Ini Dia! Siri Karya Agung Melayu Edisi PTS FORTUNA
Inilah judul pertama siri karya sastera agung Melayu klasik yang diterbitkan semula menggunakan Bahasa Melayu semi-kontemporari.Objektif penerbitan siri ini adalah bagi membolehkan karya-karya agung Melayu yang beratus-ratus tahun terkunci dalam peti bahasa lama itu dikeluarkan daripada laci museum warisan bangsa dan disebarkan dengan meluas kepada pemilik barunya, iaitu bangsa Melayu zaman ini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah dan sangat terpikat dengan objektif terbitkan semula buku-buku seumpama ini… Terima kasih PTS
——-
Satu inisiatif yang patut dibanggakan. Sekali lagi, tahniah PTS!
Salam puan,
Selamat kembali.
Saya tentu akan mendapatkannya. Harap dapat diperbanyakkan lagi siri sastera lama di masa akan datang. Masa kecil dahulu, datuk selalu mendendangkan syair Siti Zubaidah.
Saya cuba mencari bukunya tetapi tak ketemu dan dari carian enjin di internet, DBP ada menerbitkannya tetapi… kerana terlalu esklusif mungkin, susah didapati di kedai buku biasa.
Harap PTS dapat menerbitkannya.
Saya setuju dgn naga buana kerana saya juga sedang mencari buku tersebut
Post a comment