beliau:

Mereka yang membeli itu adalah orang-orang yang masuk ke dalam kedai buku tetapi bukan dengan niat hendak membeli PTS. Mereka hendak membeli buku lain, tetapi dalam perjalanan ke rak buku yang dituju, mereka lalu di depan rak-rak buku PTS, lalu mereka tertarik dengan buku-buku PTS yang dipamerkan, lalu membelinya.

Pembelian jenis ini disebut dengan istilah impulse-buying. Mereka membeli tanpa dirancang.

Faktor yang mendorong orang melakukan impulse-buying adalah:

(a) Seni pemeragaan buku

Book-display adalah sama pentingnya dengan seni desain kulit buku. Kedai-kedai buku di kawasan Bukit Bintang pandai mempamerkan buku dengan cara-cara yang dapat menarik mata orang-orang yang masuk kedai sehingga mereka terpandang buku-buku yang dipamerkan. 

(b) Seni desain cover buku

Daripada ribuan buku yang dipamerkan, orang akan memilih, mengambil dan membelek-belek buku yang covernya telah dapat menarik mata mereka sewaktu pertama kali memandangnya. 

Menurut En. Zain Aziz, kedua-dua faktor itu saling dukung mendukung. Jika pekedai pandai mempamerkan buku, tetapi cover buku tidak cantik, orang yang masuk kedai tidak juga terpandang buku itu.

Begitu juga sebaliknya - jika cover buku cantik, tetapi pengurus kedai tidak pandai mempamerkan buku-buku itu, yakni dia setakat main letak-letak sahaja, maka orang tidak tertarik hendak memegang dan membelek isi buku itu, apatah lagi membelinya.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Wajah-wajah Hensem Karyawan Siri 'Komik Malaysia' PTS yang Syariah-compliant Previous entry: Rungutan Buku PTS Tidak Dijual di Kedai Majalah
anuarmanshor  on  07/30  at  08:38 AM

Saya rasa ada sebab lain. Sebabnya jualan majalah-majalah DBP pun menggalakkan di kedai majalah mamak Bukit Bintang itu.

yazidyahaya  on  09/04  at  04:25 AM

asalamualaikum..

saya yazidyahaya,,sekarang saya merupakan penulis telaga biru(telaga biru tengah menyiapkan agrement untuk ditandatangani),,so saya juga nak menjadi penulis bagi Pts,,camne iye ,information banayk ni???

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.