Friday, February 22, 2008

Industri Buku Malaysia Tidak Didukung Kerajaan

Undang-undang perdagangan impot-ekspot buku di negara ini kekal sebagaimana ia mula-mula digubal oleh penjajah Inggeris dahulu.

Semasa kita dijajah Inggeris, kerajaan penjajah membuat undang-undang yang membenarkan buku-buku yang diterbitkan dan dicetak di England dibawa masuk bulat-bulat ke Malaya, baik untuk dijual di kedai-kedai buku mahupun dijual sebagai buku teks sekolah aliran Inggeris waktu itu. 

Maka kaya-rayalah penerbit dan pencetak buku-buku pelajaran di England sana, seperti penerbit Oxford. Rakyat Malaya yang miskinlah yang harus membayar gaji para pekerja syarikat penerbit dan pencetak buku-buku itu.

Tetapi mereka mempunyai undang-undang perdagangan buku yang tidak membenarkan kita mengekspot buku-buku yang diterbitkan di sini dan dicetak di negara ini ke negara mereka sendiri! 

Undang-undang penjajah itu masih dikekalkan sehingga saat ini. Malaysia masih membuka pintu seluas-luasnya kepada penerbit asing mengekspot buku dan majalah yang dicetak di luar negara, malah TANPA dikenakan cukai!

Walaupun sudah 50 tahun merdeka, rakyat Malaysia masih terus membayar gaji pekerja syarikat-syarikat penerbit dan pencetak di Britain, Amerika, Hong Kong, Taiwan dan China. 

Masa untuk berubah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Mencari Kerja dan Masuk Temuduga Kerja Previous entry: Fail Buku Ini Sudah Siap Diproses dan Sudah Dihantar ke METADOME
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/22  at  09:27 PM

Kata Sifu, “Masa untuk berubah.”

Kata saya, “Faham-fahamlah bagaimana mencari perubahan ya. Tarikh sudah hampir.”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/22  at  11:37 PM

Assalamualaikum Sifu..

Benar kata Sifu. Berkemungkinan kita terlepas pandang dan kesannya kita menghantar jutaan ringgit ke luar negara saban tahun. kita sebenarnya..sedang menyusukan kera di seberang lautan sejak bergenerasi dahulu bukan dalam bidang buku malah dalam banyak perkara lagi.

Kesemua IPTA (dengan senahagian besar buku rujukannya berbahasa Inggeris ) membuat peruntukkan yang amat besar untuk membeli buku impot. Pembekalan buku impot itu ditawarkan kepada kontraktor buku bumiputera. 

Masih segar dalam ingatan saya, sebaik-baik sahaja cadangan pembelajaran Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris terpacul dari mulut Dr Mahathir, keluar senarai buku saims dan matematik yang mahu diimpot untuk dihantar ke sekolah seluruh negara. RM60 juta diagih-agihkan sahaja kepada beberapa kontraktor buku.

Sekalipun buku yang kita beli di toko-toko di Malaysia terbitan negara yang beribu kilometer jauhnya, kesemua penerbit itu mempunyai agen di Singapura. Sebagai contoh seperti MacGraw Hill dan lain-lainnya, kesemua mereka beribu pejabat di Singapura. Sebenarnya, orang Malaysia membeli buku impot yang diimpot dari Singapura oleh peniaga Singapura. Kita langsung tidak berpeluang mengimpot terus buku itu dari penerbit. Kenapa Singapura nampak sangat kita perlukan lagi?  Justeru, kita sebenarnya juga sentiasa menyusukan `kera` di sebarang tambak.

Akhirnya, cuba teka berapa ratus juta yang mengalir keluar daripada lebih RM 2 bilion pasaran buku di Malaysia tahun lalu.

rastom  on  02/23  at  12:59 PM

dukung atau dokong?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/24  at  04:54 AM

Salam sejahtera,

Kita bukan sahaja mengirim wang untuk rakyat Amerika dan British tetapi juga untuk rakyat German malah Perancis dan negara-negara Eropah lain yang sememangnya sudah kaya-raya.

Maklumlah apabila kontraktor buku ini sudah kaya-raya, mereka perlu juga impot kereta-kereta mewah dan segala jenis barangan berjenama untuk diri dn keluarga. Oleh itu negara kita bukan sahaja rugi sekali tetapi berkali-kali.

Tentang sebuah negara sebesar ‘titik kecil’ itu, kita tidak boleh salahkan mereka. Mereka memang bijak, maka kita perlu lebih bijak lagi, oleh itu kita perlukan pemimpin yang bijak-bijak dan baik akhlaknya.

Kita tidak mahu pemimpin yang ambil duit rakyat selepas itu mengaku bahawa duit itu pemberian kerajaan pimpinannya. Tanpa cukai yang dikutip daripada rakyat, atau daripada hasil usaha keringat rakyat, mereka tidak mampu menyediakannya, malah mereka mencuri sebahagian duit ini dengan mengenakan ‘5 percent’ di sana sini.

Mungkin salah satu syarat baru SPR ialah semua calon yang mahu bertanding perlu kemukakan borang ‘J’ dan juga diperiksa bahawa segala perniagaan berkaitan dengan mereka telah menjelaskan cukai pendapatan masing-masing. Saya pasti ramai yang akan ‘kantoi’.

Apakah tandanya seseorang itu ikhlas berjuang untuk negara ? Pemimpin yang ikhlas sudah tentunya yang sudah melunaskan kewajibannya dan salah satu daripadanya ialah membayar cukai? Bagaimana hendak jadi pemimpin jika tidak pernah membayar cukai (kecuali anda daripada kalangan bukan layak membayar cukai)? Tanyalah ini kepada para pemegang ‘keris’ Hang Tuah?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.