Thursday, April 05, 2007

Ini Dia Novel ke-4 Siri Pahlawan Islam

Siri novel sejarah Islam ini adalah contoh bagaimana dengan menggunakan teknik-teknik penulisan dalam surah Yusuf seseorang novelis dapat meningkatkan penghasilan kreatifnya berlipat kali ganda.

Bukan hanya penulis itu dapat menulis lebih banyak novel, malah novel-novel itu juga lebih berkualiti penceritaannya.

Dalam bengkel surah Yusuf, saudara akan belajar teknik menuliskan babak-babak sejarah Islam yang selama ini sukar dituliskan dengan menggunakan teknik penulisan konvensional disebabkan babak-babak itu melibatkan Nabi Muhammad dan sabahat-sabahat karib beliau.

Abdul Latip Talib saat ini sedang menuliskan novel Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah Utsmaniah di Turki yang berjaya menakluki ibu kota empayar Rom-Timur yang beragama Kristian, Constantinople, lalu mengislamkannya dan menamakannya semula sebagai Istanbul. Constantine adalah maharaja Romawi yang pertama masuk Kristian.

Selesai penulisan novel Sultan Muhamad al-Fateh, ia akan disusuli dengan novel Amru bin Ash, lelaki yang mengislamkan seluruh negeri Mesir, yang rakyatnya pada waktu itu beragama Kristian ataupun agama nenek-moyang.

Teknik surah Yusuf adalah mazhab rasmi penulisan kreatif PTS.

Apakah saudara menulis cerita kanak-kanak, novel-novel remaja, jibunsyi mahupun kisah-kisah agama, gunakan teknik-teknik surah Yusuf. Mudah-mudahan, dengan mencontohi sunnah Quran, karya saudara lebih afdhal.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis! Penerbangan KLM Sifu Lambat 12 jam! Previous entry: Hipotesis Mengapa Bahasa Ustaz Berbelit-belit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/05  at  04:53 PM

Saya berkesempatan menjual buku PTS semasa Hari Keluarga kejiranan saya. Buku Cikgu Latip Talib laju sahaja jualannya. Ada yang membeli buku Khalid Al-Walid  bersekali dengan Salahudin sekaligus.

Tahniah!
——-

Web Sutera  on  04/05  at  06:09 PM

Wow! Cantik kulit. Saya akan dapatkan semua buku-buku Latip Talib.

abdul latip  on  04/05  at  11:06 PM

Assalamualaikum,

Saudara Helang6,

Gembira hati saya mendengarnya.

Saudara Web Sutera,

Terima kasih kerana berhajat membelinya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Saya menghasilkan 4 buah novel itu setelah mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS dengan Puan Ainon menjadi pembimbingnya.

Sesungguhnya menulis dengan menggunakan teknik-teknik surah yusof saya rasa penulisan menjadi lebih mudah dan idea berjalan lancar.

Namun semuanya itu dengan izinNYA juga.

Saffiya  on  04/06  at  02:43 PM

Assalamualaikum,
Sekiranya saya ingin membeli siri novel ini dan juga buku-buku lain keluaran PTS, dimana saya harus beli untuk mendapatkan harga diskaun? laman web PTS? atau memang tiada potongan harga walaupun pembelian terus dengan penerbit?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/07  at  06:56 PM

“Dalam bengkel surah Yusuf, saudara akan belajar teknik menuliskan babak-babak sejarah Islam yang selama ini sukar dituliskan dengan menggunakan teknik penulisan konvensional disebabkan babak-babak itu melibatkan Nabi Muhammad dan sabahat-sabahat karib beliau.”

Assalamualaikum, Sifu.

perkataan “sabahat-sabahat” sepatutnya ditulis sebagai “sahabat-sahabat”.

ermm…begitu mudah melihat kesilapan orang lain… astaghfirullah…

embun  on  04/11  at  09:01 AM

Assalamualaikum,

Saya suka melihat kulit depan novel ini - yang terindah dalam sirinya.

tk.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: