Friday, March 28, 2008

Apa Itu ‘Indeks Kabus’

Apabila kabus tebal, kita tidak tahu apa yang ada dalam kabus itu.

Istilah fog-index, atau 'indeks kabus' adalah kayu ukur bagi menentukan apakah sesuatu karangan itu mudah dibaca dan difahami ataupun sukar. Indeks ini juga dikenal sebagai readability-index, atau 'indeks keboleh-bacaan'.

Karangan yang sukar dibaca dikatakan sebagai mempunyai indeks kabus yang tinggi. Manakala karangan yang mudah dibaca dikatakan mempunyai indeks kabus yang rendah. 

Unsur-unsur yang menjadikan indeks kabus tinggi adalah:

(1) Istilah-istilah teknikal dan jargon yang tidak diketahui oleh pembaca.

(2) Kata-kata pinjaman yang tidak difahami oleh pembaca. 

(3) Ayat-ayat majmuk yang menggunakan struktur ayat pancangan.

(4) Ayat pendek tetapi strukturnya songsang.

(5) Imbuhan yang menghasilkan kata nama abstrak.

(6) Struktur logik dalam ayat yang tidak ikut kronologi. 

Inilah antara ciri-ciri bahasa yang, apabila digunakan, ia menyebabkan teks itu sukar dibaca oleh pembaca umum, apatah lagi oleh kanak-kanak.

Banyak penulis tidak menggunakan indeks kabus sebagai panduan apabila menulis. Hal itu menyebabkan buku-buku yang mesejnya mudah pun menjadi sukar dibaca. Akibatnya pembaca tidak meminati buku-buku karya penulis itu.

Majalah Times dan Newsweek menggunakan indeks kabus yang sesuai dengan pembaca 18 tahun, yakni pembaca Amerika yang lulus sekolah menengah. Manakala majalah Reader's Digest menggunakan indeks kabus pembaca 12 tahun, yakni pembaca Amerika yang lulus sekolah rendah.

Prinsip indeks kabus ini sudah diterangkan oleh Nabi Muhammad apabila beliau berpesan supaya kita berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kefahaman sasaran. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Konsep "KOMIK MALAYSIA" Previous entry: Hura-hara di PTS Menjelang Pesta Buku
 on  03/28  at  02:19 AM

Hati-hati puan, jangan sampai terkantoi plagiat. Awak tu dah banyak tulis buku. Kalau kantoi, kena la cari kuda spare lain untuk laksanakan agenda besar ni.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: