Thursday, April 26, 2007

Ini Dia Siri Bisnes Kecil dari PTS PROFESSIONAL

Sempena Pesta Buku 2007 PTS melancarkan set buku-buku SIRI MULA BISNES!

Saudara boleh menulis buku-buku dalam siri ini. Dapatkan template kandungan daripada Cik Rozita. Ataupun lebih baik beli satu buku contoh dan jadikan buku itu panduan.

Buku siri seperti ini dibeli oleh perpustakaan awam, sekolah dan individu. Oleh itu pasarannya bagus!

Saudara hanya perlu tengok semua jenis kedai yang ada dan tulis buku berkenaan bagaimana bisnes itu dimulakan.

Kedai salon rambut, kedai farmasi, kedai cerminmata, kedai kamera, kedai telefon, kedai bunga plastik, kedai repair motosikal, kedai pengantin, kedai runcit, kedai frame gambar, kedai kain baju, kedai cyber cafe, kedai gula-gula, kedai dobi, kedai ayam segar, kedai agensi plancongan, kedai butik, kedai pinggan-mangkuk, kedai perabot, kedai hardware, kedai jam tangan, kedai foto, kedai franchise, kedai repair kasut, kedai kek, kedai buku, kedai barang elektrik, kedai baju bundle, kedai tikam ekor (eh! silap!)

Puan Rashidah Mat Nor adalah seorang pegawai maklumat di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia. Beliau menjalankan kajian dengan menemu bual beberapa peniaga yang sudah menjalankan bisnesnya dalam sektor berkaitan bagi mendapatkan maklumat.

Ini satu lagi bukti PTS jujur dengan misinya: Memandaikan Bangsa!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Burung Sebulu Terbang Bersama Previous entry: Tiru Penulis Ini: Ahmad Fadzli Yusof
Web Sutera  on  04/27  at  02:28 AM

Wah! Cantiknya kulit buku. Tahniah kepada pereka grafik.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/27  at  04:25 AM

Tahniah! Puan Rashidah, satu usaha yang gigih bagi menghasilkan buku sedikit. Syabas diucapkan!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/27  at  04:25 AM

Tahniah! Puan Rashidah, satu usaha yang gigih bagi menghasilkan buku sedemikian. Syabas diucapkan!

JR  on  04/27  at  06:35 AM

Puan Ainon.

Tahniah!
Saya suka sangat idea buku seperti ini.

Mungkin buku sebegini boleh jadi seperti siri buku Dummies versi Bahasa Melayu..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/27  at  08:00 AM

Asalamualaikum,

Puan Ainon,saya hendak tanyalah, buku yang bertajuk RAHSIA BISNES MUHAMMAD,sudah berada di pasarankah ataupun belum, bagaimana saya hendak membeli buku tersebut, tolong balas email saya, ok, bye…

Mya Marja  on  04/27  at  10:35 AM

Tahniah Puan Sifu atas usaha gigih murni ini!

Kang  on  04/27  at  01:24 PM

Hahaha… kedai tikam ekor pun masuk…

Tambahan:
Kedai akuarium sebab dari atas tempat duduk Nazrul (pengurus PTS PRO) boleh nampak kedai akuarium di bawah.

Kedai pengedar gas memasak, kedai haiwan peliharaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/30  at  02:37 AM

Tahniah,

Saya pun berminat nak menulis buku bisnes ni, tapi tak tahu nak mula.  Ada tak kursus yang mengajar penulis yang baru nak mencebur diri dalam bidang ni.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.